SaHaBaT

2/10/2010

Wanita Ciptaan Istimewa















Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian di atasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain di atasi setelah dia masuk ke liang kubur.

Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

Wanita boleh memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak boleh melupakannya.

Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.

Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.

Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.

Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara denga suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkhawinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkawinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Bertudung...?

Pakai tudung tapi bertelanjang
Itulah gaya orang sekarang
Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang
Yang mana kendur yang mana tegang

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak 'garis'
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu 'mendung'
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Dalam tiap perbuatan, kita mulakan dengan niat
Gitu juga bertudung, janganlah konon nak tunjuk taat
Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat
Mentelah pula berfesyen tak kena tempat

Baik tak bertudung kalau hanya nak rosak imej
Walhal Islam suruh pakai yang sopan dan manis
Dah kalau takat pakaian ngalahkan pengemis
Atas tutup, bawah buka, ni apa punya jenis?

Kita memang hidup dalam era serba maju
Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju
Kalau bertudung tapi pakai yang 'gitu-gitu'
Kita pun susah kenal, manusia ke hantu

Banyak salah faham bila mula bertudung
Maknanya no fesyen-fesyen only the baju kurung
No more pant suit, kebaya or kebarung
Dah kalau gitu lebih baik duduk berkurung

Bertudung bergaya biarlah yang sempurna
Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa
Pun tak usahlah juga terlebih gaya
Islam itu suka yang sederhana

Kenalah pula kita wanita bekerjaya
Fesyen busana muslimah yang paling kena
Kalau rasa nak letak kaler, tu yang paling asas je
Sebab agama sendiri menggalakan kita selesa

Mana tidaknya, bila bekerja kita bergaul semua
Kalau sendiri memandang muka pun layu je
Orang dok mengata, kita pun rasa terhina
Dah kalau 'put color' jangan macam 'rainbow' pula

Siapa kata kita tak boleh berwarna
Tak caya cuba tengok semua pendakwah-pendakwah kita
Ustazah-ustazah mereka tetap juga bubuh kaler
Taklah sampai mengancam, cuma biar nampak 'bernyawa'

Tu sebab kita buat kerja semua dengan niat
Jadi terserah budi bicara tuan punya jasad
Dah kononnya bertudung tapi hati masih jahat
Baik tak le payah berpura nak tutup aurat

Kalau dah memang rasa nak berubah
Peduli kata orang bukan dia yang susah payah
Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah
Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah

Bersamalah kita mengkaji semula
Pakaian kita yang bagaimana gayanya
Andai belum betul-betul bersedia
Janganlah kita mencemar kesuciannya

Andai terasa hidayah menyinggah
Lakukan yang betul mengikut sunnah
Menutup aurat jangan sekali dirasa payah
Mengapa diperleceh, itukan perintah

Andai dihati redha dan ikhlas
Diwajah Nur terpancar jelas
Walaupun bergaya tak berapa 'kelas'
Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas

Harap maaflah kalau terlalu panjang
Bukan sengaja mereka yang bukan-bukan
Berpantun seloka bukan setakat hiburan
Yang mana betul jadikan pedoman.

Nukilan dari seorang sahabat

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Kisah Sebiji Epal
















Di sebuah pekan kecil bernama Jilan, tinggal seorang pemuda bernama Abu Salleh, yg berasal dari keturunan Imam Hasan r.a. Pada suatu hari ketika sedang leka bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT di tebing sebatang sungai, beliau ternampak gugusan buah epal yg dihanyutkan oleh arus sungai tersebut. Menyedari keadaan dirinya yg sangat lapar kerana telah beberapa hari tidak menjamah makanan, tanpa berfikir panjang beliau pun mengambil sebiji epal dari sungai itu lalu dimakan.

Tiba-tiba timbullah rasa kesal dlm hatinya kerana menyedari bahawa beliau telah memakan epal tersebut tanpa izin tuannya. Lalu Abu Salleh berjalan menyusur sungai tersebut hinggalah beliau ternampak sebatang pohon epal yg lebat buahnya dan batangnya berjuntaian di tepi sungai tersebut. Yakinlah Abu Salleh bahawa inilah pohon yg dicari, maka beliau pun segera menemui pemilik pohon epal berkenaan.

Tatkala melihat Abu Salleh memohon maaf hanya kerana termakan sebiji epal yg dihanyutkan oleh arus sungai, yakinlah pemilik pohon tersebut bahawa Abu Salleh adalah seorang pemuda yg wara’. Pemilik pohon itu sebenarnya adalah seorang wali yg amat disegani di kawasan itu yg berasal drp keturunan Imam Husin r.a, dikenali sbg Syeikh Abdullah. Beliau tertarik pd keikhlasan dan ketaqwaan Abu Salleh lalu berhasrat utk mengujinya dgn mengenakan syarat agar Abu Salleh bekerja di ladangnya selama 12 tahun. Tanpa banyak soal Abu Salleh pun bersetuju dgn syarat tersebut.

Setelah tamat tempoh 12 tahun, sekali lagi Abu Salleh berjumpa dgn Syeikh Abdullah utk memohon maaf atas peristiwa lalu. Kali ini Syeikh Abdullah bersetuju tetapi beliau mengenakan syarat baru kpd Abu Salleh. Syeikh Abdullah bersedia memaafkan Abu Salleh seandainya beliau menikahi puterinya, seorang yg digambarkan sbg lumpuh, buta, tuli dan bisu. Apabila memikirkan balasan yg bakal diterima di kemudian hari seandainya tidak memperoleh kemaafan drp Syeikh Abdullah, Abu Salleh redha dan bersetuju utk menikahi puteri Syeikh Abdullah.

Pada malam pernikahan tersebut, Abu Salleh masuk ke kamar tidur dan memberi salam kpd isterinya. Melihat seorang wanita yg cantik berada di dalam bilik itu, Abu Salleh segera beredar menuju ke tempat Syeikh Abdullah kerana menyangkakan ada wanita lain yg menceroboh masuk ke dalam kamar tidurnya. Syeikh Abdullah lantas tersenyum dan berkata: “Wahai Abu Salleh, mmg itulah puteriku, Ummu Khair Fatimah. Ku katakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke tempat maksiat, buta kerana tidak pernah melihat perkara haram, tuli kerana tidak pernah mendengar perkara khurafat dan bisu kerana tidak pernah menuturkan sesuatu yg sia-sia.”

Bersyukurlah Abu Salleh atas anugerah yg tak terhingga, hikmah drp sifat sabar dan redha terhadap ujian Allah SWT ke atas dirinya. Hasil dari perkahwinan pasangan yg soleh ini lahirlah seorang wali Allah yg amat masyhur dari keturunan Rasulullah SWT, yg bernama Syeikh Abdul Kadir Jailani. Beliau amat dikenali dgn gelaran “Mahyuddin” bermaksud “Yang Menghidupkan Agama”.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Kreatifnya Manusia






















Bertemu kembali di blog srba penuh dengan informasi ini... Smoga kita semua sentiasa hebat dan luar biasa sekali, agak luar biasa bukan, tpi inilah anugerah yang Allah kurniakan pd manusia, seandainya manusia menggunakan akal yang dikurniakan dengan sebaiknya, maka baiklah hasilnya itu, seandainya digunakan untuk tujuan bukan kebaikan, maka kejahatanlah yang akan kita dapat dari kreatif itu. Jesteru gunakanlah akal yang dikurniakan oleh Allah taala dengan sebaiknya dan jangan salah guna nikmat Allah itu. So, enjoylah gambar2 di bawah ini yang begitu kreatif la.

































































IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Mengelirukan la...

















Ni merupakan sebuah emel yang dihantar oleh seorang sahabat berkenaan dengan keadaan gereja di Indonesia yang begitu mengelirukan. Bayangkan kita tengok perkataan Allah terpampam di hadapan bangunan itu. Tapi ni bukan masjid or tempat kegiatan umat islam. Ini merupakan gereja yang dimiliki sepenuhnya oleh agama kristian. Bayangkan klu di Malaysia ada bangunan macam ni, mau keliru kita dibuatnya nanti kan. Harap2 tak berlaku la peristiwa seperti ini di Malaysia. Begitu mengelirukan, ini adalah antara dakyah2 kristian di Malaysia. Setelah mereka berjaya di Indonesia, kini mereka mula beralih ke Malaysia pula, sungguh memeningkan bukan. Marilah sama kita bangun membantu semua gerakan NGO islam yang mempejuangkan agar perkataan ini tidak boleh digunakan di Malaysia.

















Cuba tgk lirik lagu di bawah ni, sape tak tahu pemilik kepada lagu ni. Tapi tray tgk penggunaan kalimah Allah dalam lirik lagu ini. Sungguh mengelirukan bukan. Si penyanyi ni bukan islam tapi menggunakan kalimah Allah dalam lirik lagunya. Ni lah contoh kejayaan mereka untuk mengelirukan umat islam di Indonesia dan di Malaysia. Nasib baik lagu ni diharamkan dari memasuki negara ni. Harap2 kita dapat menetapkan iman kita di dalam menghadapi kekeliruan abad ini.





















IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Nak Makan Tangan ?















Kreatif (ke tak ada kerja) sungguh chef yang masak makanan “daging tangan” nie. Cuba korang bayangkan tetiba kat food court ada jual daging tangan macam nie. Mahu hilang selera nak makan tengah hari. Geli gile nie.

























































IsLaM ThE WaY oF LiFe...

1/24/2010

Pengesahan Mumia Hatshepsut

















KAHERAH 27 Jun – Pihak berkuasa hari ini mengesahkan mumia yang ditemui sedekad lalu dan disimpan di Muzium Kaherah sebagai Ratu Hatshepsut berdasarkan analisis asid deoksiribonukleik (DNA) dan ujian saintifik struktur giginya.

Ketua Antikuiti, Zahi Hawass berkata, mumia yang ditemui di kawasan perkuburan diraja pada 1903 di Lembah Mesir itu ditinggalkan di tapak penemuan tanpa dikenal pasti identiti hingga dua bulan lalu apabila ia dibawa ke muzium untuk menjalani ujian.

“Kami yakin seratus peratus mumia itu milik Firaun Hatshepsut,” katanya kepada The Associated Press.

Menurutnya, DNA dan ujian saintifik gigi yang ditemui dalam kotak peninggalan mengandungi beberapa organ Raja Firaun wanita yang hilang secara misteri.

Hatshepsut adalah raja wanita yang mahu dikenali sebagai Firaun dan berpakaian seperti lelaki.

Beliau memerintah Mesir ketika abad ke-15 sebelum Masehi.

Ketika kemuncak pemerintahannya pada dinasti ke-18, dia mempunyai lebih kuasa berbanding Cleopatra dan Nefertiti.

Namun apabila kuasanya berakhir, kesemua peninggalannya hilang secara misteri termasuk mayatnya.

Sebelum ini, satu lagi mumia yang berada di muzium tersebut sejak beberapa dekad lalu dipercayai sebagai Hatshepsut.

Namun Zahi berkata, hari ini pakar mengesahkan bahawa mumia yang dibawa balik dua bulan lalu adalah Firaun Hatshepsut yang sebenar.

– AP dan Utusan Online

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

1/11/2010

'Peace' Propaganda Yahudi

















1 2 3! Kebiasaanya kita selalu angkat tangan Peace semasa mengambil gambar. Tapi anda semua tahu tak rahsia di sebalik lambang Peace itu? Ok, di sini ana kongsi sikit tentang rahsia lambang Peace!













Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ni telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon dan Winston Churchil.
















Richard Nixon

















Winston Churchil






















Yaser Arafat

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati!! Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).

Dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala.Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa tu adalah tanda kegemarannya.Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya. Simbol PEACE ni adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist) . Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah.Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri)










IsLaM ThE WaY oF LiFe...

MU + Yahudi = Propaganda Menjahanam Umat Islam
















Manchester United dan AC Milan. Siapa yang tidak kenal dengan pasukan bola sepak tersebut. Mereka memang hebat di gelanggang dan memiliki barisan pemain yang handal serta sumber kewngan yang kukuh.. Mereka telah beberapa kali berjaya memenangi piala samada di kancah Negara mereka (England dan Italy), di pentas benua Eropah dan di pentas kejohanan kelab-kelab dunia. Kedua-dua kelab berkenaan mempunyai penyokong dari serata dunia hatta di Malaysia juga.

Namun di sebalik nama dan pencapaian hebat mereka di persada dunia dan memiliki sokongan tak berbelah-bahagi dari penyokong mereka di seluruh dunia, tersimpan pelbagai unsur-unsur kesyaitanan, masonik dan kawalan minda (mind control). Dana kelab-kelab berkenaan yang terlalu banyak menjadi misteri kerana dikaitkan dengan Freemason yang membiayai kelab-kelab tersebut. Pemilik Manchester United, Malcom Glazer merupakan seorang warga Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi yang sangat memusuhi Islam. Dia dikatakan membiayai sebuah pertubuhan Yahudi di Israel yang bertujuan membela pendatang-pendatang haram Yahudi di Palestin. Manakala AC Milan pernah diterajui oleh Perdana Menteri Italy, Silvio Berlusconi yang merupakan seorang Mason (ahli Freemason).
















Kedua-dua kelab mempunyai persamaan dari segi logo dan warna tema mereka yang menyimpan pelbagai unsur Masonik, Kesyaitanan dan kawalan minda. Kedua-dua kelab memilih warna merah sebagai warna tema mereka di mana di dalam kepercayaan puak kafir penyembah syaitan, warna merah melambangkan ‘warna rasmi’ bagi syaitan itu sendiri. Di dalam teori tenaga, pada waktu hampir dengan senja, frekuensi cahaya merah sangat tinggi dan kita dinasihatkan agar tidak membiarkan anak-anak kita berkeliaran di luar rumah pada waktu senja kerana banyaknya syaitan yang berkeliaran pada waktu senja. Dan kita juga tidak digalakkan tidur pada waktu selepas Asar kerana akan menyebabkan kelembapan otak dan kegilaan kerana dikatakan frekuensi tenaga cahaya merah sangat tinggi menjelang senja.

Kedua-dua kelab ini juga mempunyai logo yang menyerupai sebiji mata, di mana mata dikaitkan dengan unsur All Seeing Eye, Eye of Horus atau Mata Dajjal. Lambang mata satu ini juga terdapat pada not USD 1, matawang Amerika Syarikat. Cuba perhatikan betul-betul pada kedua-dua logo ini di bawah:

















































Pada logo Manchester United, terdapat satu ‘devil’ yang sedang memegang garpu yang memang diketahui lambang tersebut adalah lambang syaitan. Perkataan ‘Red Devil’ (syaitan merah) juga sesuai digunakan untuk menerangkan lambang berkenaan dan turut digunaan oleh Manchester United selain MUFC, Man Utd, Man U dan MU bagi melambangkan kelab berkenaan. Dua biji bola yang terdapat di logo berkenaan dikatakan oleh pengkaji konspirasi sebagai Ra atau Amon-Ra yang merupakan Tuhan Matahari bagi masyarakat Mesir Purba.

Pada logo Manchester United terdapat sebanyak lebih kurang sebanyak lima NOMBOR 13, secara jelas atau tersirat jikalau diperhatikan secara teliti. Angka 13 merupakan angka yang melambangkan angka sial bagi masyarakat Eropah dan juga melambangkan nombor kesukaan syaitan bagi para penyembah syaitan. Jikalau anda dapat melukiskan seperti di bawah pada logo ini maka anda akan mendapati satu pentagram, bitang berbucu 5 yang terbalik yang merukan bintang yang melambangkan Baphomet, syaitan berkepala kambing yang disembah oleh para Mason peringkat tinggi. Dan bucu yang melambangkan Baphomet (bucu bawah), ia menghala ke perkataan UNITED seolah-olah menyuruh para penyokong MUFC bersatu di atas nama Baphomet.








































Perkataan MASON boleh didapati secara tersembunyi dan tersirat pada logo ini. Selain itu, selalunya Manchester United dibahasakan sebagai MAN U di mana Manu merupakan Dewa bagi masyarakat Hindu. Sekali lagi unsur agama paganisme selain Ra diterapkan dalam logo ini. Perkataan MAN U itu jikalau ditambahkan setiap angka yang mewakili huruf tersebut, kita akan dapati angka 13 pada hasil tambah akhir nombor berkenaan. Contoh:

M=13 A=1 N=14 U=21

1+3+1+1+4+2+ 1=13

Jika kita abaikan MA pada Manchester (yang mana MA bermaksud MASON) huruf N,C, H,E,S,T,E,R juga boleh mendapat angka kesukaan penyembah syaitan.

E dan R
Bold
E=5, R=18
18-5
=13

N,C,H,E,S,T

N=14 C=3 H=8 E=5 S=19 T=20

1+4+3+8+5+1+ 9+2+0=33

No 33 adalah angka kesukaan penyembah syaitan. Selain itu juga ia merupakan darjat tertinggi dalam Freemason di mana ahli yang ada darjat 33, meyembah syaitan dalam ritual mereka.

AC Milan pula tidak kurang hebatnya unsur Masonik, kesyaitanan dan kawalan minda pada logo mereka. Satu salib yang terdapat pada logo berkenaan jelas mengambarkan salib Knight Templar. Apa beza salib Kristian dan salib Knight Templar? Salib Kristian persilangan dua batang tersebut tidak berada di tengah-tengah batang yang panjang sebaliknya pada bahagian bawah persilangan lebih panjang dari bahagian atas. Salib Knight Templar pula kedua-dua persilangan berada pada tengah-tengah setiap batang. Cuba perhatikan di bawah salib para Knight Templar dan salib Kristian:























































Knight Templar merupakan satu pasukan askar yang sangat kejam yang menyembelih seluruh umat Islam semasa mereka menawan Baitulmuqaddis. Mereka merupakan penyembah Baphomet dan syaitan yang mengamalkan ajaran Kabbalah, ajaran kesihiran dan kesyaitanan. Para Knight Templar juga adalah asas bagi pertubuhan Freemason moden.

Pada logo berkenaan juga terdapat 1899 yang mungkin kita faham sebagai tahun penubuhan kelab berkenaan. Namun sebaliknya secara tersiratnya jikalau 1 dan 8 ditambahkan akan membentuk 9 dan jika 9 berkenaan digabungkan dengan 99 yang ada dan diterbalikkan, hasilnya angka 666 yang mana angka 666 adalah angka ‘Lambang Raksasa”, Mark of Beast atau angka kejahatan. Pada logo AC Milan juga jikalau salib berkenaan disifatkan sebagai X dan dicampurkan dengan belang-belang yang terdapat di sebelah X berkenaan akan membentuk XIII yang mana angka 13 juga terpakai pada logo ini. Tidak cukup lagi, huruf ACM pada logo berkenaan jikalau dimainkan nombornya:

A=1 C=3 M=13 akan membentuk 13,13 dimana angka 13 berulang sangat disukai para penyembah syaitan.


































Tengoklah gelagat pemuda dan pemudi 'islam' ini. Ketaksuban terhadap kelab gergasi bolasepak eropah yahudi begitu tinggi. Secara umumnya para penyokong kelab-kelab berkenaan jikalau kita perhatikan sejarah perlawanan mereka, mereka gemar bergaduh dengan para penyokong kelab lain. Mereka juga gemar merosakkan harta benda awam dan melakukan vandalisme. Para penyokong kelab-kelab ini juga samada di Eropah atau di Malaysia sangat taksub dengan kelab ini sehinggakan sanggup berbelanja lebih untuk membeli cenderahati, melanggan ASTRO dan melepak di kedai makan semata-mata menonton kelab kegilaan mereka.

IsLaM ThE WaY oF LiFe

1/10/2010

Kisah Kebijaksanaan Imam Abu Hanifah

Pada suatu masa ada seorang yang memusuhi Allah. Ia suka menanyakan tiga soalan dan tiada siapa yang boleh menjawabnya. Bahkan ulama-ulama di Baghdad pun tidak dapat menjawabnya. Ini menyebabkan ia semakin menjadi-jadi memperlecehkan Islam. Pada suatu hari seorang anak lelaki berumur lebih kurang 10 tahun datang dan mendengar cabaran yang dibuat oleh lelaki tersebut. Lelaki ini mencabar siapa sahaja untuk menjawab soalannya. Anak lelaki itu diam dan memerhatikan sahaja. Kemudian ia nekad untuk menyahut seruan lelaki itu.

Ia kemudiannnya berjalan ke arah lelaki itu dan berkata, "Aku sahut cabaranmu" Lelaki itu ketawa dan tambah memperleceh lagi orang-orang Islam sambil berkata, "Anak berumur 10 tahun menyahut seruanku? Ini sajakah yang mampu kamu adakan?" Anak lelaki itu dengan tenang mengulangi sekali lagi hasratnya. Ia akan menyaht cabaran lelaki ini dan dengan pertolongan dan petunjuk Allah ia akan menundukkan lelaki ini. Lelaki itu akhirnya bersetuju. Maka ramailah orang berkumpul di sekeliling bukit kecil di mana selalunya rapat-rapat umum diadakan.

Maka lelaki yang bongkak itu pun naik ke atas bukit dan dengan suara yang kuat ia menanyakan soalan pertama, "Apa yang sedang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?" Anak lelaki itu berfikir sejenak dan tak lama kemudian ia meminta lelaki itu turun dari atas bukit supaya ia boleh naik dan menjawab soalan itu. Lelaki itu dengan nada yang agak marah berkata, "Apa? Kau mahu aku turun?" "Ya!" jawab anak lelaki itu. "Kau hendak aku jawab, bukan?" Akhirnya lelaki itu turun dan itu dengan kakinya yang kecil naiklah ke atas bukit. Lalu ia berkata, "Ya Allah yang Maha Gagah. Engkaulah menjadi saksi di hadapan orang ramai ini. Kau baru sahaja mentakdirkan orang kafir ini turun ke aras yang rendah dan orang yang beriman ke atas yang tinggi". Mendengar jawaban anak ini orang ramaipun bersorak sambil bertakbir, "Allahuakbar! !!"

Lelaki itu pun rasa terpukul tetapi masih tidak serik lalu menanyakan soalan kedua. Soalnya, "Apa yang wujud sebelum Tuhan?" Anak lelaku itupun bertafakur. Lalu ia meminta lelaki itu mengira dari 10 ke belakang. Lelaki itu pun mengira, "10, 9 ,8 , 7 , 6, 5, 4, 3, 2, 1,0" Lalu anak lelaki itupun bertanya, "Apa yang wujud sebelum 0?" Jawab lelaki itu, "Tak tahu...tiada" Anak lelaki itu pun berkata, "Tepat sekali. Tiada sebelum Allah, Dia kekal abadi". Orang ramai bersorak lagi sambil bertakbir, "Allahuakbar! !!!"

Lelaki itu mula putus asa tetapi meneruskan dengan soalan ketiga, "Ke arah mana Allah menghadap? "Seperti tadi anak lelak itu pun berfikir sejenak. Lalu ia meminta sebatang lilin. Sebatang lilin dibawakan kepadanya lalu ia memberikannya kepada lelaki tadi. Ia meminta lelaki itu menyalakan lilin berkenaan. Lelaki itu menyalakan lilin itu sambil berkata, "Apa yang kau ingin buktikan?" Anak lelaki itu pun bertanya, "Ke arah manakah cahaya lilin itu memancar?" Lelaki itu menjawab, "Tentulah ke semua arah". Anak lelaki itupun berkata, "Kau telah menjawab soalanmu sendiri. Cahaya Allah memancar ke semua arah. Dia ada di mana-mana. Tiada tempat pun Dia tiada. Orang ramai pun bersorak lagi sambil bertakbir," "Allahuakbar! !!"

Lelaki itu kagum dan hatinya tersentuh dengan kepandaian anak itu lalu ia menjadi penganut Islam dan belajar dengan anak itu. Tahukah anda siapa anak lelaki itu? Ia adalah salah seorang imam mazhab besar dalam ahli sunnah wal jamaah. Imam Abu Hanifah.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

1/06/2010

Kasih Suami

Seorang isteri telah mengemukakan aduan kepada qadi Mu'tadid Ali ar-Rayy tentang 500 dinar (wang mas) kahwin yang belum dibayar oleh suaminya. Wanita tadi membawa beberapa orang saksi yang menyokong dakwaannya. Si suami tidak mengakui dakwaan si isteri. Qadi pun menyuruh saksi-saksi untuk mengemukakan penyaksian mereka untuk menyokong dakwaan si isteri. Para saksi berkata:

"Wanita ini hendaklah memperlihatkan wajahnya supaya kami dapat pastikan dialah wanita yang kami maksudkan."

Si Qadi menerima permintaan para saksi dan menganggapnya itu hak saksi-saksi. Wanita menolak untuk menunjukkan mukanya kerana malu. Si Qadi menyuruh wanita tadi untuk memperlihatkan wajahnya untuk meneruskan dakwaan tadi. Tiba-tiba si suami yang bersimpati dengan isterinya segera berkata:

"Tidak usah tunjukkan muka mu. Aku mengakui dakwaan mu itu."

Si isteri terharu dengan sikap suaminya lalu berkata:

"Aku menjadikan Allah sebagai saksi dan juga kamu semua bahawa aku halalkan semua mas kahwinku dunia dan akhirat."
IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Perutusan 2010 M

Assalamualaikum w.b.t.

Bertemu kembali kita di warkah sekalian kalinya ini. Semoga dengan limpah kurniaNya kita akan sentiasa menjadi insan yang mensyukuri nikmatNya. Baru kini ana berkesempatan menggarap sedikit tinta elektronik di maya ini. Diharapkan agar setiap post yang ana postkan di sini akan menjadi tatapan dan penghayatan kita semua di akhir zaman ini.

Sedarlah kita bahawa dunia kini berada di penghujungnya. Lihatlah di sekeliling kita, terlampau banyak kemaksiatan yang berlaku. Segala tanda-tanda akhir zaman yang Rasullullah ungkap 1431 tahun dahulu kini benar-benar berlaku dan semakin hari semakin banyak tanda tersebut yang nyata dan jelas kelihatan. Marilah sama-sama kita bertaubat selagi mempunyai masa ini dan marilah sama-sama kita merenung kembali amal ibadat kita selama ini. Adakah cukup untuk kita meraih redha Ilahi. Hanya redha Allah Taala yang dapat menyelamatkan kita dari kemurkaan Allah Taala. Percayalah setiap kesalahan yang kita lakukan walaupun sebesar zarah dan tidak diketahui oleh sesiapa kecuali kita pasti akan mendapat balasan yang setimpalnya di akhirat kelak. Namun kepada semua kaum mukminin dan mukminah, jangan susah hati, segala amal ibadat yang kalian lakukan pastinya dalam perhatian Allah Taala. Dan Allah Taala tidak akan membiarkan hambanya yang soleh dan solehah berada di dalam kesusahan.

Alhamdulillah, kini ana dan sahabat-sahabat ana diberi kesempatan oleh Allah Taala untuk melangkah ke sesi baru pengajian di Institut Pendidikan Guru di Kuala Terengganu ini. Maka bertambahlah satu lagi subjek bagi kursus yang ana ambil iaitu subjek ekonomi. Insyallah dengan keizinanNya ana akan belajar dengan bersungguh dengan bantuanNya dan memahami segala ilmu yang diperolehi. Insyallah nanti setelah cita-cita ana ingin menjadi seorang murabbi dan pendidik anak bangsa dimakbulkan Allah Taala, ilmu itu akan ana pergunakan untuk mendidik anak bangsa pula. Sesungguhnya setelah manusia itu mati, kesemua yang dimiliki di dunia ini sudah tidak bermakna lagi untuknya kecuali 3 perkara iaitu amalan di dunia, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat. Insyallah sama-sama kita berdoa agar kita dapat memenuhi ketiga-tiga manfaat itu nanti. Amiin

Sekian sahaja warkah dari ana, Wassalam.....

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

12/29/2009

Berlabuhnya 2009...

















Assalamualaikum...w.b.t.

Alhamdulillah akhirnya tirai 1430 H / 2009 M akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Marilah sama-sama kita hisab apakah amalan yang telah kita lakukan selama ini, adakah dipenuhi ibadah kepadaNya, alhamdulillah jikalau jawapannya begitu, namun seandainya jawapan adalah sebalik, nau'uzubillah min zalik, hanya kepadaNya kita memohon keampunan, Allah Taala amat mengasihi hambaNya yang sentiasa menyesal dengan segala dosa yang dilakukannya. Kita sebagai hambaNya tidak pernah lari dari berbuat dosa walaupun sedikit, setiap hari, setiap jam ada sahaja dosa yang kita lakukan. Tiada apa yang dapat kita lakukan kecuali memohon keampunannya setiap kali melangkah. Tetapkan dalam hati bahawa setiap kerja buat kita adalah keranaNya barulah segala pekerjaan akan menjadi ibadah.

Andaikata kita seorang pelajar, maka teruskanlah usaha untuk belajar ilmu Allah di muka bumi pinjamanNya ini, hanya kepadaNya tempat kita kembali. Niatkan dalam hati bahawa segala ilmu yang dipelajari ini untuk dimanfaatkan kepada agama Allah Taala. Kita gunakan ilmu yang dikurniakan oleh Allah ini untuk meninggikan syiar islam di muka bumi. Jangan kita menjadi barua kepada yahudi dan sekutunya yang lain. Jangan kita memperbodohkan diri kita disaat musuh-musuh islam sedang mengurumuni kita ibarat semut mengerumuni gula yang terdedah. Ayuhlah bangun duhai saudaraku sekalian, kita bangkit membantu kaum muslimin di Palestin, Iraq, Afghanistan, selatan Thailand dan segenap pelusuk bumi yang mengandungi umat islam, iaitu saudara seagama kita yang sedang dianiayai.

Alangkah sedihnya kita melihat semakin ramai umat islam generasi muda yang terbiar begitu sahaja kudrat kuatnya. Mereka terleka dengan nikmat pesona dunia yang fana ini. Tatkala saudara seagama kita yang lain sedang merana, kita masih lagi tersenyum sambil menggoyangkan kaki di atas kerusi yang empuk menonton kesengsaraan mereka di kaca televisyen tanpa sebarang niat terdetik di hati ingin membantu mereka. Jesteru benarlah seandainya sabda kekasih Allah, Rasullullah S.A.W yang mengatakan pada akhir zaman, umat islam amat ramai namun kesemuanya ibarat buih di lautan sahaja, sekali ombak datang menerpa, sekali hanyut dan hancur begitu sahaja.

Ayuhlah bangkit duhai saudaraku, mari kita berjihad di jalan Allah untuk membantu meninggikan syiar islam. Seandainya kamu pelajar, maka berjihadlah menggunakan kekuatan akalmu untuk menelaah ilmu, percayalah ilmu itu amat berguna kelak untuk meninggikan martabat umat islam, usah gentar dengan yahudi, nasrani, orientalis barat malah sesiapa sahaja yang menghalang. Teruskan perjuanganmu buat selamanya kerana selagi dunia tidak kiamat, selagi itu syaitan akan bermaharajalela menjahatkan umat manusia yang tidak punya iman di hati. Takbir ! Allahuakhbar....
wassalam...

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

12/23/2009

Kerana Foie Gras Itik Diseksa




















Apakah dia FOIE GRAS ??

FOIE GRAS bermaksud hati berlemak (Fat liver) adalah menu makanan yang mewah berasal dari Perancis. Hidangan mewah ini berasal dari hati angsa yang diperoleh dari angsa yang di “paksa” makan secara berlebihan setiap harinya agar hatinya berubah menjadi hati berlemak akibat menderita penyakit “hati berlemak” (fatty liver). Manusia menjadi KEJAM dan TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN demi untuk memenuhi hawa nafsu mereka. KEJAM! Itulah perkataan yang sesuai ditujukan kepada golongan manusia ini.

Semua perlakuan kejam oleh sekelompok manusia ini hanya untuk memperoleh hati angsa yang indah berwarna putih dan lebih besar dari yang normal. Gambar sebelah kiri adalah hati angsa berwarna putih yang besarnya di atas normal akibat angsa diberi makan secara berlebihan secara paksa, sedangkan gambar sebelah kanan (warna coklat) adalah hati angsa yang normal.














Sangkar yang dibuat memaksa angsa tak dapat memusingkan badannya maupun melangkah. Kakinya menjadi bengkak kerana setiap hari mereka terpaksa berdiri. Angsa-angsa ini tidak ada kesempatan untuk tidur karena lehernya berulang kali dipegang untuk di “paksa” makan.




























Mereka yang masih bertahan hidup, menderita penyakit radang usus sehingga mudah terjadi pendarahan yang keluar bersama kotorannya. Tidak hanya penderitaan mulut luka, tenggorokkan luka, perut kesakitan, kaki bengkak, tidak tidur, tak dapat bergerak, mereka juga tak dapat hidup bebas untuk melihat langit atau sungai.













IE WaY oF LiFe

















































Mereka dipaksa makan sampai mati atau mereka mati kerana tak sanggup menahan penderitaan ini. Lihatlah mulut mereka penuh dengan makanan ….














IsLaM ThE WaY oF LiFe


Sungai Berwarna ?!

Assalamualaikum....w.b.t.
Cantik bukan sungai ni, mengikut maklumat yang ana terima dari emel, tempat ni terletak di Columbia, memang cantik dengan aliran airnya yang kelihatan berwarna-warni. Inilah dia keindahan yang Allah Taala sediakan kepada manusia, ada kalanya kita harus memerhati pemandangan yang berada di sekeliling kita tentunya kita akan kagum dengan segala ciptaanNya dan merasa betapa kerdilnya kita di HadapanNya. Hanya kepadaNya tempat kita dikembalikan. Jika gambar ini benar-benar wujud, tentu seronok seandainya kita dapat pergi ke sana bukan. Insyallah...Amiin...
Syukran, Wassalam...











































































































































IsLaM ThE WaY oF LiFe...