SaHaBaT

4/16/2009

Rahsia Dari Bulan Kelahiran

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik


IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Ketulusan Hati

Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicoba
Demi rahmat-Mu ku memohon

Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah

Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Ketika Cinta Bertasbih



















Walau aku senyum bukan berarti

Aku slalu bahagi dalam hari

Ada yang tak ada di hati ini

Di Jiwa ini

Hampa


Kubertemu sang adam di simpang hidupku

Mungkin akan ada cerita cinta

Namun ada saja cobaan hidup

Seakan aku hina


Tuhan berikanlah aku cinta

Untuk temaniku dalam sepi

Tangkap aku dalam terangMu

Biarkanlah aku punya cinta


Tuhan berikanlah aku cinta

Aku juga berhak bahagia

Berikan restu dan halalMu

Tuhan….Beri aku

Cinta


Kubertemu sang adam di simpang hidupku

Mungkin akan ada cerita cinta

Namun ada saja cobaan hidup

Seakan aku hina


Tuhan berikanlah aku cinta

Untuk temaniku dalam sepi

Tangkap aku dalam terangMu

Biarkanlah aku punya cinta


Tuhan berikanlah aku cinta

Aku juga berhak bahagia

Berikan restu dan halalMu

Tuhan….Beri aku

Cinta



IsLaM ThE WaY oF LiFe...

4/14/2009

Bila Guru Mentafsir Cinta

GURU FIZIK
Cinta adalah merupakan daya tarik – menarik antara kutub positif (lelaki) ke kutub yang tak sejenisnya (tentulah sidia)

GURU BIOLOGI
Cinta merupakan cara mempelajari hubungan antara makhluk hidupan dengan lingkungannya

GURU KIMIA
Cinta merupakan tindakbalas kimia yang tidak diketahui unsurnya

GURU MATEMATIK
Cinta adalah satu cara untuk menentukan daerah ketidaksamaan antara dua garis yang tidak sejajar

GURU PENDIDIKAN ISLAM
Jangan sekali-kali meninggalkan cinta tetapi jangan terlalu dekat padanya kerana hidup ini penuh dengan iblis dan syaitan yang sanggup menggoda manusia untuk membuat dosa dan cinta adalah sasaran dosa

GURU PENDIDIKAN MUZIK
Cinta adalah ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan

GURU EKONOMI
Cinta merupakan keperluan manusia yang harus dipenuhi sama ada secara langsung atau tidak langsung

GURU SEJARAH
Cinta akan hanya akan menjadi cinta sekiranya ianya tepat dan benar. Tapi jangan lupa jika ada sebab, pasti ada akibatnya.

GURU GEOGRAFI
Cinta adalah seperti 4 musim yang melanda kebanyakan Negara Eropah….kadangkala berbunga, kadangkala panas, kadangkala dingin dan kadangkalanya luruh

GURU BAHASA
Cinta dianggap indah kerana di dalamnya ada satu kesatuan yang harmonis antara bentuk bahasa dan isinya



IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Aku Tinggalkan Cinta Kerana Dia






















Cerita dibawah ini adalah cerita sebenar luahan hati seorang lelaki yang dipetik dari empunya. Harap dibaca dengan teliti...amat menyayatkan hati?

Wahai teman-teman sekalian,

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkar apa yang telah Allah swt tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah swt, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur bibir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman disisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjang-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walaupun sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual deangan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami menghadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serious sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada suatu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful o¬ne, you can never build it o¬n what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah o¬n their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:
"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi syarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insyaAllah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi memaafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syatian yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunilah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri dengan diri saya sendiri, dialah yang akan menjadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. InsyaAllah, sekiranya Allah swt panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permasuri di hati saya. InsyaAllah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu deangan insan yang seumpamanya."

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga abab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syaaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

4/13/2009

AKHIRNYA PERJUANGAN PAS DISOKONG

















Akhirnya perjuangan PAS di bawah pimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah berjaya menarik minat golongan rockers lama. Diharap slogan PAS For All akan lebih diterima oleh segenap lapisan masyarakat. Dan dengan itu inilah peluang terbaik kepada PAS untuk berdakwah dan menarik mereka secara sedikit demi sedikit untuk merasa bahawa ISLAM adalah agama untuk semua dan agama kedamaian. Tidak seperti yang dicanangkan oleh media-media barat selama ini yang mengatakan islam adalah agama ekstrem dan mengamalkan keganasan melalui semangat jihad fi sabilillah. Ternyata segala tohmahan itu tidak benar dan semakin lama kian tersingkap apakah itu ISLAM yang sebenarnya.
Waalahua'lam.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

4/12/2009

Surat Tok Guru Kepada Nga Kor Ming

13 Rabiul Akhir 1430
9 April 2009

YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.

Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera


Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.

* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *



(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangka Mursyidul Am PAS

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

4/07/2009

Isteri Untuk Suamiku Yang Tercinta

Salam

Saya seorang isteri yang mempunyai suami yang amat baik dan bertanggungjawab. Di awal perkahwinan kami, saya berkerja, dan saya amat menghargai kerjasama yang suami berikan di dalam membesarkan anak2. Suami saya tidak pernah gagal untuk bangun malam membuatkan susu untuk anak2 kami. Itu hanya satu contoh kebaikan2 beliau yang amat saya hargai. Sehingga kini, hidup kami amat bahagia dengan anak2 yang telah membesar. Anak2 saya amat mengasihi ayah mereka, hingga kadangkala saya dapat merasakan kasih sayang mereka terhadap ayah mereka melebihi kasih sayang mereka terhadap saya. Saya percaya ini semua hasil kasih sayang beliau yang tidak berbelah bahagi yang beliau tunjukkan kepada anak2 kami.

Sebagai isteri, saya amat bersyukur dianugerahkan suami yang baik. Perasaan amat menghargai ini pernah membuatkan saya merasakan kasih sayang saya seorang tidak cukup untuk suami saya. Saya pernah terfikir untuk menjodohkan suami saya dengan seorang rakan sekerja saya yang amat baik. Ini kerana saya mahu suami saya mendapat kasih sayang yang lebih dan di masa yang sama, seorang perempuan lain yang baik, dapat sama2 menerima kebaikan suami saya ini.

Bukan ingin membangga diri atau bercerita sesuatu yang positif tentang diri dan keluarga saya. Saya hanya ingin saudara/i sekalian memikirkan bahawa, di dalam situasi yang sempurna, fitrah manusia adalah baik. Islam adalah agama fitrah. Kebenaran berpoligami juga bersesuaian dengan fitrah. Wanita, di dalam keadaan di mana suami menjalankan tanggungjawab dengan sempurna, tentu dapat menerima hakikat bahawa poligami ini adalah untuk kebaikan. Bukan sahaja untuk mengelakkan maksiat, isteri2 dapat berkongsi tanggungjawab melayan suami dan anak2. Persoalannya, adakah kita berada di dalam keadaan sempurna?

Saya pernah menyampaikan hajat saya kepada rakan sekerja saya. Tetapi dengan baik beliau menolak. Menurut beliau, beliau banyak melibatkan diri dengan kumpulan usrah, dan beliau menyaksikan banyak poligami berlaku antara rakan2 beliau. Tidak ramai yang hidup dalam harmoni, terutama hubungan antara isteri2. Beliau mengenali dua rakan baik yang pada mulanya bersetuju berkongsi suami, tetapi kemudiannya menjadi seteru. Sudah tentu ini tidak berlaku pada semua yang berpoligami. Tetapi kerana pengalaman itu, rakan saya tidak bersetuju.

Kepada suami saya juga pernah saya nyatakan hasrat tersebut, tetapi beliau juga menolak dengan alasan beliau cukup dengan saya seorang. Sudah tentu ada yang membaca cerita ini mencemik. Bukan hasrat saya membangga diri. Tetapi seperti yang saya katakan tadi, di dalam keadan yang sempurna dan rasional, lelaki juga takut menerima tanggungjawab poligami. Poligami, walau penuh dengan kebaikan, tetapi sarat dengan tanggungjawab untuk dipikul lelaki. Jadi, lelaki di dalam keadaan rasional, mereka lebih takut untuk berpoligami kerana memikirkan tanggungjawab yang amat berat.

Saya dan suami bukanlah manusia sempurna. Hidup kami juga bukan terlalu sempurna. Seperti pasangan lain, kami juga adakalanya bertengkar dan bertegang urat. Kami juga melalui pasang surut kehidupan. Tetapi kita manusia yang serba kekurangan perlu melihat kepada perkara-perkara yang positif terutamanya di dalam hukum hakam yang ditentukan Tuhan. Seperti saya nyatakan tadi, di dalam isu poligami, terdapat terlalu banyak kebaikan untuk suami isteri.Tetapi di masa yang sama, terkandung pelbagai tanggungjawab yang amat berat, yang mana, hanya dengan tertunainya tanggungjawab tersebut, barulah kebaikannya dapat dirasai.

Wallahu'alam.

Sumber :
Kiriman Emel dari seorang sahabat

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Kenapa Pilih Dia ? Kerana Dia Manusia Biasa

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawapannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi.

Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, Dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.

Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka Berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi. Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya. Sebenarnya.

Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan Untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk). Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all......Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.

Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya- berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa Kali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur. "Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini.

"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."
"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan.

"Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya.
Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati.

"Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe.

"Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya.Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu.

************ ********* ********* ********* ********* ********* *********

Kepada Yth ........
Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya
Assalamu'alaikum Wr Wb

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama ............ ... menginginkan anda ............ ..... Untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa.

Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.

Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa.. Cinta saya juga biasa saja.

Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.

Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.

Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak Berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.

Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah ridho Dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin

Wassalamu'alaikum Wr Wb

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ***

Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.

"Kenapa kamu memilih dia......?"
"Kerana dia manusia biasa....... . "
Dia menjawab mantap. "Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."

"Maksudnya?"
"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betuI tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin.
"Ssttt...... ." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.
Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama." Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

"Gik.....?"
"Tidur...... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.

Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur Segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang Tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.

Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'. Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan. Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah.

Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan. Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta?

Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.
Wallahua'lam

Sumber :
Kiriman emel dari seorang sahabat

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Kisah Penceraian - Panduan Untuk Bakal Isteri

Saya anak ketiga dari empat orang adik-beradik. Mak dan ayah saya, nak dikatakan sudah bercerai, tapi ayah tidak pun pernah melafazkan talak. Tapi kami semua ditinggalkan oleh ayah ketika masih hendak membesar. Dia tinggal di utara semenanjung Malaysia bersama isteri mudanya yang telah dinikahi selama lebih 10 tahun. Bersama isteri muda yang kami panggil makcik saja, ayah mendapat dua orang anak.

Ayah sebenarnya seorang yang sangat sayangkan anak-anak. Dalam hal mendidik anak-anak, antara dia dan emak memang tak bersefahaman. Ayah seorang yang ingin melihat anaknya menjadi orang yang berjaya dalam hidup. Emak pula tidak ambil kisah perihal anak lelakinya. Yang ditatang macam minyak yang penuh, bebas berbuat apa sahaja. Perkara inilah yang selalu menjadi salah faham, apa yang ayah tidakkan emak akan mengiakan dan begitulah sebaliknya. Sampai satu hari, ayah pergi meninggalkan kami. Masa itu kami dah tahu yang ayah dah ada hubungan dengan kakitangannya, seorang andartu. Pergaduhan sentiasa berlaku antara ayah dan emak. Emak tidak duduk diam, cari bomoh 1 Malaysia, tapi tak pernah berjaya.

Saya dan kakak sulung saya telah berkahwin. Tapi ayah mewalikan dan memberi belanja kenduri waktu saya dan kakak berkahwin. Maksudnya dia tidak melepaskan tanggungjawabnya kepada kami. Setelah berkahwin, saya ikut suami saya yang kebetulan bekerja di utara tanah air. Semenjak dari itu, saya selalu berkunjung ke rumah ayah sebab saya tak ada kawan. Jangan salah faham, bukan niat saya hendak menyebelahi mana-mana pihak. Kalau dibandingkan makcik jauh lebih cantik dari emak. Dia selalu senyum, bergaya dan tak pernah selekeh. Walau lepas tiap kali solat, dia akan kenakan semula solekan yang hilang. Dia sangat sayang pada ayah, ayah dilayan macam raja.

Selepas berkahwin dan nampak perbezaan ketara, baru saya faham perasaan ayah. Orang lelaki dah berumur suka dibelai dan diberi layanan secukupnya. Seingat saya, mak akan melenting kalau ayah suruh dia solat. Makcik pula sebelum waktu solat dah ada di atas sejadah. Yang kami lihat tuduhan emak itu yang makcik membodohkan ayah dengan bomoh yang handal tidak berasas. Makcik menjinakkan ayah dengan doa dia. Pengajaran kisah keluarga saya ini, kalau nak salahkan orang di atas kegagalan kita, buat penilaian diri sendiri. Sebenarnya, kalau saja emak tak kuat egonya dan belajar dari kesilapannya, rasanya ayah masih bersama emak di saat ini.
- Maya, Perlis

Petikan dari :
Luahan Rasa Bersama Putri
Mingguan Malaysia
5 April 2009 / Ahad

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

3/27/2009

Penyebaran Komik Kristian

Assalamualaikum w.b.t.
Informasi terkini buat sahabat-sahabat sekalian. Sebuah berita terbaru dari seorang sahabat yang menyatkan kini terdapat suatu kaedah terbaru untuk menyampaikan dakyah kepada anak-anak kecil iaitu dengan mengedarkan majalah kartun yang berunsurkan dakyah kristian untuk memesongkan akidah anak-anak kita. Ujar sahabat tersebut, dia menemui majalah berusurkan dakyah kristian ini di dalam raga motosikalnya. Jesteru berhati-hatilah. Seandainya terjumpa cepat-cepat hindarkannya dari kanak-kanak kerana mereka pasti tertarik dengan ilustrasi kartun tersebut. Semoga Allah Taala melindungi kita semua dari dakyah-dakyah kristian ini.

Wassalam
































































IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Jangan Perlekehkan Benteng Terakhir Bangsa Melayu

Dua perkara menarik yang disinggung seorang pemimpin kanan UMNO dalam wawancara yang disiarkan secara langsung sebelum perhimpunan agung UMNO ialah teguran terhadap pejuang bahasa agar memikirkan tamadun bangsa dan kemalapan cendekiawan daripada menyertai pertubuhan ini. Kenyataan kedua, bahawa cendekiawan tidak minat menyertai UMNO dan lebih menarik minat kelompok usahawan, dibalas seorang sarjana bahawa elompok terbabit sudah melihat perkara kurang menyenangkan berlaku sekian lama dalam parti politik terbabit.

"Usahawan berminat menyertai UMNO kerana mereka mahu dapatkan kontrak. Mereka tidak pandai dan takut bersaing dalam pasaran terbuka. Saya jamin dana 60 Bilion bagi membantu mereka yang menganggur akibat kemelesetan ekonomi hanya akan dikaut kelompok ini seperti terjadi pada 1997 dulu" ujar seorang teman. Penulis juga sempat berbincang dengan seorang pejuang bangsa dan juga pakar bidang terbabit yang mengingatkan penulis betapa tamadun bangsa berkait rapat dengan bahasa seperti terpancar dalam peribahasa 'Bahasa jiwa bangsa' dan 'bahasa menunjukkan bangsa'.

"Bagaimana kita mahu mengaku kita orang melayu, jika kita tidak lagi menggunakan bahasa sendiri untuk naik atau mencapai kejayaan. Di mana maruah kita sebagai bangsa berdaulat dan pernah mempunyai pemerintah yang menguasai teknologi maritim mahupun perdagangan di asia tenggara?" Apakah orang politik melayu kini lupa akan asal usul bangsanya di nusantara yang pernah mejnalin hubungan dagang dengan cina, benua kecil india dan tanah arab pada zaman silam atau teralpa kerana kemelut politik begitu terhimpit sehingga sanggup memadamkan sejarah bangsa?

"Bagaimana kita mahu mengaku melayu jika enggan menggunakan bahasa kita untuk mengejar kemajuan? Apakah dalam mengejar pembangunan material, kita malu dan berasa hina dengan bahasa sendiri, meskipun hakikatnya ia pancaran peribadi bangsa kita yang kaya dengan budi?" demikian soalnya. Atau mungkin kelompok yang melihat kebangkitan pejuang bahasa silap menilai perjuangan mereka, lalu terlupa akan fungsi bahasa ialah merupakan bangsanya dan dalam konteks melayu, tafsirannya boleh dilihat secara sempit dan luas. Jika dilihat secara sempit, Melayu bererti mereka yang menggunakannya sebagai bangsa ibunda manakala dalam konteks luas pula, orang yang menggunakan bahasa melayu, tetapi bahasa ibundanya lain merangkumi India, Cina dan orang asli.

"Dalam takrifan luas itu, kedudukannya sama seperti kes kulit hitam Amerika termasuk Presiden Amerika, Barrack Obama. Dirujuk sebagai kulit hitam Amerika kerana menuturkan bahasa Amerika. Kelompok ini tidak lagi dirujuk sebagai orang Cameroon atau Kenya kerana sudah mengamalkan gaya hidup dan bahasa Amerika!". Pasti sesetengah pemimpin politik melayu melenting mendengar nada sinis pakar bahasa ini apabila mempertahankan kehebatan bangsa dan bahasanya dengan hujah, orang politik bila bercakap mengenai tamadun, hanya mementingkan material sehingga terlupa tradisi keagungan bangsanya!

"Jangan lupa bangsa yang ada tradisi agung mesti ada sistem politik tersendiri, hukum adat sendiri, kepercayaan sendiri dan tradisi persuratan tersendiri. Bangsa melayu sudah memiliki segala-galanya sejak zaman silam. Mengapa dengan segala bukti ini, kita masih memperlekeh bahasa sendiri," ujarnya. Pakar bahasa ini mengajak orang melayu melihat hakikat jika Malaysia tampil sebagai negara yang pertuturannya inggeris, tidak mungkin diiktiraf sebahagian daripada Kesatuan Eropah (EU) kerana rasionalnya, Malaysia tidak termasuk dalam wilayah mereka.

Apakah benar dakwaan, pejuang bahasa tidak mengambil kira aspek ketamadunan bangsanya atau hakikatnya pihak satu lagi yang lebih mementingkan tamadun tampak dengan melihat pembangunan prasarana sebagai lambang kemajuan? Adakah kerana mesir masyhur dengan keagungan piramidnya, lalu Malaysia perlu dikenali dengan bangunan pencakar langit, sedangkan negara lain turut memilikinya dan teknologi mahupun dana pelaburan serta tenga kerjanya adalah orang luar?

"Bangsa Indonesia boleh mendabik dada meskipun pembangunannya secara demikian kerana meskipun perusahaan mereka milik dan diterajui orang luar, tetapi mereka diwajibkan bertutur dalam bahasa Indonesia. Bahkan perantaunya juga kekal dengan bahasa Indonesia tokoknya" ujarnya dalam nada sinis.

Jesteru, semua orang melayu perlu melihat hakikat bahasa sebagai benteng terakhir mereka dan sekiranya ia enggan dipertahankan dan rela digadaikan bermakna bangsa melayu lebih daif daripada penjajah silam yang mengutip khazanah bumi jajahan untuk dilarikan !

Petikan dari Akhbar Berita Harian
Ruangan Sastera, Khamis,
26 Mac 2009, m/s 20

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

3/15/2009

Penggunaan Bom Fosforus di Palestin Oleh Israel 2













































































































































IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Penggunaan Bom Fosforus di Palestin Oleh Israel 1











































































































Sejarah UMNO Menderhaka






















Tradisi feudal memang menebal dalam UMNO kerana dahulunya UMNO dipimpin oleh tokoh-tokoh yang dahulunya lahir di tepi pagar istana. Sebut sahaja siapa pemimpin UMNO pada 1940-an dan 1950-an, hampir semuanya aristokrat melayu yang berpendidikan sekular. Orang-orang melayu kekampungan yang menjadi penyokong kerana satu sebab iaitu bencikan penjajah. Sedangkan para pemimpin mereka adalah anak didik British yang pada mulanya bangkit menentang Malayan Union kerana terkejut setelah punca kuasanya (istana) cuba dimandomkan oleh penjajah.

Atas slogan 'Hidup Melayu' pemimpin UMNO membakar sentimen rakyat, agar mereka terus berkuasa. Lihatlah mengapa Partai Kebangsaan Melayu Malaya dan beberapa pertubuhan lain meninggalkan UMNO selepas itu, kerana mereka bukan mempertahankan raja melayu, tetapi mempertahankan kuasa yang diperolehi dari raja melayu. Setelah mendapat kedudukan, UMNO telah mencadangkan supaya seorang melayu (Dato' Onn Jaafar) dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi iaitu jawatan kedua tertinggi di Malay waktu ketika itu - lebih tinggi dari raja-raja melayu.

Apabila raja melayu diketuai Sultan Badlishah dari Kedah menolak cadangan UMNO, Dato' Onn dan para pemimpin UMNO secara terbuka melakukan derhaka dengan cara menghina, mencerca dan mengkritik raja-raja melayu. Bahkan UMNO pernah menggugut untuk mempengaruhi rakyat untuk menjatuhkan raja-raja melayu. Kenapa? Kerana mereka tidak mendapat kuasa yang diidamkan. kerana 'berbulu' dengan sikap Dato' Onn inilah, maka seorang putera dari istana Kedah (adinda Sultan Badlishah) dicalonkan sebagai Presiden UMNO pada 1951.

Selain Tuanku Abdul Rahman Ibni Sultan Abdul Hamid yang menjadi Presiden UMNO kedua, UMNO juga pernah mengangkat beberapa tokoh istana sebagai pemimpin mereka. Antaranya yang terkenal adalah Tengku Abdullah Ibni Sultan Ibrahim dari Kelantan yang lebih dikenali Tengku Besar Indera Petra. Beliau dilantik sebagai Ketua Perhubungan UMNO Kelantan bagi menggantikan Tan Sri Nik Ahmed Kamil yang menyertai Parti Negara yang mengakibatkan UMNO lumpuh di Kelantan. Setelah itu Bagindalah yang memimpin UMNO Kelantan sehingga kemunculan seorang lagi tokoh istana, Tengku Razaleigh Hamzah pada 1967. Siapakah Tengku Indera Petra ini dalam sejarah istana.

Tengku Indera Petra adalah bekas Raja Muda Kelantan yang dilantik pada 25 Oktober 1944. Sebagai seorang yang berpendidikan barat dan pernah berkahwin dengan gadis British, Annette pada 1939. Tengku Indera Petra dikatakan sebagai seorang yang agak sosial. Akhirnya pada 1947, telah berlaku krisis dalam istana Kelantan kerana beliau dikatakan menderhaka kepada baginda Sultan Kelantan. Pergolakan keluarga kerana penderhakaan ini telah menyebabkan Sultan Ibrahim murka lalu memecat beliau secara rasmi sebagai Raja Muda Kelantan pada 1 Februari 1948.

Kemurkaan ini tidak terkawal lagi sehingga memaksa Tengku Indera Petra melepaskan jawatanya sebagai pewaris takhta pada 25 November 1947, Tengku Indera Petra telah menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai raja muda dan keturunannya tidak akan menuntut takhta dan menjadi raja lagi. Lalu baginda Sultan Kelantan menamakan anak keduanya Tengku Yahya Petra sebagai raja muda dan dimaklumkan kepada pesuruhjaya Tinggi British, Sir Edward Gent pada tarikh yang sama. pada hari pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948, berakhirlah kedudukan Tengku Indera Petra sebagai raja muda dan terbuanglah dia dari istana kerana menderhaka.

Maka tersebarlah berita kononnya pemecatan ini kerana Tengku Besar Indera Petra tidak disukai oleh British, sedangkan beliau sendiri adalah anak didik British yang tidak pernah tercatat dalam sejarah Kelantan sebagai tokoh anti-British. Bahkan diketahui juga dalam kalangan istana bahawa Tengku Indera Petra adalah anak emas British bahkan isterinya juga orang British. Yang diketahui rakyat ialah tokoh seperti As'ad Shukri Haji Muda (abang Dato' Ashri), Abdul Kadir Adabi, Cikgu daud Jamil, Nik Mat Dato' Amar dan beberapa orang lagi. Tetapi untuk menutup malu dan meyakinkan orang UMNO di Kelantan, maka disebarkan cerita bahawa 'putera derhaka' ini dilucutkan jawatan kerana anti-British.

Disebabkan UMNO Kelantan ketiadaan pemimpin sehingga PAS dengan mudah menguasai Kelantan pada 1959, maka untuk memulihkan semula UMNO Kelantan, lalu ditabalkan 'putera derhaka' ini sebagai Ketua UMNO Kelantan. Tengku Indera Petra turut dicalonkan sebagai wakil rakyat Ulu Kelantan sehinggalah beliau berangkat ke Sri Lanka untuk menjadi duta pada 1971. Selain menjadi duta di beberapa negara seperti Jepun dan Pakistan, Tengku Indera Petra juga pernah memangku jawatan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang. Dengan isteri keduanya, Puan Sri Zainab Ali, maka lahirlah seorang putera yang terkenal, Tengku Ibrahim yang pernah ditabalkan oleh UMNO Kelantan sebagai 'Sultan Kelantan' pada 1993 dahulu.

Ketika UMNO berusaha memalukan raja-raja melayu pada 1993, di Dewan Rakyat, Dr. Mahathir secara terbuka pada 12 Mac 1993 mengatakan bahawa perlantikan dan pertabalan Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan adalah 'tidak sah'. Seorang lagi juak UMNO, Dato' Seri Shahidan Kassim menambah bahawa 'waris' sebenar kesultanan Kelantan adalah Tengku Ibrahim, anak Tengku Indera Petra. Mereka mendakwa Sultan Yahya Petra yang pernah menjadi Yang Dipertuan Agong tidak layak menjadi raja kerana baginda bukan putera gahara yang beribukan orang kebanyakan. Mereka lupa bahawa ibu Tengku Ibrahim juga orang kebanyakan.

Menyambut penderhakaan Dr. Mahathir dan Shahidan Kassim di parlimen ini, Annuar Musa, Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan sebagai 'mamanda' kepada 'Sultan Ibrahim' ini mengetuai 'Daulat Tuanku' dalam upacara pertabalan di Ketereh pada 29 April 1993. Walaupun ahli UMNO Kelantan semuanya memberikan 'sembah derhaka' kepada 'Sultan Kelantan' yang ditabalkan oleh orang UMNO ini, tetapi para pemimpin UMNO melaungkan daulat dalam majlis yang lengkap dengan nobat dan tombak berambu itu. Inilah peristiwa penderhakaan terbesar yang pernah berlaku dalam sejarah orang melayu sejak zaman-berzaman kerana tidak pernah berlaku seorang raja ditabalkan oleh rakyat untuk menghina raja yang sedang berdaulat.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...