SaHaBaT

4/17/2010

KaSiH IBu : I LoVe YoU MOM








































Klik imej untuk diperbesarkan

Assalamualaikum...w.b.t.
Kali ni ana nak share kisah yang begitu menyentuh hati, ana mule2 bace kisah n komik ttg kisah ni, bgenang air mata, alangkah besarnya kasih sayang seorang ibu, sesungguhnya tidak ada kasih sayang sesama makhluk yg boleh mengatasi kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Sungguh menyayat hati kisah ni, semoga kita mengambil ikhtibar dari kisah ini diwaktu rmai bayi2 dibuang di tepian jalanan, namun bagi seorang ibu yang penyayang, benda tidak bermoral seperti itu tidak akan sama sekali berlaku, hayatilah kisah ini, jadikannya ikhtibar. Kepada insan yang masih punya ibu dan ayah, hargai mereka kerana tanpa mereka kita tidak mungkin dapat hidup dengan bahagia seperti sekarang. Setiap darah yang mengalir di dalam diri kita adalah hasil dari beberapa titis susu ibu yang tidak mungkin kita dapat gantikannya hatta dengan susu paling mahal di dunia sekalipun...
















IsLaM ThE WaY oF LiFe...

4/10/2010

BaHaYa AiR KeNCiNg TiKuS

Assalamualaikum...w.b.t.
Alhamdulillah selamat bertemu kembali setelah hampir 3 hari ana x post ape2 kt sni, ana bru balik dri Kem JPP di Angullia Resort, best sagt2, shbat2 nnt jgn lepaskn pluang utk buat kem di sana, tempatnya menarik dan tidak membebankn emosi n mental. Kali ni ana nak kongsikan ttg kish air tebu, masih kalian ingt kisah kematian Din Beramboi DJ Radio Era? Pada permulaan kematiannya, kematiannya telah dikaitkan dengan dia terminum air kencing tikus namun akhirnya dinafikan dan disahkan bahawa dia menghidap denggi berdarah yang kronik dan akhirnya meninggal dunia. Sama2lah kita membaca Al-Fatihah utknya....Al-Fatihah...

Di bawah ini merupakan satu info yang ana dapat dari seorang sahabat, semoga bermanfaat..

Klik imej untuk perbesarkan imej



4/06/2010

KeNYanGnYa KiTa

Biarkan foto-foto ini berkata-kata sendiri...
Seandainya anda prihatin, tinggalkan komen dan insafi apa yg dapat dari foto ini....

Apakah ini ? KEKENYANGAN & PEMBAZIRAN













































Dan apakah ini ? KELAPARAN & KESENGSARAAN












































IsLaM ThE WaY oF LiFe...

KeRaNa BuLu MaTa













Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, “Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah malakukan perkara itu…”

“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul² telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa”

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, “mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”

Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…”

Tiba-tiba mata berbicara, “Saya yang memandang,”

disusuli dengan telinga, “Saya yang mendengar perkara itu”

Hidung pun tidak ketinggalan, “Saya yang mencium”

Bibir pun mengaku dengan slumbernye, “Saya yang merayu”

Lidah menambah dengan berani, “Saya yang menjilat dan menghisap”

Tangan tanpa malu meneruskan, “Saya yang meraba dan meramas”

Kaki pula menyusul, “Saya yang berjalan dan berlari semasa itu”

“Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, ” Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.” Malaikat menjawab dengan tenang, “Silakan wahai bulu mata”

“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

“Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..”

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Al-QuRaN DiHiNa !!















Assalamualikum....wbt
kali ni ana nk kongsi kish yg bgitu menyedihkan ini, adakah kalian smua sanggup tgk Al-Quran dihina seperti ini, alangkah lemahnya kita umat islam seandainya melihat sahaja yang kita mampu, marilah sama2 kita kuatkan ukhuwwah kita agar umat islam tidak dipijak sewenang-wenangnya seperti sekarang. Kita ibarat buih di lautan. Namun sekali ombak badai melanda, buih itu musnah, begitulah kekuatan kita di akhir zaman ini. Bersatulah wahai umat islam sekalian...















Betapa biadabnya mereka terhadap Al-Quran dan islam, jesteru mampukah kita hanya berdiam diri sahaja melihat islam dihina sbiadab ini ??
















IsLaM ThE WaY oF LiFe...

4/05/2010

JeNiS GeMuK










Kegemukan adalah dimana berat badan kita melebihi 20 peratus beratus ideal. Ini berlaku disebabkan kalori yg masuk kedalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan. Maka akan penyebabkan berlaku pengumpulan lemak dibahagian bahagian tertentu badan.

Kegemukan individu boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu :

Gemuk Air
• Badan mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.
• Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.

Gemuk Angin
• Perut terasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin keluar.
• Mudah mendapat sakit kepala.

GEMUK AIR dan GEMUK ANGIN : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasai lengan tangan mengelambir dan lembik.

Gemuk Daging
• Badan berasa berat dan pejal.
• Mudah penat apabila melakukan tugas harlan.
• Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin mi kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.
• Proses penurunan melalui perpeluhan dan mengikut pantang yang disarankan

GEMUK DAGING : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasa pejal dan padat.

Gemuk air dan Gemuk angin mudah untuk turun berat badan tetapi Gemuk Daging mengambil sedikit masa untuk turun. Gemuk Daging berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.

p/s : gemuk itu menawan

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

4/04/2010

RaHSiA ApRiL FooL















Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat' menjadi begitu sibuk sekali. Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan 'penganiayaan' ini. Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam kerana dipermain-mainkan. Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang kala lawak-lawak biasa atau 'practical joke' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dah menyebabkan penyesalan berpanjangan.

Sewaktu zaman persekolahan dahulu, saya pernah terbaca tentang suatu tragedi yang berlaku pada 1hb April ini. Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan 'Aku ceraikan kau dengan talak 3' pada isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya
terpinga-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan April Fool!'. Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu bahawa talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!

Kira-kira lebih kurang seribu tahun lalu, Sepanyol berada di bawah kekuasaan Islam yang begitu kuat, sehingga tidak dapat dihancurkan. Sememangnya menjadi tabiat kaum Kuffar iaitu musuh-musuh Islam pada sepanjang masa dan sejarah, tidak akan merasa senang serta tidak akan pernah hilang keinginan mereka untuk menghancurkan Islam. Berbagai-bagai cara dan helah akan dicari dan dilakukan untuk menjatuh serta menghancurkan umat Islam.

Begitu jugalah dengan keadaan di Sepanyol ketika itu. Kaum Kristian terutamanya berharap untuk melenyapkan Islam dari seluruh bahagian Sepanyol. Sedangkan ketika itu umat Islam di beberapa bahagian di Sepanyol seperti Grenada ( Ghornata ), begitu kuat mengamalkan cara hidup berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, yang menjadikan mereka begitu kuat sehingga tidak dapat diganggu gugat.

Beberapa kali mereka cuba menyerang, menganggu serta cuba membersihakan kekuasaan umat Islam tetapi menemui kegagalan. Lalu mereka menghantar pengintip untuk mengetahui asas kekuatan umat islam di sana. Pengintip tersebut berpura-pura mempelajari Islam, beliau menemui satu kekuatan umat Islam iaitu IMAN, dan TAQWA mereka kepada Allah S.W.T.

Maklumat-maklumat tersebut disampaikan kepada musuh-musuh Islam lalu mereka mencari strategi untuk melemahkan umat Islam di Sepanyol dan menghancurkannya. Setelah beberapa kali bersidang, mereka membuat kesimpulan bahawa untuk melemahkan umat Islam, mereka mesti melemahkan Iman dan Taqwa mereka kepada Allah S.W.T. Lalu mereka pun mencuba pelbagai usaha dan cara antaranya mereka mengirimkan alcohol, muzik, dadah ,wanita-wanita untuk mengkhayalkan umat Islam terutamanya kepada para belia.

Strategi tersebut cukup berkesan. Setelah beberapa lama didapati sesetengah umat Islam tidak lagi kuat Iman dan Taqwa mereka, maka mereka sekali lagi merancang untuk menyerang dan memusnahkan umat Islam. Kali ini umat Islam diserang habis-habisan. Pada ketika itu umat Islam tidak lagi berupaya melawan dan mempertahankan diri mereka.

Akhirnya, jatuhlah semua daerah Sepanyol dari penguasaan umat Islam selama 800 tahun kepada Kristian seluruhnya. Daerah terakhir yang dapat dikuasai ialah Grenada.

Kezaliman yang dilakukan kepada umat Islam ketika itu sangat dahsyat. Sekiranya ditemui pasti akan diseksa dan dibunuh. Maka pihak Muslimin terpaksa lari dan menyembunyikan diri. Namun ini belum dapat memuaskan hati mereka.

Lalu mereka menawarkan peluang, iaitu sekiranya penduduk Muslimin ingin selamat, hendaklah mereka berpindah keluar dari Sepanyol dan kapal-kapal akan disediakan. Pada mulanya kaum Muslimin merasa curiga atas tawaran tersebut, tetapi mereka tiada pilihan lain. Tambahan pula mereka mendapati bahawa kapal-kapal untuk mereka melakukan pelayaran telah tiba di pelabuhan dan menanti ketibaan mereka.

Tanggal 1 April, kaum Muslimin keluar beramai-ramai ke pantai dengan hasrat untuk meninggalkan Sepanyol. Pada kesempatan inilah tentera-tentera Sepanyol telah menyerang dan membunuh umat Muslimin keseluruhannya, samada wanita atau kanak-kanak. Bahkan kapal-kapal yang berada di pantai dibakar. Maka hancurlah umat Muslimin dan berjayalah musuh-musuh Islam dalam usaha melakukan ‘pembersihan’ terhadap umat Islam.

Peristiwa berdarah yang menyedihakn ini dirayakan oleh pihak Kristian pada 1 April setiap tahun. Perayaan ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan saja di Sepanyol, malahan juga di seluruh dunia sebagai ‘April Fool’s Day’

Apa yang paling menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil juga turut memperingati dan merayakan April Fool’s Day ini tanpa mereka menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan saudara seIslam mereka sendiri.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

4/02/2010

WaRTaWan BaRaT MeNYaMaR IsLaM
















Susuk tubuh perempuan mengenakan baju abaya hitam lengkap dengan purdahnya menjadi tumpuan perhatian para pengunjung Pasaraya Itäkeskus di kota Helsinki, kota terbesar di negara Finland. Tak seorang pun tahu bahawa susuk disebalik niqab itu bukan seorang perempuan Muslim betul tapi seorang wartawan non-Muslim, dari surat khabar Helsingin Sanomat, salah satu surat khabar terbesar di kawasan Scandinavia.

Nama wartawan itu Katja Kuokkanen. Ia sengaja menyamar menjadi menjadi perempuan Muslim kerana ingin merasakan sendiri bagaimana rasanya memakai busana muslim lengkap dengan purdahnya di tengah masyarakat Finland yang masih asing dengan agama Islam, bagaimana rasanya ditatap dengan pandangan aneh dan takut dari orang-orang disekeliling. Kuokkanen menuliskan pengalaman dan perasaannya sewaktu dan setelah mengenakan niqab. Inilah yang ditulisnya ...

Niqab dari bahan sifon berwarna hitam melorot dan menutupi kedua mata saya. Suatu ketika saya tersandung dan bertembung bahu seorang lelaki di sebuah kedai barangan antik. Lelaki itu membuat gerakan tangan meminta maaf, tapi dengan sikap tak acuh seperti yang biasa terjadi. Lalu lelaki itu melihat ke arah saya dan menyedari bahwa saya seorang perempuan yang mengenakan abaya dan purdah, pakaian khas perempuan Muslim. Tiba-tiba lelaki itu sedikit demi sedikit membongkok mengulangi lagi permohonan maafnya. Saya merasakan dia orang Arab dari dialeknya sewaktu meminta maaf. Saat itu saya merasakah hal yang tidak pernah saya rasakan sebelumnya kerana diperlakukan dengan begitu hormat oleh orang lain.

Dari kedai antik, saya menuju stesen LRT. Ketika saya naik ke sebuah LRT berwarna oren. Saya menerika reaksi yang tak terduga. Seorang lelaki mabuk berteriak pada tiga temannya di dalam LRT yang padat penumpang.

"Hei, lihat itu ada salah satu pemandangan neraka !" teriak lelaki mabuk tadi.












Mendengar teriakan itu, penumpang lain serta merta memalingkan pandangannya, tidak mau melihat ke arah wajah saya yang berpurdah. Tapi tiba-tiba seorang perempuan menegur saya, "Barang Anda jatuh," kata seorang perempuan setengah baya sambil menyerahkan penyepit rambut saya yang terjatuh di bangku sebelah.

Saya tidak boleh mengucapkan terima kasih pada perempuan itu, kerana kalau saya mengatakan sesuatu, kemungkinan penyamaran saya akan terbongkar.

Lalu, ketika seorang gadis asal Somalia yang bekerja sebagai penjaga kedai, membantu saya membetulkan purdah, ia berkata bahawa jarang sekali perempuan Muslim di Helsinki yang mengenakan busana seperti yang saya kenakan. Gadis Somalia itu juga mengatakan bahawa ia seboleh mungkin menghindari busana warna hitam. Ia menganggap warna hitam sebagai warna yang dramatis dan mengundang perhatian banyak orang.

"Tudung warna-warni yang cerah lebih bagus," kata gadis itu seraya mengatakan bahawa kaum perempuan Muslim di Finlandia bebas menentukan sendiri untuk menutup bahagian mukanya.






















Dan di pasaraya Itäkeskus, saya melihat banyak orang yang memandangisaya dengan pandangan aneh bahkan takut. Seorang lelaki muda hampir saja menumpahkan minumannya yang dipegang sewaktu melihat saya dengan raut muka panik.

Saya sendiri mulai membiasakan diri mengenakan abaya dan purdah. Saya mulai merasakan pakaian ini sangat nyaman dan hangat, meski saya agak kesulitan untuk melihat sesuatu dengan jelas kerana purdah yang dipakai.

Kemudian saya memutuskan untuk pergi ke pasar yang dibuka di kawasan parking di lantai paling atas pasaraya Puhos. Sewaktu menyeberangi jalan, saya bertemu dengan seorang perempuan tua asal Somalia yang dengan perlahan mengucapkan "Assalamu'alaikum" .

Saya tersentuh mendengar salam itu. Selama ini saya tidak pernah bergaul dengan perempuan Muslim. Dan saya selalu menerima salam seperti itu dalam banyak kesempatan. Setiap kali berselisih dengan Muslimah dari berbagai usia dan dari berbagai etnik, yang mengenakan busana muslimah selalu mengucapkan "Assalmua'alaikum" saat berselisih dengan saya. Ketika itu saya tidak mengerti apa erti ucapan itu, sampai saya akhirnya tahu bahwa ucapan itu mengandung doa kesejahteraan dan kesalamatan.

Seorang lelaki yang sedang berdiri di depan sebuah kedai memanggil saya. "Hello ! Hei ! Tunggu!" teriak lelaki tadi. Saya tidak menoleh kerana saya berfikir bahawa seorang perempuan Muslim sangat menjaga kemuliaannya dan tidak akan menjawab panggilan seperti itu.

Beberapa jam setelah bersiar-siar dengan mengenakan busana abaya dan purdah, saya kembali ke stesen LRT. Perjalanan saya selanjutnya adalah Kamppi Center.

Selama perjalanan, wartawan itu merenungkan pengalamannya sepanjang hari ini, atas reaksi setiap orang terhadap abaya dan purdah yang dikenakannya dan ia merasakan sendiri bahawa mengenakan abaya dan purdah rasanya tidak seburuk yang orang lain fikirkan. Ia pun tanpa ragu menegaskan, mengenakan abaya dan purdah, "Sama sekali tidak buruk. Jika Anda memakainya, Anda akan merasakan kedamaian."

Kisah ini menjadi bukti kebenaran sewaktu banyak negara-negara di Eropah mulai melarang jilbab dan purdah.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

4/01/2010

InFLaSi PaLiNG TeRuK DuNiA
























Assalamualaikum...w.b.t.
Bertemu kembali kita di blog ana ni, kali ini ana nak ketengahkan sebuah kisah yang amat menyayatkan hati iaitu kisah inflasi di negara Zimbabwe yang begitu teruk dialami pada tahun 2008 dan 2009. Apakah yang didefinisikan dengan inflasi ini? Inflasi boleh di definisikan sebagai suatu proses kenaikan tingkat harga umum untuk semua barang secara menyeluruh dan serentak dalam ekonomi.

Bayangkan kita ingin membeli sebuah air minuman berjenama Coca Kola. Harganya adalah sebanyak RM 2 juta. Sungguh menyeksakan bukan. Inilah yang berlaku di Zimbabwe dek kehambatan ekonomi yang kian merudum tidak berpenawar. Bayangkan sekeping duit kertas bernilai 50 bilion seperti di atas. Sungguh pelik lagi ajaib bukan. Bayangkan di Malaysia, seandainya inflasi berlaku, tidak mustahil Bank Negara Malaysia terpaksa mengeluarkan wang kertas bernilai seperti di atas.

Klu tiap2 bulan nak bayar gaji pulak 1000 bilion yang bersamaan RM 2000 sekarang sudah semestinya Bank Negara Malaysia terpaksa juga mengeluarkan not RM50 bilion seperti di Zimbabwe ni. Marilah sama-sama kita mengikuti perkembangan inflasi di Zimbabwe ini berdasarkan gambr yang ana sempt sdiakan.















Bayngkan nk beli syur sikit jer, dh pkai scekak duit, same gk mcm gmbr kt bwh, nk beli telur sikit jer, tpi pkai duit yang bercekak-cekak. Kesian bukan diorg nih.















Gambar kt bwh nih lak duit yg diperlukn utk membeli sebuah minuman/bir di sana, alamatnya tiap2 org kne bwk beg besar la utk buh duit klu nk beli brangan rumah nnt...
















Klu $1 bilion berharga RM1 sekarang, bayangkan nilai2 yg kurang dripad itu mcm duit $50 000, $10 000, $ 1000 ke, alamatnya x bernilai langsung duit tu, at last duit2 tu smua jdi sampah jer, tu yg diorg buang dalam tong sampah mcm tu jer...agaknya kt Malaysia ader tak orang buang duit mcm tuh, alangkn sringgit pn org syg n klu jmpe kt tgh jalan mesti orang kebas, inikn pula yg tertulis nilainya $500 000, tpi kt sner diorg buang jer coz x smpai 1 sen pn nilainya.


















Kanak2 pengemis kt Zimbabwe mmg jadi jutawan la tiap2 hari, mintk sdekah dpt smpai $1 bilion, mana tak kayanya kan...




































Bayangkn pulak klu time nk trima gaji, agaknya mcm mne yer diorg nk bwk smua duit tuh, klu xder tindakan dari kerajaan untuk terbitkan nilai wang yg lebih tnggi alamatnya diorg tpaksa pikul duit2 tu mcm dlm gmbar kt bwh ni la, ksian2....nnt klu inflasi trus mningkt, diorg kne sewa lori lak utk angkut duit tiap2 kali dpt gaji.








































Klu USD$1 ditukar kepada duit Malaysia bru dpt dlm RM3.80 kan, tpi klu kt Zimbabwe, bile USD$1 ditukar dalam duit dia dpt berketul2 duit mcm dlm gambar kt bwh, bygkan klu pelancong or pelabur dari barat dtg melabur kt Zimbabwe, diorg bwk dlm USD$2 bilion utk bina hotel n sbgainya, brape ribu trilion duit zimbabwe agaknya, mesti hbis smua simpanan not duit Zimbabwe kt dlm Bank, he3x...




















Jadi bersyukurlah kita ada di Malaysia skrg ni, walaupun hanya negara membangun yg kecil masih ade ruang bernafas lagi. Sama2lah kita insafkan diri ek...
Wassalam...

Antara Sumber : http://tomgpalmer.com/2008/07/08/how-to-destroy-a-country/

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

3/31/2010

TiPS ELaK PeRuT BuNCiT

Di sini ada cara untuk mengatasi atau mengurangkannya. Tips berikut sangat sesuai bagi sesiapa yg merasakan dirinya boroi!

Minum Banyak Air

Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium/garam dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang dikeluarkan dari sistem tubuh. Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin. Jangan kurangkan pengambilan air ketika berdiet, kerana banyak bahan yang sukar dicernakan dan akan menyebabkan perut menggelembung.

Mengurang Pengambilan Garam

Jangan makan gelojoh, kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut. Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang t ida k terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil t ida k dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan

Makan perlahan-lahan

Terlalu banyak garam dalam diet menambah lebih sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambatkan mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.

Pengambilan Serat

Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.

Awasi Ubat-Ubatan

Perut yang mengembang adalah kesan sampingan dari pengambilan ubat. Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.

Hindari Sembelit

Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.

Bersenam

Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah di mana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai urin. Senaman yang disarankan seperti aerobik.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

KaKi KaTaK DaLaM MEe





















































































KUALA LUMPUR 19 Mac – Sanggupkah anda menikmati hidangan mi goreng berlaukkan kaki katak seperti insiden yang menimpa seorang pelajar lelaki ketika dia sedang menjamu selera bersama ahli keluarganya di sebuah kopitiam di Bukit Tinggi, Klang baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam pada 11 Mac lalu, Aliff Shanaz, 23, terkejut apabila mendapati terdapat kaki katak dalam menu mi goreng yang dinikmatinya selepas tiga kali dia menyuap hidangan itu.

Sejurus selepas kejadian itu, dia terus mengadu kepada juruwang di kopitiam berkenaan yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada pengurus kedai makan tersebut.

Katanya, beberapa pekerja kopitiam berkenaan telah mengambil gambar kaki katak dalam hidangan mi goreng itu selepas dia bertegas tidak akan memulangkan hidangan tersebut.

“Pengurus itu cuba pujuk saya dengan berjanji untuk menggantikan menu lain dan tidak mengenakan bayaran ke atas hidangan tersebut.

“Saya rasa tidak berpuas hati kerana pengurus tersebut gagal memberi penjelasan bagaimana kaki katak berkenaan boleh dimasukkan dalam menu makanan yang saya pesan.

“Malah, saya turut meminta pengurus itu menandatangani laporan yang telah saya buat untuk tindakan selanjutnya, bagaimanapun dia menolak dengan alasan arahan daripada pihak atasan,” katanya di sini hari ini.

Aliff kemudian turut mengambil gambar hidangan itu sebelum dibungkus dan dibawa pulang sebagai bahan bukti.

Berikutan insiden itu, dia membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Agama Islam Selangor serta satu laporan polis di Balai Polis Klang pada 14 Mac lalu.

Pelajar tersebut turut membuat satu aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada petang semalam.

Katanya, tindakan itu dibuat kerana dia tidak mahu insiden yang sama menimpa umat Islam lain supaya berhati-hati sekiranya berkunjung ke kopitiam.

Dalam pada itu, Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan memberitahu, pihaknya menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sijil halal yang digantung di kedai-kedai kopitiam.

“Pihak kami berharap kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha-pengusaha kopitiam yang masih berdegil memohon sijil halal bagi makanan dan minuman untuk dijual di premis mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

KaSiH SeORaNg SuAmi

Berdasarkan kisah benar...

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun

Mereka dikurniakan 4 orang anak ....disinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat .....tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.

Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), pak suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.

Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.

Dan pak suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya .....

"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila bapak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini ...
kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya.

"Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian..."

Sejenak kerongkongannya tersekat..." Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta
yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?

Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?

Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain .......bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...

Sampailah akhirnya pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno...

Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu pak Suyatno pun menangis.... tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...

Disitulah pak suyatno bercerita... Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur...

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya ....Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu merupakan ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin hanya kepada Allah tempatsaya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar... .
Justify Full
IsLaM ThE WaY oF LiFe...

3/18/2010

PeNDeDaHaN EkSLuSiF : AnAK DeRHaKa Jdi PaRi














Assalamualaikum...w.b.t.

Bertemu kmbali kite d laman blog serba berinformatif ini. Kali ni ana nk kongsikan sebuah pendedahan mengenai suatu penyelewengan fakta. Adakah anda semua masih ingt mengenai sebuah video yg memaparkan suatu makhluk seakan-akan ikan pari. Menurut pemahaman kita dahulu, haiwan ataupun makhluk aneh yg tdapat di dalam video itu merupkan fizikal seorng manusia yg telah dsumpah oleh ibunya mnjadi binatang iaitu ikan pari. Menurut sumber pemahaman, anak itu disumpah ibunya setelah ibunya tidak dapat menahan lgi kemarahan akibat perbuatan anaknya yang biadab. namun di sni dapat ana simpulkan bahawa video itu tidak benar.






















Rajah di atas menunjukkan seorang penduduk memegang ikan pari yang berbentuk hampir sama dengan haiwan di dlm video tersebut. Anda boleh lihat sendiri kesahihannya. Menurut sumber, ikan tersebut adalah ikan pari dari spesies Rhinobatidae Guitarfish. Yang merupakan salah satu spesies ikan pari. Jesteru ada kalanya kita kne selidik dahulu berkenaan dengan video2 ini. smoga info ini bermanfaat kpd smua,






















Syukran jazilan kerna mmbaca blog ana.
Wassalam...

Sumber : http://bydt.wordpress.com/2008/09/19/423/

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

ReSToRaN SaLaH GuNe LoGo HaLaL
















Assalamualaikum...w.b.t
Ini merupakan salah satu dari penyelewengan yg brada di sekeliling kita. Pada mulanya ana memperolehi emel dri seorng shbat berkenaan dengan sebuah restoran di Dataran Sunway Kota Damansara. pastu ana trus search internet utk memastikan kesahihan berita ni. And akhirnya ana jumpe informasi bkenaan dengan restoran di d laman web JAKIM. Untuk kepastian sila klik web URL yang telah ana sediakan di akhir warkah ini. Nama restoran itu tertera di gambar atas, anda smua yg berada di skitar area tsebut tentu arif, ana x pnah mjejak kaki ke sni lgi. Operasi tu diketuai oleh pegawai Hub Halal JAKIM Ustaz Mohd Amri Abdullah dan En. Ismail Hamzah pegawai penguatkuasa KPDNKK, PutrajayaHasil dari pemeriksaan mengejut didapati pengurus serta pemilik premis berkenaan telah menggunakan serta mempamerkan logo halal JAKIM dalam premis perniagaan tanpa mendapat sijil pengesahan halal Malaysia yang sah dari pihak JAKIM.


































Banyak btul makanan yg djual d sni n smua pelanggan kebanyakan adlh melayu dn beragama islam. Malah waktu operasi tersbut dbuat, rmai org melayu sdg mkan tpi smakin lama smkin sikit. Tapi msih ader tggl bbrape individu yg dok mkan kt situ gk n wat x endah pn serbuan yg dibuat, yng mengejutkn adlh pelanggan tu melayu islam, masyallah...diorg x tkejut or tnye pape pn wktu operasi djalankan tuh....


















Gambar d bwh ni merupkan pmilik aatau tauke kpd premis makanan nih, dia selamba je wktu disoal siasat.

















Yang bgitu melampau ialah logo halal JAKIM ditempet (tampal) di merata tempat yg strategik dlm premis makanan tuh, kiranya klu pelanggan msuk kedai, pelanggan akan nmpk la logo halal yg ader dkat kaunter n tmpt2 laen. Ader 3 logo halal JAKIM yg besar yg dtampal di dlm kedai tuh...



















































Untuk memastikan kesemua pekerja tersbut adlh beragama islam, pegawai JAKIM telah mnyoal siasat ksemua pekerja dalam restoran tsebut. ape yg memeranjatkan hanya seorng dri mreka dpt melafazkan syahadah iaitu perkara paling asas pd umat islam. Yang peliknya kebanyakan pekerja mereka tmasuk yg dlm gmbar kt bwh ni langsung x memahami dan fham bahasa melayu, malah bhsa yg dgunakan agk blainan dri bahasa tamil, urdu or bhsa yg pnah kite dngari, mungkin mreka dri etnik yang entah dri mana.


































At last kedai tersbut telah diberi saman/kompaun dan diarahkan dgn serta merta menanggalkan pelekat logo Halal dari JAKIM tu. Mka dengan segera mereka menanggalkannya. Namun menurut sumber dari emel ana trima, kedai tsebut msih dbuka dan rmai plak tuh pelanggan melayunya. n waktu operasi tu hbis masih ader lgi pelanggan melayu islam yg buat selamba jer mkan dkat kedai tuh wlaupun dh nmpk penguatkuasa agama mengarahkan agar logo halal dibuang. Itulah sikap kita umat islam, bab hukum-hakam agama tdk pernah diendah, Hukum agama dituruti sewaktu kawen n bcerai....lpas tuh xder dh...




































































Jesteru whai umat islam sekalian, jagalah pemakanan anda, pastikan restoran yang anda kunjungi adalah benar-benar pasti halalnya. Pandai2lah kite membezakan sama ada itu Kedai mamak islam ataupun kedai hindu yg menyamar sebagai mamak islam. Pastikan makanan anda halal dari sgenap aspek, slamat mjamu selera...wslm...

Sumber : http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=4527

IsLaM ThE WaY oF LiFe...