SaHaBaT

10/27/2011

KiSaH HaJaRuL AswaD

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia kepada kalian semua yang sudi berkunjung ke teratak yang insyallah berinformasi ini. Semoga segala informasi dapat kita perolehi bersama dan disebarkan sesama kita, insyallah. Diharapkan semuanya sihat walafiat hendaknya. Pada kali ini kita akan membicarakan mengenai asal usul batu Hajarul Aswad yang terdapat di kota suci Makkah Al-Mukarramah. Kepada yang pernah pergi buat umrah ataupun haji mungkin melihatnya, tetapi kepada yang tidak pernah menjejakkan kaki ke kota suci umat islam ini, mungkin tidak mempunyai pengalaman mencium batu Hajarul Aswad ini. Namun sebelum tu mari kita sama-sama mengetahui kisah batu ini, jom.

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus lumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.

Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.

Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"

Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."

Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan saja.

Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyekutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.

Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."


P/s : tak sabar nak menjadi tetamu Allah S.W.T, insyallah lepas habis belajar ni elaksamana nak keje kumpul duit kejap dan nk bawak parent, zaujah dan anak2 ke sana, insyallah, Amin....

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

10/25/2011

HaPPy DeePaVaLi 2011M

Indahnya 1Dunia kepada kalian semua yang sudi mengunjungi laman blog yang insyallah berinformasi ini. Semoga segala informasi yang didapati di sini dapat dijadikan panduan, teladan dan ikutan apa yang baik yang ada didalamnya. Kewujudan blog ini sekadar ingin berkongsi bersama kalian semua informasi yang bermanfaat. Mungkin informasi tersebut dapat membuka minda kita yang kekusutan dengan pelbagai perkara dunia yang bercelaru ini. Baiklah sahabat-sahabat sekalian, dikesempatan ini eLaKSaMaNa ingin mengucapkan HAPPY DEEPAVALI kepada semua pembaca blog elaksamana yang beragama hindu. Sama-samalah kita mewujudkan ikatan perpaduan dan muhibbah yang harmoni bagi mewujudkan keamanan bersama. Walaupun sewaktu di persekolahan rendah dan menengah eLaKSaMaNa tidak berkesempatan berkawan dengan kawan-kawan dari masyarakat India, Alhamdulillah sewaktu eLaKSaMaNa melanjutkan pelajaran ke IPG ini, eLaKSaMaNa berkesempatan untuk berkenalan dengan rapat sahabat-sahabat dari masyarakat India. Semoga kita semua sentiasa dalam keadaan sukses sokmo. Thanx

10/24/2011

UjiaN PeRLaNGGaRaN PaLinG PaNTaS

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada kalian semua yang sudi berkunjung ke blog PaRaDoX eLaKSaMaNa ini, semoga segala informasi yang disiarkan bermanfaat untuk kita dan dijadikan panduan dalam hidup kita, insyallah. Jika posting2 sebelum ini menampakkan informasi yang sedikit berat, namun pada kali ini jom kite rehatkan minda seketika dari isu-isu yang berat. Jom kite tengok dan baca informasi yang elaksamana cedok dari beberapa buah laman web dan blog yang mungkin bermanfaat ini.
Ini merupakan gambaran di mana sebuah Ford Focus menghentam sebuah dinding konkrit pada kelajuan 120 mph (192km/j) di dalam satu ujian pelanggaran paling pantas di dunia. Pakar keselamatan lazimnya melakukan ujian pelanggaran hanya pada kelajuan 40 mph (64 km/j) di dalam menentukan tahap keselamatan sebuah kereta. Namun begitu kita tertanya-tanya apakah akan terjadi jika perlanggaran berdepan (head-on) berlaku pada kelajuan tiga kali ganda kelajuan lazim yang digunakan di dalam penentuan tahap keselamatan sebuah kereta. Hal ini membawa kepada satu ujian perlanggaran paling pantas di dalam sejarah dunia. Ford Focus ini berubah kelajuan daripada 120 mph kepada 0 mph dalam masa 60 saat dan akibatnya...
Sebuah besi buruk yang tidak dikenali lagi rupa asalnya. Bayangkan jika anda berada di dalam kereta ini. Maka berhati-hatilah ketika memandu, biar lambat asalkan selamat. Jadilah pemandu yang bijak dalam menangani segala situasi Wassalam.
P/s : Gambar atas menunjukkan kereta Ford Focus, waa klu keta utk ujian perlanggaran ni beri pada eLaKSaMaNa pun bagus jugak, hahaha tpi keta ni klu dkat Eropah bukn keta mahal pn, sama taraf dgn keta Myvi or Saga di M'sia je, bile dtg M'sia, harga jadi berlipat kali ganda sbb cukai, biasalah M'sia kan, klu takde cukai tinggi bkn M'sia la tu.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

10/23/2011

MaLaYSia BaNKRupT ?

HUTANG NEGARA kini mencecah RM437.2 bilion atau 52.7 peratus daripada KDNK sehingga 30 Jun tahun ini. Angka mengerunkan ini dikutip daripada jawapan bertulis Kementerian Kewangan kepada soalan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang meminta menteri kewangan menyenaraikan negara luar yang memberi hutang kepada Malaysia. Daripada jumlah berkenaan, sebahagian besar hutang kerajaan adalah daripada hutang dalam negara yang berjumlah RM421 bilion atau 96.3 peratus daripada keseluruhan hutang.

Manakala bakinya RM16.2 bilion atau 3.7 peratus merupakan hutang luar negara.
Bajet Tranformasi 2012 yang dibentangkan oleh PM sarat dengan belanjawan defisit yang bakal menyusahkan rakyat pada masa depan. Kadar hutang negara ditetapkan oleh pelbagai peruntukan undang-undang. Antara peruntukan tersebut adalah Akta 637 Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 (disemak 2004) dan Akta 275 Akta Pelaburan Kerajaan 1983, yang menetapkan gabungan pinjaman tempatan tidak boleh melewati kadar 55 peratus dari KDNK Negara.
Manakala Akta 403 Akta Pinjaman Luar Negeri1963 (disemak 1989) menghadkan pinjaman luar negeri pada RM35 ribu juta pada sesuatu masa. Selain dari kadar yang ditetapkan oleh peruntukan undang-undang, Perbendaharaan juga mengenakan peraturan ketat untuk diikuti demi mengukuhkan disiplin fiskal. Sebagai contoh perbelanjaan pengurusan untuk tahun terbabit tidak boleh melebihi unjuran pendapatan. Begitu juga pinjaman yang dibuat kerajaan hanya untuk dibelanjakan demi pembangunan.

Laporan terkini Bank Negara Malaysia (dikemaskini 14 Oktober 2011) menunjukkan hutang negara kini berada pada RM 437 ribu juta pada suatu tempoh yang berakhir pada 30 Jun 2011. Jumlah tersebut merupakan pecahan dari RM421 ribu juta hutang tempatan dan RM16 ribu juta hutang luar negara. Ini bermaksud negara kini sudah berada pada 51 peratus dari nisbah hutang tempatan kepada KDNK negara sepertimana yang ditetapkan oleh Akta 637 dan Akta 275, yang hanya membenarkan tambahan hutang sebanyak RM33 ribu juta.

Oleh itu, berdasarkan fakta ini adalah jelas kerajaan tidak mempunyai dana secukupnya untuk membiayai perbelanjaan selebihnya bagi tahun 2011 dan defisit RM46 ribu juta untuk dibiayai oleh hutang lebihan sebagaimana yang diumumkan dalam Belanjawan 2012. Rakyat sedar unjuran pertumbuhan sebanyak 5 peratus-6 peratus yang diumumkan Najib dalam belanjawannya tidak tepat dan berkemungkinan besar pentadbirannya terpaksa bergantung kepada hutang demi membiayai janji janji pilihan rayanya. Namun, sekiranya hutang negara berkembang pada kadar RM50 bilion setahun, ia boleh mencecah RM1 trilion menjelang tahun 2020, tegas badan pemikir bebas Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA).

Defisit semasa negara berada pada RM437 bilion, yang menurut REFSA adalah lebih dua kali ganda bajet defisit RM217 bilion yang dilaporkan pada tahun 2004.
Dengan kata lain, kerajaan telah menambahkan lebih banyak hutang pada enam setengah yang lalu sejak tahun 2004 berbanding dengan 47 tahun selepas merdeka. Antara tahun 2007 dan 2011, defisit berkembang secara purata pada kadar kira-kira RM34 bilion setiap tahun. Tetapi dengan andaian, defisit akan meningkatkan hutang tambahan sebanyak RM50 bilion setahun, Malaysia boleh menjangkakan jumlah hutang negara naik dua kali ganda lagi pada tahun 2020 menjadi RM1 trilion. Ini adalah 1 dengan 12 sifar di belakang – RM1,000000000000.

Sumber :

http://www.facebook.com/notes/harakah/hutang-negara-mengerikan/280186415337712

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

10/22/2011

NaSiHaT DaRi ex-SaMi BaTu CaVeS MeMeLuK IsLaM

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada kalian semua yang sudi berkunjung ke teratak terindah PaRaDoX eLaKSaMaNa ini, semoga kita sama-sama dapat manfaat dari apa-apa sahaja yang eLaKSaMaNa postkan di sini. Semoga bermanfaat, insyallah. Berikut merupakan petikan emel yang elaksamana dapat dari salah seorang saudara seagama, semoga ianya menjadi panduan kepada kita dalam kita mengekalkn keimanan kita ini, insyallah.

Minggu lepas surau ditempat saya didatangi oleh seorang bekas sami dari Batu Cave yang telah memeluk Islam. Beliau mempunyai nama baru yang telah diberikan oleh TGNA. Saya rasa tak sesuai nak bagitahu nama dia di sini. Mungkin nampak agak perkauman thread ni tapi harap dapat baca sampai habis.
Beliau sami yang kedudukan agak tinggi di Batu Cave. Tugas utama beliau di Batu Cave adalah membakar mayat di mana beliau adalah ketua. Upacara membakar mayat beliau lakukan adalah dengan menghadap kiblat kita ummat Islam. Maknanya mayat tersebut adalah dalam keadaan berdiri.

Ada beberapa perkara yang membuatkan beliau meninggalkan agama beliau tapi antara yang sebab paling utama adalah semasa di Batu Cave beliau enggan menyembah seorang melayu yang bernama Ayah Pin.
Serba sedikit beliau menerangkan tentang pengalaman beliau semasa di Batu Cave. Kuil Batu cave adalah antara kuil yang paling utama di dunia untuk penganut hindu. Beliau menerangkan Batu Cave seumpama Universiti utama mengeluarkan PhD untuk bakal-bakal sami. Bolehlah saya umpamakan seperti Al-Azhar untuk penganut Hindu. Setahu saya sendiri tempat sambutan Thaipusam terbesar di dunia adalah di Batu Cave. Beliau jugak menyatakan bahawa Tokong Hindu paling besar di dunia adalah di Batu Cave. Tempat pembakaran mayat paling besar di dunia adalah terletak di satu tempat di Selangor (saya sudah lupa nama tempat tu).
Pada bulan Ramadhan beliau akan menutup semua Tokong yang ada kerana pada bulan tersebut penganut Hindu tidak menyembah Tokong kerana pada bulan tersebut tokong-tokong semacam tiada kuasa. Betullah logiknya kerana pada Bulan tersebut semua setan dan iblis diikat dan dirantai. Jadi tidaklah setan dan iblis ni menghuni tokong-tokong tadi untuk menyesatkan manusia. Beliau juga memberikan beberapa petua.

Jangan bersalam dengan penganut Hindu di waktu selepas Subuh kerana waktu itu mereka baru bersembahyang dan mencalit sedikit abu mayat ke muka mereka dan mereka tidak membasuh tangan mereka. Juga jangan makan di rumah penganut Hindu ini kerana beliau mengatakan dalam setiap rumah penganut Hindu ada tokong dan masakan mereka akan dirasai dahulu oleh setan dan iblis ni. Itu sajala yang sempat diperkatakan.
Sekarang beliau menetap di Kelantan dan sedang bekerja dan mendalami Islam di sana . Beliau sudah 3 tahun memeluk Islam. Atas nasihat Mufti Perak, harta yang dikumpulkan semasa menjadi sami pembakar mayat tersebut telah ditinggalkan. Semoga ALLAH memelihara imannya.

p/s :
Alhamdulillah, Kelantan tetap menjadi destinasi bagi sesiapa yang ingin mendalami ilmu agama islam, semoga Allah memberkahi bumi Kelantan serambi makkah ini, insyallah Amin....


IsLaM ThE WaY oF LiFe...

10/21/2011

MaTiNya 'DaFi' Di BuMi LIBYA

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia kepada semua atas kesudian berkunjung ke lamab blog elaksamana yang insyallah berinformasi ini. Baru pagi ini kita menerima berita mengenai penangkapan Muammar Gaddafi, pemimpin Revolusi Libya yang menggulingkan pemerintahan Diraja Libya terdahulu iaitu Sayyid Muhammad Idris bin Muhammad al-Mahdi as-Senussi yang pro-barat. Muammar Gaddafi memang terkenal dengan ideologi anti-baratnya. Ini terbukti setelah beliau berjaya menjalankan revolusi, Muammar telah menghalau keluar semua rakyat Itali yang bermastautin di Libya, menutup kesemua pengkalan tentera Amerika di Libya termasuk pengkalan tentera US yang terkenal iaitu Wheelus dan menggantikan kalendar Libya mengikut kalendar islam (kerana sebelumnya kalendar Libya mengikut kalendar barat).


Satu-satunya Raja Libya iaitu Sayyid Muhammad Idris bin Muhammad al-Mahdi as-Senussi, sekutu kuat US sewaktu peperangan melawan tentera Nazi Hitler pimpian Erwin Rommel di bumi Libya.

Pada mulanya pemerintahan pemimpin revolusi ini kelihatan amat islamik. Malah Libya turut terlibat serta dalam Perang 6 Hari bangsa Arab menentang Israel di Tebing Barat. Walaupun Libya bukanlah negara arab sepenuhnya kerana bercampur dengan bangsa Afrika, Muammar tetap terlibat membantu Mesir sewaktu itu. Disebabkan oleh itulah hubungan diantara Mesir dan Libya baik sehinggalah Libya mula melakukan provokasi terhadap pemerintahan Mesir yang kelihatan semakin pro-barat. Malah Muammar Gaddafi juga mengambil inisiatif melatih pejuang-pejuang Palestin dalam menentang Yahudi Israel Laknatullah. Sokongan diberikan dalam bentuk dana kewangan, pembekalan senjata ringan & sederhana berat serta melatih pejuang-pejuang Palestin untuk menentang Israel. Itulah antara jasa yang mungkin ditutup sesetengah pihak. Dalam segala perbuatan jahatnya masih ada sekelumit kebaikan kerana masih bersisa perasaan ingin menolong sesama saudara seagama.

Gambar atas : Muammar Gaddafi bersama dengan Presiden Mesir, Gamal Abdel Nasser. Gambar bawah : Muammar (kiri) bersama Presiden Algeria, Houari Boumediene dan Presiden Syria, Al-Assad sewaktu salah sebuah persidangan yang diadakan di Libya pada Disember 1977.

Gambar bawah : Muammar Gaddafi bersama presiden Syria, Hafez Al-Assad.

Muammar Gaddafi turut memperkenalkan suatu sistem pemerintahan bercirikan islamik yang tersendiri yang beliau namakan sebagai ISLAMIC SOSIALISM yang berasaskan kepada fahaman dan ideologi Nasserism iaitu Nasionalis Arab. Malah penggunaan bahasa arab telah diperluaskan dalam segala urusan dan bahasa etnik dan negara lain tidak dibenarkan digunakan secara rasmi. Pentadbiran Muammar Gaddafi juga secara lantang mengecam US dan sekutu US yang lain mengenai dasar US yang Pro-Israel. Malah setiap kali persidangan PBB diadakan, Libya pasti mengutuk sekerasnya pentadbiran US dan negara barat yang lain.

Setelah sekian lama memerintah, Muammar Gaddafi mula terpesong arah apabila melakukan kekejaman, pembunuhan etnik minoriti, menyokong pihak yang salah, menyerang beberapa buah negeri Afrika yang pro-barat dan tidak menyokong kepimpinan beliau. Muammar Gaddafi mula berusaha menaikkan imej Libya agar menjadi antara negara berkuasa sama ada di Benua Afrika ataupun benua Arab. Penciptaan senjata pemusnah besar-besaran (WMD) telah menyebabkan tumpuan dunia beralih ke Libya dan hampir tercetus perang diantara Libya dan US. Mungkin kerana Libya mendapat sokongan kuat dari Rusia menyebabkan US tidak jadi untuk menakluk Libya ditambah pula Libya merupakan antara pengeksport utama minyak ke US walaupun dalam masa yang sama menentang dasar US.

Pada 20 Oktober 2011, pihak National Transitional Council (NTC) secara rasmi telah memberitahu stesen televisyen Al-Jazeera bahawa pemimpin revolusi Libya, Muammar Gaddafi telah berjaya ditangkap pada waktu pagi oleh pihak berkuasa tentera revolusi Libya berdekatan bandar kelahiran Gaddafi sendiri iaitu Bandar Sirte. Sewaktu penangkapan, Gaddafi dan konvoinya sedang dalam perjalanan keluar dari Sirte dan telah diserang oleh pesawat pejuang Nato milik Perancis kira-kira 3 kilometer barat bandar Sirte. Serangan telah mengorbankan berpuluh pengikut setianya. Gaddafi bagaimanapun terselamat tetapi sempat bersembunyi di bawah sebuah saluran paip longkang di barat bandar tersebut. Pihak berkuasa NTC telah berjaya menemui tempat persembunyian Gaddafi dan akhirnya berjaya mengangkap Gaddafi dan seterusnya dibunuh. Pihak NTC juga memberitahu mayat Gaddafi akan dibawa ke Misrata untuk dikebumikan secara rasmi sebagai pemimpin negara. Bagaimanapun pihak hak asasi manusia telah menjalankan siasatan sama ada Gaddafi terbunuh dalam pertempuran ataupun dibunuh secara sengaja tanpa bersenjata kerana dalam sebuah video klip menunjukkan Gaddafi masih hidup, namun setelah beberapa minit bergelut, paparan video menunjukkan Gaddafi sudah tidak bernyawa.


Salah sebuah longkang di barat bandar Sirte yang menjadi tempat persembunyian Gaddafi sebelum dijumpai oleh pihak berkuasa NTC dan akhirnya dibunuh secara sengaja.





Beginilah tamatnya riwayat seorang diktator yang amat digeruni oleh pihak barat. Mungkin ada baik dan buruknya kematian Muammar Gaddafi ini. Hanya Allah yang mengetahui mengenai kematiannya. Semoga Allah memberi kekuatan kepada umat islam untuk menentang puak2 kafir laknatullah. Biarlah lahir 1000 individu bersemangat waja seperti Gaddafi dalam menentang puak kuffar laknatullah namun tidak seganas, sekejam dan sejahat beliau. Biarlah Gaddafi menjadi suatu catatan sejarah kepada umat islam dan teladani apa yang baik dan jauhi apa yang tidak baik.
Wallahua'lam...

Sumber :
http://networkedblogs.com/oLpWS
http://en.wikipedia.org/wiki/Muammar_Gaddafi
http://www.bbc.co.uk/news/world-africa-15389550
http://english.aljazeera.net/news/africa/2011/10/20111020111520869621.html

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

10/17/2011

SeMBeLiH KeJaM : HaLaLKaH ?

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & Salam 1Dunia kepada kalian semua. Semoga semuanya sihat walafiat hendaknya di samping insan-insan tersayang. Kita tinggalka seketika topik-topik post yang berat, kita rehatkn sebentar minda dengan informasi terbaru saya dapati dari web. Berikut merupakan gambar-gambar kaedah penyembelihan kambing di sebuah negara di asia barat/asia tengah. Jom kita tengok gambar yang saya maksudkn ini.

Yeah, bersedia angkat parang, pancung !!

Kalau nak glamour/ada orang amik gambar, pancung la dekat pokok ni...

Akhirnya berpuluh-puluh ekor kambing tumbang dipancung/dipenggal. Ada yang kepalanya tercabut, ada yang masih melekat pada badan.

Persoalannya, jika yang memperlakukan ini ialah orang islam, maka apakah hukumnya? Sama-sama kita fikirkan. Adakah haiwan tersebut selamat/halal/baik untuk dimakan? Tepuk hati tanya iman. Wassalam....

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

10/15/2011

KeBeNaRaN HaDiS TenTanG LaLaT

”Khalid bin Makhlid menceritakan kepada kami, Sulaiman bin Bilal menceritakan kepada kami, beliau berkata : 'Utsbah bin Muslim bercerita kepadaku bahawa beliau berkata : 'Ubaid bin Hunain mengkhabarkan kepadaku bahawa beliau berkata : Aku mendengar Abu Hurairah R.A. berkata : Rasulullah S.A.W bersabda :

"Apabila seekor lalat jatuh ke dalam gelas salah seorang dari kalian, maka celupkanlah lalat itu lalu angkatlah (buanglah) kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayapnya yang lain terdapat penawarnya.”

Banyak yang menolak dan mengingkari hadis ini dengan alasan menyalahi realiti bahkan ilmu kedoktoran. Benarkah demikian? Kepada para penolak hadis lalat ini, berikut sebuah bukti bagaimana benarnya Nabi Muhammad dan bagaimana mukjizat beliau akhirnya dibuktikan oleh sains dan pengetahuan moden.

Sebuah penyelidikan terbaru yang dilakukan oleh Jabatan Mikrobiologi Perubatan, Fakulti Sains, Universiti Qashim, Arab Saudi oleh beberapa penyelidik muda yang terdiri dari :
1. Sâmi Ibrâhîm at-Tailî
2.'dil ‘Abdurrahmân al-Misnid
3. Khâlid Dza’âr al-Utaibî

Yang dibimbing oleh Dr. Jamâl Hâmid dan dikoordinasi oleh Dr. Shâlih ash-Shâlih (seorang daie terkenal di Eropah) melakukan penyelidikan tentang analisis mikrobiologi tentang sayap lalat. Laporan ini mereka diperdebatkan dalam sebuah seminar bertajuk 'Student Research Seminar' di Universiti Qâshim.

Metode yang mereka gunakan cukup sederhana, iaitu mengulturkan air steril yang telah dicelupkan lalat ke dalam medium agar-agarnya (medium yang berasal dari musilaginosa kering yang mencari pada suhu 100°C dan membeku pada suhu 40°C yang tidak dapat dihadam oleh mikrob) kemudian mengesan mikrob yang wujud.

Lalat yang digunakan terdiri dari beberapa spesies, dan contoh yang digunakan untuk setiap spesies terdiri dari dua contoh iaitu contoh air steril dimana lalat dimasukkan ke dalam air kecuali bahagian sayap lalat saja, dan contoh air steril yang dimasukkan lalat yang dicelup seluruh tubuhnya. Semua ini dilakukan secara aseptis (bebas mikrob) di ruangan khusus, untuk menghindarkan terjadinya pencemaran agen luar yang akan membuat hasil pemerhatian menjadi bias.

Setelah itu, contoh air tadi dibiakkan ke dalam medium berbentuk agar-agar dan disimpan selama beberapa hari sehingga kultur (biakan) mikrob tumbuh dan tampak secara jelas. Hasil pembiakan/kultur mikrob tersebut dikenalpasti untuk mengetahui jenis mikrob tersebut. Berikut ini adalah hasilnya :

Spesies Lalat A

Cawan Patri 1 :
Contoh kultur air yang diambil dari sebuah tabung yang berisi air steril yang dicelupkan lalat secara sempurna (seluruh tubuhnya terbenam).

Cawan Patri 2 :
Contoh kultur air yang diambil dari sebuah tabung yang berisi air steril yang dijatuhkan seekor lalat ke dalamnya tanpa membenamkannya secara keseluruhan.

Hasil Pemerhatian :
Pada cawan patri 2, setelah diselidiki ternyata agar-agar tersebut ditumbuhi oleh koloni bakteria patogen E. Coli, yang merupakan penyebab berbagai penyakit. Bagaimanapun pada cawan 1, pada mulanya kelihatan wujudnya koloni kecil E. Coli, namun pertumbuhannya dihalang oleh mikororganisma yang setelah diselidiki merupakan bakteria jenis Actinomyces yang dapat mengeluarkan antibiotik. Bakteria ini biasanya menghasilkan antibiotik yang dapat diekstrak, iaitu actinomycetin dan actinomycin yang berfungsi menyingkirkan bakteria dan bersifat antibakteria dan antifungus.

Spesies Lalat B

Cawan Patri 1 :
Contoh kultur air yang diambil dari sebuah tabung yang berisi air steril yang dicelupkan lalat secara sempurna (seluruh tubuhnya terbenam).

Cawan Patri 2 :
Contoh kultur air yang diambil dari sebuah tabung yang berisi air steril yang dijatuhkan seekor lalat ke dalamnya tanpa membenamkannya.

Hasil :
Pada cawan patri 2, setelah diselidiki ternyata medium agar-agar ditumbuhi oleh koloni bakteria patogen jenis Coynobacterium dephteroid, yang merupakan penyebab berbagai penyakit. Bagaimanapun pada cawan 1, mikororganisma yang tumbuh setelah diselidiki merupakan bakteri Actinomyces yang mengeluarkan sejenis antibiotik. Bakteria ini biasanya menghasilkan antibiotik yang dapat diekstrak, iaitu actinomycetin dan actinomycin yang berfungsi menyahkan bakteria dan bersifat antibakteria dan antifungus.

Spesies Lalat C

Cawan Patri 1 :
Contoh kultur air yang diambil dari sebuah tabung yang berisi air steril yang dicelupkan lalat secara sempurna (seluruh tubuhnya terbenam).

Cawan Patri 2 :
Contoh kultur air yang diambil dari sebuah tabung yang berisi air steril yang dijatuhkan seekor lalat ke dalamnya tanpa membenamkannya.

Hasil :
Pada cawan patri 2, setelah diselidiki ternyata medium agar-agar telah ditumbuhi oleh koloni bakteria patogen jenis Staphylococcus sp., yang merupakan penyebab berbagai penyakit. Bagaimanapun pada cawan 1, mikroorganisma tumbuh setelah diselidiki merupakan bakteria Actinomyces yang menghasilkan antibiotik. Bakteria ini biasanya menghasilkan antibiotik yang dapat diekstrak, iaitu actinomycetin dan actinomycin yang berfungsi menyahkan bakteria dan bersifat antibakteria dan antifungus. Hasil yang serupa diperoleh untuk jenis lalat lain yang banyak mengandung bakteria patogen Salmonella sp. dan Proteus sp.

Kesimpulan :

Masuknya lalat pada makanan atau minuman dengan dan tanpa dicelup, ternyata memberikan hasil berbeza yang secara signifikan. Hal ini membenarkan apa yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W, bahawa pada sayap lalat itu terdapat penyakit sekaligus penawarnya. Maha benar Allah dan Maha benar Rasulullah Shallâllâhu alaihi wa Sallam yang menjadi penyampai wahyu-Nya.

Sumber (terjemahan) :
http://abdurrahman.org/health/TheHadeethontheFly.pdf

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

10/06/2011

KaLaU TiDaK KeRaNa SiLaP AyaHNya, STeVeN JoBs IsLaM

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia, apa khabar semua? Semoga berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Setelah sekian lama menyepi, akhirnya sempat juga blog ini dikemaskini dengan info2 yang baharu. Apakah isu kita pada kali ini ? Jom kita sama-sama ambil informasi ini. Pada 5 Oktober lalu, dunia dikejutkan dengan kematian seorang genius, Steve Jobs. Dunia hari ini telah kehilangan seorang genius dan pereka cipta yang banyak mengubah kehidupan dunia. Hasil rekacipta Steve Jobs sememangnya hebat dan sentiasa dikagumi.

Usia muda Steve Jobs tidak menggambarkan kecemerlangannya bersama syarikat yang dibinanya sendiri, Apple. Pada zaman persekolahannya, beliau seorang murid yang malas. Cikgunya terpaksa ‘mengupahnya’ dengan gula-gula dan $5 supaya beliau belajar.

Dan mungkin ada beberapa perkara lagi yang jarang-jarang kita tahu tentang Steve Jobs. Ramai di antara kita tahu produk-produk Apple seperti iPhone, iPad, iPod, Mac, iHome, dan sebagainya. Tapi, adakah kita tahu bahawa bapa kandung Steve Jobs merupakan seorang muslim yang berdarah Arab-Amerika?

Bapa kandung Steve Jobs bernama Abdulfattah John Jandali. Beliau mempunyai darah Syria. Beliau juga merupakan seorang profesor sains politik dan matematik. Maka, tidak hairanlah Steve Jobs mempunyai ‘otok bijop' kata orang qelate.

Sama juga seperti Steve Jobs, Abdulfattah merupakan seorang yang ‘workaholic’ atau kuat bekerja. Beliau sedaya-upaya cuba untuk mengelak daripada bersara. Namun, apa yang mengejutkan, beliau merupakan Naib Presiden di sebuah kasino yang terletak di Reno, Nevada. Terkejutkan? Seorang muslim menjadi naib presiden di tempat maksiat besar.

Abdulfattah dikatakan menyesal atas tindakannya menghantar Steve Jobs kepada orang lain untuk membesarkannya. Tetapi, katanya keputusan itu adalah bukan keputusannya, tetapi keputusan ibu kandung Steve Jobs, Joanne Schieble Simpson. Walaubagaimanapun, Abdulfattah dan Simpson adalah pasangan yang belum berkahwin pada tahun kelahiran Steve Jobs! Kemudian, Mereka menghantar Steve Jobs kepada pasangan Paul dan Clara Jobs bagi membesarkan Steve Jobs sepenuhnya.

Inilah secebis kisah seorang genius dan perekacipta, Steve Jobs. Apa yang dapat kita lihat, inilah kesilapan muslim hari ini yang bejat akhlaknya. Melakukan zina sehingga lahir seorang anak. Kemudian, anak itu diberikan kepada orang kafir untuk dibesarkan. Kemudian diasuh dan dididik dalam suasana yang tidak Islami.

Kita sedang menunggu, adakah akan muncul suatu hari nanti seorang muslim yang genius seperti Steve Jobs? Tidak mustahil akan ada kelompok genius seperti beliau. Sejarah telah membuktikan terlalu banyak genius muslim lahir pada zaman dahulu seperti Ibn Sina, al-Khwarizmi, Jabir Hayyan, al-Jazari, dan sebagainya. Insyallah, Wassalam...


Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Steve_Jobs

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

10/05/2011

22 TaNDa KiaMaT

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

8/26/2011

Salam Lailatulqadar & Salam Aidilfitri 2011 M/1432 H

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera buat kalian semua yang sudi berkunjung lagi ke blog PaRaDoX oF eLaKSaMaNa ini. Apa khabar kalian semua? Sudah lama kita tidak berkesempatan bertemu di post2 di sini. Maafkan elaksamana kerana kebelakangan ini terlalu banyak tugasan sepanjang kuliah yang harus elaksamana selesaikan. Buat pengetahuan kalian smua, di IPG ataupun dulunya dikenali sebagai maktab perguruan, tugasan yang diberikan bagaiman durian runtuh. Jika ada satu tugasan yang diberikan oleh seorang pensyarah, pensyarah lain turut akan memberikan tugasan mereka. Mungkin tarikh tugasan tersebut berdekatan dan tugasan tersebut terpaksa dihantar pada kadar segera kepada pihak Setiausaha Peperiksaan sebelum menjalani peperiksaan akhir.

Tetapi tidak mengapalah, syukur ke hadrat ilahi kerna masih diberikan kesempatan pada kali ini untuk elaksamana mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT LAILATUL QADAR & SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI kepada kalian semua yang menjadi follower dan sering mengikuti blog elaksamana walaupun ada kalanya info yang diberikan teramat jarang dan kurang, namun sama-samalah kita berharap agar info2 ini dapat memberikan 1001 manfaat kepada kita dalam mengharungi dunia ini. Jika ada tersalah silap kata-kata, atau terbuatan terutama kepada insan-insan yang benar2 mengenali elaksamana tidak kira di mana anda berada, elaksamana ingin memohon jutaan kemaafan, kuhulurkan 10 jari untuk memohon kemaafan kepada kalian semua. Tahun ini insyallah elaksamana akan beraya bersama keluarga di negeri Perak Darul Ridzuan, keluarga opah dan tokwan sebelah bonda. Kepada insan2 yang akan beraya di Perak juga tahun ni, selamat beraya bawak kenderaan berhati-hati. Jika kalian balik naik bas ekspres, pesan pada driver bas agar bhati2, insyallah. Semoga 10 terakhir Ramadhan ni dapat kita manfaatkan dengan sebaiknya dan dapat kita jadikan faktor mengapa kita gembira menyambut 1 Syawal nanti iaitu hari kemenangan buat umat islam setelah sebulan berpuasa, amiinn...
Wassalam

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

8/08/2011

SYiLinG MaLaYSia LoGo IsRaeL

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia kepada kalian semua yang sudi berkunjung ke teratak PaRaDoX oF eLaKSaMaNa ini. Maaflah kerna elaksaman sudah lama tidak mengupload informasi di laman ini. Syukur ke hadrat Ilahi kerna masih diberikan peluang untuk mengupload sebarang informasi yang insyallah bermanfaat dan semoga kalian semua dapat kongsikan bersama rakan-rakan yang lain. Mungkin ianya sedikit berbaur politik dalam beberapa informasi, tetapi politik/ kebenaran/ kebatilan dan agama memang tak boleh dipisahkan. Politik adalah salah satu sistem yang ada di dalam islam dan ianya benar jika dituruti secara syariah, yang menjadikan politik kotor ialah tangan-tangan manusia yang dihasut syaitan. Justeru, cuba-cubalah untuk memahami politik, perjalanannya dan berusaha memBERSIHkan politik dari anasir-anasir bukan islam terutama anasir Yahudi-Zionis dan Barat yg sesat.

Pada kali ini kita akan berbicara mengenai kisah yang mungkin disengajakan. Mungkin ramai pembaca yang sudah mengetahui tentang berita kemunculan matawang syiling baru Malaysia yang diumumkan di laman sesawang rasmi Bank Negara Malaysia baru-baru ini. (klik link untuk kenyataan dari BNM berkenaan pengeluaran syiling baru ini). Pembaharuan yang jelas boleh diperhatikan, Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling berwarna kuning keemasan dengan nilai RM 0.50 dan RM 0.20 di samping duit syiling bernilai RM0.10 dan RM0.05 berwarna perak dengan cetakan corak yang baru.

Namun begitu, satu perkara yang agak mengejutkan apabila dilihat jelas terdapat cetakan corak "Star of David" atau bintang berbucu enam yang kini dikaitkan dengan negara haram laknatullah Yahudi Zionis yang turut menyerupai bendera Israel pada duit syiling baru bernilai RM0.10. Rujuk gambar di bawah ini.

Persoalannya, adakah "Star of David" sengaja dicetak pada duit syiling terbaru ini atau ia skadar suatu kebetulan? Apa perlunya lambang bintang enam ini diguna untuk menggantikan lambang bulan dan bintang pada syiling lama?

Jika dilihat, lambang bulan dan bintang pada duit syiling sebelum ini menggambarkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Jika "Star of David" pula digunakan, adakah ia menggambarkan sokongan secara tersirat Malaysia kepada negara Yahudi Israel dan agenda Freemason?


Jelas sekali, inilah hasil nasihat Yahudi APCO yang dibayar RM77 juta setahun oleh kerajaan sebagai penasihat pentadbiran kerajaan Rosmah Mansor.

p/s : Sudah elok2 pakai lambang bulan bintang di syiling tu, kenapa gatal tangan nak tukar jadi bintang bucu enam pulak? Sendiri mau ingat la.

Sumber :
http://milosuam.blogspot.com/2011/08/panas-bendera-israel-dalam-syiling-baru.html
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=8&pg=69&ac=2299&lang=bm

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

8/01/2011

AhLaN WaSaHLaN Ya RaMaDHaN

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia kepada sesiapa sahaja yang sudi berkunjung ke teratak terindah PaRaDoX oF eLaKSaMaNa ini, semoga segala informasi menarik berilmiah yang elaksamana kongsikan di laman blog ini bermanfaat hendaknya. Maaflah kerna sudah lama elaksamana tidak meng'update' blog kerna beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Pada kali ini, elaksamana dengan rendah hatinya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK kepada sesiapa sahaja di luar sana yang merasai apa itu Ramadhan. elaksamana juga ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada kalian semua, semoga semuanya dapat merebut peluang beribadah di bulan yang penuh kemuliaan ini dengan sebaiknya. SELAMAT BERPUASA.
Wassalam...


IsLaM ThE WaY oF LiFe...

7/26/2011

PaGaR DaRi SiHiR


Pagar Pertama 1 - Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah

Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda

Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: "Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu". [Riwayat al Bukhari]

Pagar Kedua 2 - Berwuduk sebelum tidur

Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W.: Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. ?Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci'" [Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik]

Pagar Ketiga 3 - Mengambil berat tentang solat berjemaah

Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. ?Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda :

Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi ?oleh syaltan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya. [Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik]

Pagar Keempat 4 - Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir

Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah- mudahkannya. Sifat mempermudah- mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.

Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda: Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya" [Riwayat al Bukhari dan Muslim]

Pagar Kelima 5 - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas

Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan. Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata :

Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan". [Riwayat al Bukhari dan Muslim]

Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

Pagar Keenam 6 - Memagar isteri selepas selesai akad nikah

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa :

"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya" [Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik]

Pagar Ketujuh 7 - Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

7/16/2011

GaMBaR BeRTuDuNG Di FB MeNJaDi GaMBaR BoGeL

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia buat kalian semua yang sudi berkunjung ke teratak PaRaDoX oF eLaKSaMaNa ini. Pada entry lepas kita sama2 berbicara tentang sejarah melayu yang sudah dihilangkan oleh penjajah. Tetapi pada kali ini, ianya agak berlainan sedikit iaitu mengenai hukum mengupload gambar di dalam FB, twitter, Friendster dan sebagainya. Bukan hukum yang ingin dibicarakan secara meluas di sini, tetapi apakah kesan dan akibat dari anda menguploadkan gambar anda di dalam FB dll terutama kepada perempuan/kaum hawa. Mungkin ada yang mengatakan tidak masuk akal orang akan mengeksploitasikan gambar kita di FB, tetapi nilah hakikatnya yang telah berlaku sekarang. Informasi ini elaksamana petik dari sebuah laman blog iaitu http://ibnuirfadzil.blogspot.com yang banyak mengisahkan tentang sebab dan akibat dari menguploadkan gambar2 (terutama muslimah) di dalam FB dll. Marilah sama-sama kita ikuti artikel oleh beliau di laman ini. Tiada sedikitpun yang diedit bagi menjamin keaslian artikel tersebut. Semoga bermanfaat.


Bagaimana proses body scanning berhasil ini akan berhasil.

1. Semua orang sudah tahu, bahawa pakaian tidak boleh ditembusi. Tetapi di Airport telah meletakkan sistem “mengkantoikan” anggota badan secara penuh. Dahulu, kita tidak pernah terfikir ia akan berlaku. Tetapi sekarang, ia sudah berlaku.

Ok, ada yang mengatakan bahawa, itu adalah anggota badan secara langsung, bukan melalui gambar. Penjelasannya pada nombor 2.

2. Cuba kita lihat di dalam ruangan Facebook. Kebanyakan pelayar Facebook yang memakai pakaian menutup aurat, tetapi adakah tidak boleh diimaginasikan bentuk tubuh mereka?

Contoh, di dalam gambar 1, si A melakukan aksi 1, gambar kedua pula melakukan aksi 2, sehinggalah 5 keping gambar, dan kesemuanya aksi yang berbeza (walaupun aksi bersahaja).

Maka, berdasarkan ukuran baju, lipatan kain, dan sebagainya, memungkinkan tubuh badannya diolah dalam bentuk 3D. Ia adalah hasil imaginasi yang dapat diterjemahkan daripada 5 gambar tersebut. Bukan sahaja 5, 1 pun sudah cukup.

Semua orang tahu, tubuh badan wanita semuanya sama, gemuk bentuknya begini, kurus bentuknya begini, pinggang lebar bentuknya begini, dan sebagainya. Maka, daripada gambar yang tertera, mereka mengolah kepada bentuk 3D, kerana manusia punyai imaginasi.

Senang cerita, kalau anda tengok perempuan bertudung, anda akan dapat mengimaginasi sehingga “menelanjangkan” tubuhnya, walaupun aurat semuanya ditutup. Maka, Islam mengajar kita untuk “menjaga pandangan”, walaupun kepada mereka yang menutup aurat.

Islam bukan menyuruh manusia menutup aurat sahaja, tetapi menyuruh juga supaya pandangan itu dijaga. Maka, ia memerlukan 2 tindakbalas, dari sudut penutupan aurat, dan penjagaan pandangan.

Contoh paling mudah, biasa sahaja di kalangan kita yang berkata .. “aku tengok dia ni.. mesti punggung dia besar.. “ atau “aku tengok dia ni.. nampak macam ### kecil”.. Ini kerana otaknya sudah kenal bentuk-bentuk ini. Minta maaf, ayat agak kasar.

Bukan kerana aurat si perempuan tersebut, tetapi pandangan yang membogelkan. Daripada pandangan yang membogelkan ini, maka dia mampu menghasilkan bentuk tubuh si perempuan tersebut dalam bentuk 3D. (kalau belajar animasi).

Apatah lagi gambar-gambar tersebut mudah didapati dalam ruangan Facebook. Lagi kacang la nak imaginasi. Tengok je, dah terbayang. Sedangkan Islam menyuruh kita menjaga pandangan. Oh, ada saja orang kata, kenapa jumud sangat.. kalau gitu semua benda tak boleh tengok..!

Hehe... masih mencari alasan, dan tak perlu nak diulas dengan alasan ini.

Dalam masa yang sama, orang Yahudi boleh mengambil mana-mana gambar yang depa suka walaupun ia di”lock”kan. Jadi, otak depa semua orang kenal. Maka, berkemungkinan mereka boleh ambil sebanyak mungkin gambar-gambar perempuan bertudung, lalu menterjemahkannya dalam bentuk 3D.

Kita pernah lihat, di dalam game FIFA contohnya, muka Bekcham dihasilkan dengan 3D sebijik dengan muka asal. Apa susah? Sekarang ni pun, sudah berlambak adengan-adengan lucah dalam bentuk 3D.

“Yang tu 3D ustaz... bukan aurat kita pun.., depa yang salah,” Terpulang bagi anda untuk menilai. Apa yang pastinya, walaupun dia tidak mengeksploitasi menjadi gambar 3D, ia tetap dapat digambarkan di dalam otak. Atau dengan kata lain, dengan hanya melihat gambar pada Facebook, sudah membolehkan si pelayar tersebut untuk membayangkan tubuh si perempuan tersebut dalam keadaan bogel dan telanjang!

Ada juga yang berkata "Kalau depa tak tengok gambar kita pun, depa dah boleh imagine dah.. nak buat camna.." Ada juga yang berkata.. "jumud la hang... susah la gitu.. semua gambar pun tak boleh tengok" Saya rasa.. ayat ini tak perlu dijawab. Ia hanya memanjangkan penulisan. Ini nasihatku.. sayangi dan hargailah kecantikan yang Allah bagi..

Itu belum lagi dijelaskan tentang gambar yang disuperimposekan. Kepala bertudung, tapi digabungkan dengan badan bogel.. Ha.? Nak jawab ape? Tengok-tengok, muka tu macam kenal.. Lagi la..

Super Impose yang semakin menjadi kegilaan dunia hari ini, telah menyebabkan berlakunya beberapa kezaliman terhadap wajah wanita yang bertudung. Kesal juga, sejak kebelakangan ini, ternampak beberapa bentuk serangan media dengan menggunakan istilah-istilah lucah yang agak meluat untuk menyebutkannya di sini.

Post kali ini, saya cuba menarik para pembaca untuk memahami situasi yang terjadi. Istilah-istilah kotor yang saya maksudkan di atas, cuba dikembangkan. Antara cara-cara mengembangkan otak kotor terhadap wanita muslimah, ialah dengan menggunakan super impose.

Iaitu, mengambil beberapa keping gambar perempuan bertudung yang dirasakan secocok dengan gambar bogel, kemudian gambar perempuan tersebut dipotong dibahagian yang sesuai. Biasanya garisan tudung tersebut. Kemudian, di”tampal” pada tubuh mana-mana yang tidak berpakaian.

Maka, akan terhasil seorang wanita yang bertudung, tetapi tidak berpakaian. Kerja-kerja ini tidak lain adalah untuk menghina Islam, bahkan menghina wanita muslimah yang sentiasa menjaga aurat mereka. Persoalan di sini, dimanakah saluran mudah untuk mendapatkan gambar-gambar muslimah kita?

Oh ya, Facebook adalah jalan paling mudah dan berkesan. Sejak kebelakangan ini, nampak seperti wanita muslimah Indonesia dan Malaysia yang menjadi mangsa! Hah.. Adakah anda sedar, entah-entah gambar saudara mara kita pula yang kena.

Lebih teruk apabila gambar tersebut dibuat animasi dengan format GIF. Animasi yang boleh ditampal dengan mudah di web-web lucah. Asalnya ia merupakan gambar kaku, tetapi apabila diubahsuai dan diset dalam format GIF, akan terhasil animasi bergerak. Antaranya aksi-aksi ranjang yang agak mengaibkan untuk disebut di sini.

Kenapa perempuan muslimah yang menjadi mangsa? Kerana mereka ingin burukkan pandangan umum terhadap muslimah kita. Walaupun semua orang tahu gambar tersebut menipu, tetapi mereka telah berjaya menghasilkan satu pandangan kotor di dalam otak manusia, untuk menelanjangkan pandangan mereka apabila melihat wanita bertudung.

Atau dengan kata lain, apabila melihat orang yang bertudung, terbayanglah mereka ini seperti telanjang kerana melihat gambar yang telah disuperimposekan tadi. Jadi, nak sebut lebih-lebih, korang faham sendirilah apa yang cuba saya sampaikan.

Sebelum ini, kita digembar-gemburkan dengan cerita bahawa gambar-gambar di dalam Facebook yang datanya berpengkalan di Israel, telah discan dan diedit bagi jadi gambar bogel. Mesej tersebut tersebar minggu lepas.

Agak-agak, ada ke orang nak percaya? Di sini, saya ingin kemukakan BUKTINYA!. Seorang sahabat kepada mangsa telah diedit gambarnya sehingga jadi gambar bogel. Nama mangsa dirahsiakan. Beliau tersedar gambar beliau terpapar dengan gaya lucah 2 hari selepas mesej tersebut tersebar.

Satu lagi aduan, kes yang sama, tentang gambar seorang perempuan bertudung, dan diedit sedang melakukan aksi lucah, dan gambar asal diambil di dalam Facebook. Sila lihat gambar yang telah di"blur"kan di bawah.


Adakah satu hari nanti, gambar kita pula yang diedit menjadi gambar lucah? Sekarang ini, beberapa web bangang telah dibuat khas untuk adengan bertudung. Hampir semua gambar di dalamnya diedit. Mana dapat gambar tu?

Di bawah ini pula, satu artikel yang saya petik dari serikandiumar93.blogspot.com, tentang gambar perempuan bertudung, dieksploitasi sehingga seolah-olah mendedahkan susuk tubuh badan.


ASAL FOTO INI ADALAH BERTUDUNG SEMPURNA, NAMUN TELAH DIEKSPLOITASI MELALUI TEKNIK SUPER IMPOSE DAN SINAR X-RAY UNTUK MENAMPAKKAN BAHAGIAN DALAMAN. MAKA KEPADA PARA MUSLIMAH DIKASIHI ALLAH SEKALIAN ,TOLONG DELETE FOTO-FOTO ANDA DALAM MANA-MANA LAMAN PERIBADI ANDA SEPERTI fACEBOOK ,BLOG @ fRIENDSTER SEBELUM MENJADI MANGSA DAN FOTO-FOTO ANDA TERSEBAR DI INTERNET OLEH MUSUH2 ISLAM DAN KAKI PORNOGRAFI

Ulasan dari blogger serikandiumar~

Berdasarkan pandangan saya, mungkin proses eksploitasi ini tidak dapat dilakukan jika mana gambar ini sudah tetap..namun sebagai langkah berjaga-jaga, seelok-eloknya tidak wajarlah bagi seorang muslimah mempamerkan gambarnya kepada bukan mahramnya. Jika difikir-fikirkan, kenapa sibuk mempamerkan wajah pada orang tatapan ramai ?..nak tunjuk cantik?Hmmm..cukuplah pamerkan pada suami kalian nanti..renung-renungkanlah. Wallahua'lam.

Mulai hari ini, apa lagi? Takkan nak tengok saje? Gambar bila-bila je buleh diedit.. Walaupun bukan kita yang buat aksi tersebut, tapi tak segan ke muka sendiri disebarkan sebagai gambar lucah. Hari ini, kita nampak orang lain terkena, boleh jadi, esok kita pula yang kena. Kita doakan kepada Allah supaya melindungi kita.

Sumber :
http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/06/hati-hati-facebook-memudahkan-si.html
http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/06/tangan-kotor-membogelkan-gambar.html
http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/06/kerja-gila-beberapa-gambar-perempuan.html

p/s elaksamana : Tak perlulah menguploadkan gambar2 kalian di dalam facebook sbb xder gunanya, jika bimbang sahabat2 tidak mengenali kalian, maka letakkan nama sebenarnya ataupun gunakan nama samaran tetapi jika ada sesiapa bertanya, perkenalkan diri anda dan berikan sebab mengapa anda tidak meletakkan gambar sebenar anda di FB. Kerna kemanisan dan kecantikan paras rupa anda bukan untuk ditonton oleh orang lain, tetapi khas buat suami2 kalian. Simpanlah ia dan jagailah ia khas untuk suami kalian, pasti nikmat Allah itu tidak akan berkurangan walau sedikitpun. Sebar2kan artikel ini semoga ianya menjadi pengajaran kepada kita semua, wallahua'lam...

IsLaM ThE WaY oF LiFe...