SaHaBaT

1/14/2011

TiPs RoMaNTiK BuaT IsTeRi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kali ini kita akan berbicara mengenai topik yang sungguh tidak asing bagi seorang manusia iaitu topik cinta, tiada manusia yang tidak pernah merasa cinta, malah Rasullullah S.A.W sendiri bercinta dengan isteri-isterinya. Semua wanita menginginkan pasangan yang menjadi pendamping hidup mereka seorang lelaki yang romantik. Ramai contoh lelaki yang romantik terhadap isteri dan ini termasuklah junjungan besar kita, Rasulullah SAW. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari bahawa ketika Rasulullah SAW kembali dari peperangan Khaibar, baginda menikahi Shafiyyah binti Huyaiy r.a. Baginda SAW mengulurkan tirai di dekat unta yang akan ditunggangi untuk melindungi Shafiyyah r.a. dari pandangan orang. Kemudian baginda duduk bertumpu pada lutut di sisi unta tersebut, baginda persilakan Shafiyyah r.a. untuk naik ke atas unta dengan bertumpu pada lutut baginda.

Menurut kajian Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dalam buku ‘Petua Menjadi Pasangan Romantik’ terbitan Telaga Biru, kebanyakan lelaki cenderung kepada kegiatan seksual, manakala wanita pula cenderung kepada sikap romantik lelaki. Romantik memang sifat yang dikaitkan dengan lelaki biarpun tidak ramai yang memilikinya.

Sikap romantik seorang suami terhadap isteri adalah sifat yang digalakkan dalam Islam. Ia penyubur kasih sayang antara suami isteri. Sifat ini perlulah dikekalkan sepanjang masa walaupun ketika usia semakin tua. Sikap romantik lahir dari hati yang kaya dengan kasih sayang. Ia adalah manifestasi daripada akhlak mulia yang terpancar melalui percakapan dan perbuatan harian. Sikap ini bukan sekadar perlu dilahirkan di bilik tidur, sebaliknya di mana-mana dan pada bila-bila masa selagi ia berada dalam batas kesopanan adab Islam.

Namun begitu, seperti mana wanita, seorang lelaki mahupun suami juga mengharapkan isteri mereka bersifat romantis. Sifat ini pastinya melengkapkan ciri seorang wanita yang penuh dengan kelembutan.

Jika romantis lelaki sering dikaitkan dengan pemberian bunga, makan malam istimewa dan sebagainya, bagaimana pula romantis seorang wanita pada kaca mata suami? Jom kita same2 melihat apakah tips2 untuk wanita menjadi romantic untuk suami sahaja.

1 – Berdandan cantik

Perkara pertama untuk menjadi isteri yang romantik pastinya adalah dengan memenangi pandangan mata suami agar dia melihat anda lebih cantik daripada wanita-wanita lain sekelilingnya. Isteri hendaklah menjaga penampilan di hadapan suami dengan memakai pakaian yang menarik, berdandanlah cantik-cantik dan kenakan bau-bauan yang menyenangkan suami, kalau boleh setiap masa. Hatta sebelum tidur sekalipun anda harus tampil sedap mata memandang. Tinggalkan baju 'kelawar' anda kerana suami anda bukan 'Batman' mahupun Keluang Man. Kenakanlah baju tidur yang indah atau lebih elok yang seksi di matanya. Suami juga pasti sangat senang jika gaya pakaian dan dandanan anda sesuai dengan seleranya.

2 – Menghias bilik tidur

Isteri hendaklah bijak menghias bilik tidur untuk menwujudkan suasana yang romantik. Pasangkan lilin dan diiringi dengan muzik perlahan yang mampu menjadi halwa telinga yang sedap didengari. Apabila ini dapat dilakukan, suami akan sentiasa berasa gembira sehingga sikap romantik yang ada dapat disuburkan.

3 – Memberi pujian

Semua orang suka dipuji, tidak terkecuali golongan lelaki. Apalagi bila pujian itu bersangkutan dengan kegagahan dan keperkasaan dirinya. Maklumlah, lelaki sering kali berharap untuk menjadi hero, jadi pujian anda akan membuatkan suami merasa dirinya lebih dihargai.

4 – Luangkan masa bersama

Pada zaman serba maju ini, kebanyakan suami isteri sama-sama bekerja mencari nafkah untuk menyara kehidupan. Justeru masa untuk bersama tidak sentiasa ada. Oleh itu anda dan suami sentiasa sibuk, aturlah masa anda untuk melaungkan masa bersama dengannya. Boleh jadi dengan mengajaknya makan tengah hari bersama, sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Boleh juga mengatur jadual untuk berdua-duaan di waktu hujung minggu. Usaha anda untuk mencari masa bersama dengannya akan dilihat sebagai sesuatu yang romantis dan membahagiakan dirinya.

5 – Berikan sentuhan mesra

Sentuhan kecil, seperti mengelus tangannya semasa berjalan berdua atau mendakap suami ketika dirinya dalam keadaan sedih akan membuatkan lelaki anda rasa sangat diperhatikan. Begitu juga saat menontoh TV bersama, usaplah rambutnya atau biarkan suami berbaring di ribaan anda. Inilah yang akan menyerlahkan ciri-ciri romantik anda.

6 – Membiarkan dia bebas

Seperti juga dengan anda yang suka bersembang dengan rakan-rakan, suami anda juga punya keperluan ini. Dia juga punya keinginan untuk berkumpul dengan rakan-rakannya. Ini adalah sesuatu yang menyegarkan dirinya, tambahan lagi jika isteri memberi kepercayaan untuk dirinya bebas bertemu rakan. Dia akan berasa senang kerana dipercayai.

7 – Masak makanan yang enak

Pepatah Inggeris ada menyebut, ‘a way to win man’s heart is through his stomach’ atau pun cara memenangi hati lelaki adalah melalui perutnya. Perkara ini ada kebenarannya. Semua lelaki pastinya suka menikmati makanan yang enak, apatah lagi jika ia dimasak oleh isterinya sendiri, khusus untuk dirinya. Ini juga akan membuatkan dirinya sentiasa terkenangkan diri anda di saat berjauhan. Semakin tinggi kemahiran memasak, anda dijamin suami akan semakin sayang pada anda.

8 – Berkongsi rahsia

Ada satu perkara yang boleh membuatkan pasangan yakin bahawa anda mencintainya sepenuh hati. Caranya adalah dengan berkongsi rahsia anda dengan dirinya. Ceritakan rahsia yang tidak pernah anda luahkan pada sesiapa selain dirinya. Perkongsian rahsia ini menggambarkan betapa tingginya keyakinan anda terhadap dirinya.

9 – Berikan kejutan kecil

Semua orang sukakan kejutan. Seperti anda yang akan tersenyum seharian bila mendapat jambangan bunga daripada suami, begitu jugalah dengan dirinya dengan hadiah yang diidam-idamkannya. Seorang lelaki sangat menyenangi isteri yang ada inisiatif dan kreatif dalam menyegarkan perhubungan. Dia akan merasakan anda wanita yang tidak terduga dan penuh dengan sesuatu yang baru.

10 – Menulis catatan cinta

Selalunya di waktu bercinta, ramai yang menulis surat cinta. Ada kalanya hingga berkajang-kajang panjangnya. Namun aktiviti ini akan terhenti setelah keduanya mendirikan rumahtangga. Oleh itu tidak salah anda sebagai isteri memulakan aktiviti ini kembali. Kalau sebelum ini anda menulis surat namun seiring dengan perkembangan teknologi, tulis dan hantarkan SMS cinta buat dirinya. Saat membacanya, suami pasti tersenyum dan berasa bahagia. Dijamin ucapan-ucapan cinta yang anda tuliskan tidak akan dipadamkan daripada peti mesej di telefon bimbitnya. Pada ketika-ketika tertentu, layangkan kad ucapan atau nota-nota pendek yang mengandungi kata-kata romantik yang penuh kasih sayang.

11 – Meraikan hari istimewa

Sebagaimana suami romantik yang sentiasa meraikan hari istimewa anda, begitu juga halnya jika anda mahu dilihat punya sifat yang sama. Jangan sesekali melupakan hari penting dalam hidupnya. Berikan ucapan atau raikannya agar suami berasa anda pasangan hidup yang cukup perihatin terhadap dirinya. Sekiranya timbul sebarang masalah dalam perhubungan suami isteri, hendaklah ditangani dengan segera masalah tersebut. Usah biarkan masalah itu berlarutan sehingga lukanya membekas di hati.

Semoga bermanfaat untuk semua.
Sekian, wassalam.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

1/13/2011

6 KeNDeRaaN TeRBeSaR Di DuNia

1. Antonov An-225 Mriya

Pesawat kepak kaku kargo terbesar di dunia
Pembina : Antonov Design Bureau of Soviet Russia.

An-225 dengan sayap sepanjang 290 kaki membuatkannya menjadi pesawat kargo terbesar dunia, jumlah kargo yang dapat dimuatkan ke dalam An-255 boleh memuatkan kesemua pesawat yang pernah dicipta oleh adik beradik Wright. Pesawat ini juga boleh membawa kapal angkasa ulang-alik di atasnya, malah mampu pelbagai bebanan dengan berat melampau seperti enjin lokomotif keretapi, generator untuk tenaga elektrik seberat 150 tan malah kipas sepanjang 130 kaki yang dipasang pada kincir angin.

2. Airbus A380

Pesawat Penumpang Terbesar Di Dunia
Pembina : Airbus

Pesawat A380 memulakan penerbangan secara komersial pada tahun 2007, dan diberikan nama jolokan “superjumbo jet” kerana memilik saiz yang lebih besar dari pesawat keluaran Airbus yang lain seperti 747-400. Secara faktanya, bahagian dalaman pesawat A380′ adalah 1.5 kali ganda lebih besar dari saiz pesawat 747, dengan 5000 kaki yang mampu memuatkan sekitar 525 hingga 800 penumpang, bergantung kepada jenis tempat duduk penumpang. Kini terdapat kurang dari 50 buah pesawat A380 sedang beroperasi di seluruh dunia, namun kadar permintaan yang semakin meningkat menyebabkan sasaran syarikat pengeluar berjumlah 200 buah untuk tahun hadapan.

3. Knock Nevis Supertanker

Kapal Terpanjang Di Dunia
Dibina oleh : Sumitomo Heavy Industries of Japan.

Untuk mendapatkan gambaran saiz sebenar kapal Knock Nevis, kapal ini sepanjang 1,500 kaki panjang, Lebih tinggi dari Menara Empire State di US. Nevis telah belayar sejak tahun 1979 dengan nama timangan yang berlainan, dan kapal ini pernah karam sekitar 80-an sewaktu perang Iraq-Iran, namun bangkai kapal ini telah diapungkan dan dibina semula. Namun perkhidmatan kapal paling panjang di dunia ini mungkin ditamatkan pada tahun akan datang.

4. MS Oasis of the Seas

Kapal Peranginan Terbesar Di Dunia
Pembina : STX Europe of Finland.

Kapal mewah Oasis of the Seas, merupakan satu-satunya kapal peranginan dari kelas Oasis di dunia ini, rekod penumpang paling ramai ini berjumlah sekitar 6000 penumpang. Kapal ini dipenuhi dengan kemewahan yang melampau, dengan bilik suite 2 tingkat, dengan padang golf mini dan permainan indoor, sejumlah kolam renang, kelab malam, bar dan pasaraya, malah dikenali juga taman tumbuhan terapung paling besar di dunia dengan mengandungi 12,000 tumbuhan hiasan dan berates dozen pokok besar. Kini kapal kedua seperti ini masih dalam pembinaan.

5. Bagger 288 Bucket-Wheel Excavator

Trak Perlombongan Berantai Terbesar Di Dunia
Pembina : Krupp of Germany.

Dengan panjang 700 kaki dan ketinggian mencapai 300 kaki, jentera diberi nama Bagger 288 dibina pada 1978 untuk kegunaan kerja perlombongan di Jerman. Dalam sesetengah keadaan. jentera Bagger ini hanya mampu bergerak 30 kaki per minit secara berterusan, dan memerlukan penjana kuasa luar dengan penggunaan kuasa sebanyak 17 megawatts untuk mengoperasikannya. Namun kelajuan tertinggi tidak pernah dicatatkan secara berekod, dengan trak berantai selebar 12 kaki, kenderaan ini mampu bergerak di dalam semua permukaan kawasan lombong.

6. NASA Crawler-Transporter

Kenderaan Berantai Tanpa Janakuasa Tambahan Terbesar Di Dunia
Pembina : Marion Power Shovel of America.

Hanya terdapat 2 kenderaan berantai milik NASA ini di dunia, yang digunakan untuk mengangkut kapal angkasa dan roket, malah roket penggalak pelepasan kapal angkasa turut diangkut dengannya ke platform pelancaran. Walaupun tidak sebesar kenderaan Bagger 288 seperti di atas, masih dianggap terbesar di dunia kerana hanya dijanakan dengan kuasa yang dimilikinya tanpa memerlukan penjana tenaga luaran, dan ianya lebih laju dari Bagger dengan mampu bergerak 2 batu sejam apabila mengangkut bebanan.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

KHaSiaT BuNGa KeMBuNg

Keembung atau nama botaninya impatiens balsamina adalah sejenis pokok tanaman hiasan yang banyak dijumpai di serata negara, sama ada beriklim tropika ataupun sederhana. Dikenali juga dengan nama bunga Tabo, Inai Air (melayu) dan Garden Balsam (Inggeris), keembung adalah tumbuhan semulajadi di negara India dan Myanmar.

Keembung adalah pokok jenis herba. Batangnya mempunyai banyak air dan menghasilkan beberapa dahan kecil. Daun pokok keembung adalah jenis ringkas, susunannya berselang-seli dan berbentuk mata lembing. Di kedua-dua hujung daun adalah runcing dan bergerigi halus. Daunnya juga bertangkai pendek.

Bunga keembung dihasilkan secara tunggal atau beberapa bunga pada tangkai jambak bunga. Ia dihasilkan di ketiak daun. Bunganya ada jenis berwarna putih, kuning pucat, merah jambu, merah dan ungu. Lazimnya bunga keembung mempunyai lima kelopak tetapi ada jenis yang berganda.

Buah keembung adalah jenis kapsul berbentuk bulat memanjang. Buah yang masak akan merekah secara meletup dan menebarkan biji. Biji buah keembung bersaiz kecil dan berwarna kehitam-hitaman.

Bunga Kembung

Pokok tanaman hiasan daripada keluarga balsaminaceae ini turut mempunyai khasiat ubatannya yang tersendiri. Bahagian yang digunakan untuk tujuan perubatan tradisional adalah daun, bunga, biji dan batang. Seluruh bahagian pokok ini kecuali akarnya dikatakan boleh direbus dan dijadikan ubat bagi merawat busung, demam kuning, hepatitis dan kembung air.

Bunga Kembung Ungu

Daun pokok keembung dikatakan boleh direbus dan digunakan untuk mencuci dan melebatkan rambut. Ia juga boleh ditumbuk halus dan kemudiannya ditampal pada luka, penyakit kulit, sakit di atas, sekeliling atau dalam kuku, kulit lekang, bernanah dan kulit bengkak. Boleh juga ditampal pada kepala apabila sakit kepala.

Daun Bunga Kembung

Batang pokok keembung boleh ditumbuk sampai hancur, airnya kemudiannya diperah dan disapu pada lebam, ketuat, kutil, kurap dan ulser yang busuk. Cecair yang diperah daripada batang ini juga boleh disapu pada kulit yang luka supaya tidak bengkak ataupun lebam. Cecair yang diperah ini turut boleh disapu sebagai losyen untuk merawat bengkak mata.

Batang Bunga Kembung

Rawat masalah haid

Air rebusan batang keembung yang tua dikatakan boleh diminum untuk mencuci dan merawat penyakit yang berkaitan dengan darah. Air rebusan batang tua ini juga boleh digunakan sebagai ubat untuk mencuci bisul, ulser dan mengatasi bengkak. Air rebusan batang yang kering didakwa boleh diminum untuk membaiki pengedaran darah, mengatasi sakit susah bersalin, kejang otot dan reumatisme.

Kembung Pewarna Kuku

Pewarna kulit dan kuku

Biji buah keembung boleh dihancurkan menjadi serbuk. Serbuk ini kemudiannya boleh digunakan untuk merawat ibu yang susah dan sakit teruk semasa bersalin. Ramuan yang sama ini dikatakan boleh digunakan untuk tujuan merangsang dan melawaskan haid, melawaskan pengeluaran kahak dan mukus, merawat sakit tekak, sakit perut, kanser kerongkong, kanser rahim dan tumor.

Bunga Kembung Putih

Bunga pokok keembung pula dikatakan boleh direbus dan air rebusannya boleh diminum untuk merawat arthritis, badan panas, darah bertakung, demam panas, kecederaan dalaman badan, keputihan pada faraj, patukan ular, reumatisme, sakit urat dan sengal-sengal di pinggang, sakit saraf di kepala dan muka. Ramuan yang sama ini juga dikatakan boleh digunakan untuk merawat masalah kurang atau tidak ada haid.

Bunga pokok keembung yang telah dihancurkan dikatakan boleh ditampal pada bisul, kudis, kurap, luka, lumbago (sakit belakang pada bahagian bawah tidak kira apa sebab) dan terseliuh. Bunga keembung jenis yang berwarna putih dikatakan boleh direndam ke dalam air yang mendidih. Air ini kemudiannya dikatakan boleh diminum untuk merawat penyakit ginjal dan hati.

Selain untuk tujuan perubatan, keembung juga dikatakan boleh digunakan untuk tujuan lain iaitu bunganya boleh dijadikan pewarna kulit dan kuku selain turut digunakan dalam kosmetik. Minyak daripada bijinya pula dikatakan boleh digunakan untuk pelita, cat dan varnish.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan setiap bahagian pokok keembung bagi masalah kesihatan dan digunakan dalam perubatan tradisional, namun begitu, penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

Sumber : http://laman-seri.blogspot.com

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

PeRaDuAn SiApa MaTi CePaT

Acara tahunan World Sauna Championships di Finland telah menyebabkan salah seorang finalisnya maut. Warga Rusia bernama Vladimir Ladyzhensky dan warga Finnish, Timo Kaukonen, tidak dapat bertahan akibat melecur teruk sewaktu pertandingan berlangsung. Ladyzhensky akhirnya meninggal di hospital.

Pertandingan ini memelukan peserta untuk bertahan di dalam bilik sauna bersuhu 110C (230F) selama mana yang peserta dapat bertahan. Pengerusi pertandingan mengatakan bahawa kesemua langkah keselamatan telah dituruti oleh semua peserta yang terlibat.

2 Finalis Akhir Pertandingan Yang Melecur
Vladimir Ladyzhensky dan Timo Kaukonen


“Mungkin agak ganjil berada di dalam sebuah bilik sauna bersuhu 110C. Namun sebelum ini terdapat peserta yang mampu bertahan di dalam bilik sauna pertandingan tersebut lebih lama dan tinggi suhunya.” - Ossi Arvela, pengerusi World Sauna Championships

Vladimir Ladyzhensky Yang Melecur Teruk

"Pertandingan ini telah dijalankan dengan penyeliaan perubatan yang rapi malah sepasukan paramedic turut disediakan bagi membantu sewaktu kecemasan. Malah kesemua peserta harus menandatangani pengakuan kesihatan mereka dengan pemantauan dari sepasukan doktor perubatan terlatih," Ossi Arvela sewaktu ditemubual di Heinola, tempat di mana pertandingan tersebut diadakan.

Setengah liter air akan ditambah ke dalam bilik sauna itu setiap 30 saat, dan individu yang terakhir yang dapat bertahan akan dikira sebagai pemenang. Namun tiada hadiah besar yang disediakan, yang disediakan hanyalah "sesuatu yang kecil", dia memberitahu kepada Associated Press.

"Kami mengetahui bahawa perkara ini amat pelik bagi sesetengah penduduk di luar Finland terutama yang sesiapa yang tidak biasa dengan bilik sauna," katanya.

Mr Kaukonen, penyandang pemenang pertandingan tahun lepas, yang merupakan antara finalis pertandingan kali ini akhirnya menarik diri dari pertandingan akibat kecederaan, ujar Arvela. Dia kini dirawat di hospital dan dalam keadaan stabil. Arvela mengatakan pihak polis telah menyiasat kes kematian Ladyzhensky.

Lokasi Pertandingan Mengarut Ini

Penonton Terkejut Dengan Kematian Finalis

Acara pertandingan diadakan dengan penglibatan 130 orang peserta dari 15 buah negara, telah diadakan sejak tahun 1999. Pihak penganjur mengambil keputusan untuk memberhentikan acara pertandingan tersebut untuk masa hadapan.

Inilah dia penyakit manusia zaman sekarang, tiada sakit cari sakit. Pertandingan seumpama ini seperti mengambil nyawa diri sendiri. Aktiviti ini diharamkan dalam ISLAM kerana memudaratkan diri sendiri. Hukumnya samalah seperti merokok, haram kerana membahayakan nyawa sendiri. Mati dalam keadaan ini dianggap sebagai membunuh diri. Hanya Allah yang mengetahui nasib rohnya.

sumber : http://www.bbc.co.uk/news/world-europe-10904691

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

1/11/2011

KHaiRuL FaHMi & ToK GuRu

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera.

Selamat bertemu kembali kita di laman blog yang insyallah penuh berinformasi ini. Kali ini kita akan menatap beberapa keping gambar pertemuan diantara menteri besar kesayangan rakyat Kelantan iaitu Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan penjaga gawang pasukan bolasepak kebangsaan iaitu Khairul Fahmi Che Mat yang dinobatkan antara wira pasukan bolasepak malaysia sewaktu perlawanan piala AFF Suzuki pada akhir tahun lepas. Khairul Fahmi menjadi tetamu khas Tok Guru sewaktu Tok guru sedang melangsungkan kenduri sempena kelahiran cucunya ke-54 baru-baru ini. Kunjungan khairul fahmi ternyata menyenangkan hati seorang menteri besar yang amat disayangi rakyat kelantan ini. Jom kite sme2 tengok gambar kenangan sekitar kunjungan Khairul Fahmi ke rumah Tuan Guru Nik Aziz di Pulau Melaka, Kelantan.

Dipelawa masuk dan menjadi tetamu seorang ulama.

Sedang berbincang mesra dengan tok guru di ruang tamu tok guru.

Menerima cenderamata dari tok guru, sungguh bertuah mendapat buah tangan dari seorang ulama.

Menerima cenderamata penghargaan dari YB Takiyuddin.

Sedang meneliti salah silah Keluarga Tuan Guru Nik Aziz.


IsLaM ThE WaY oF LiFe...

1/10/2011

BeRTuDuNG HiPoKRiT GiLeR !

Sebuah Keluhan dari www.zaharuddin.net

Untuk pengetahuan ustaz, ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut.

Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat (rambut dan leher).

Cara pemakaian saya tidak seperti rakan-rakan saya yang menutup aurat. Mereka bertudung tetapi pemakaian mereka tidak melambangkan imej mereka. Baju, seluar ketat yang menampakkan susuk tubuh.

Bagi yang memakai baju kurung, ada yang dari kain yang nipis dan jarang. Bagi yang berbaju kebaya, ianya terlalu ketat, berkain belah sehingga menampakkan betis dan jarang. Ada yang tidak memakai seluar tetapi memakai skirt panjang. Walaupun begitu, ianya ketat dan menampakkan garis pakaian dalam yang dipakainya.

Tudung yang dipakai pula tidak menutupi dada. Lelaki-lelaki yang memandang tidak berkelip melihat mereka. Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung. Tidak menunaikan solat, panjang tangan, mengumpat, melayan lelaki yang bukan muhrim, pengotor dan pelbagai karenah lagi. Walaupun saya tidak memakai tudung, saya menjaga solat, pemakaian dan tingkah laku saya.

Kawan-kawan saya ini ada menyuruh saya supaya terus memakai tudung tetapi saya tidak mahu menjadi hipokrit. Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh. Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang.

Semoga ALLAH membuka hati saya untuk terus memakai tudung. Amiin...
- Diera -

Mendedahkan per'bukit'an Yang Tidak Sepatutnya.

JAWAPAN

Ada beberapa perkara yang saudari utarakan dalam soalan dan ingin saya berikan respon ringkas. Iaitu :-

1) Isu tidak mahu bertudung ( menutup aurat) tanpa ikhlas kerana tidak mahu hipokrit serta tidak mahu berubah kerana disuruh.

Soalan ini ada menyentuh beberapa isu yang agak semasa dan kerap, saya berasa perlu untuk memberikan ulasan tambahan. Begini ulasannya, Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung. Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu.

Sebagaimana seorang pemandu tidak berhemah warganegara Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK), dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu di UK amat tinggi, sesiapa sahaja yang kurang berhemah akan segera mendapat teguran pemandu lain, malah adakalanya pemandu lain akan segera menelefon polis atau mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis.

Atas sebab itu, pemandu yang asalnya ‘brutal' di Malaysia, TERPAKSA berubah di UK. Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa, tidak ikhlas atau apa jua sebab lauaran. Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah system dan regulasinya. Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain.

Sama seperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah regulasi oleh agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain (kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut).!

Justeru itu, hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama, termasuk menutup aurat. Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambanya.

Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas.

Apa yang perlu diusahakan adalah terus menerus berusaha memperoleh ikhlas semasa melaksanakan perintah dan menjauhi larangan itu. Itu boleh dianggap sebagai adalah level kedua kesempurnaan ibadah. Level pertama adalah mesti melaksanakan tuntutan Islam.

Perlu diingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.

Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak juga solat atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya. Tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat.

Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

Kesimpulannya, ‘ingin berubah hasil hati sendiri', ‘tidak ikhlas' dan ‘tidak mahu hipokrit' itu semuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah agar terus menerus menjauhi kewajibannya. Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah swt dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yang diharapkan.

Bertudung Tetapi Tidak Berseluar,
Itulah Ironinya Bertudung Memakai Legging.


2) MEREKA YANG BERTUDUNG TAPI TIDAK SEMPURNA DAN BERAKHLAK BURUK.

Sebelum mengulas, isu sebegini telah pernah saya ulas sbeelum ini di artikel : Bertudung Sambil Hina Hukum

Kembali kepada persoalan saudari, dari bait-bait ayat saudari, kelihatan saudari begitu benci dan terganggu serta terkesan dengan keburukan akhlak dan cara tutupan aurat rakan sekerja yang lain yang dikatakan memakai tudung tetapi ketat dan sebagainya. Sehingga saudari merasa mereka semua hipokrit, buruk perangai, pengotor dan sebagainya, walau bertudung.

Sebelum itu, saya perlu ingatkan saudari dikira bertuah kerana mendapat kerja di sebuah syarikat yang begitu perihatin dalam masalah agama sehingga mewajibkan kakitangan mereka untuk menutup aurat.

Satu perkara mesti jelas juga, semua wanita yang bertudung tetapi berbaju ketat, skirt panjang terbelah, berbaju kebaya sempit dan sebagainya, semua mereka berada di satu level pada pandangan Islam. Iaitu SEMUA SEDANG MELAKUKAN DOSA DAN SEMUA TIDAK MENUTUP AURAT.

Justeru, adalah SALAH bagi saudari menganggap ‘rakan sekerja itu' SEBAGAI MENUTUP AURAT TETAPI BURUK AKHLAK DAN BEROSA. Sebabnya, mereka juga TIDAK MENUTUP AURAT.

Malah jika mereka benar-benar menutup aurat sekalipun, adalah SALAH untuk merujuk kepada mereka dalam menetap pendirian sama ada saudari perlu sudah sampai masa untuk menutup aurat atau tidak.

Ingatlah bahawa yang diwajibkan oleh Allah bukanlah hanya bertudung kepala dan menutup leher, tetapi menutup seluruh bahagian aurat tubuh sebagaimana yang telah saya terangkan di dalam artikel ‘Aurat Wanita Apa Sudah Jadi'

Selain itu, adalah salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan uuntuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik. Jelas dari hadis Nabi s.a.w, dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasa melihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha. Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yang kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan tidak dijangkiti penyakit tamak.

Sabda Nabi :-

خَصْلَتَانِ من كَانَتَا فيه كَتَبَهُ الله شَاكِرًا صَابِرًا وَمَنْ لم تَكُونَا فيه لم يَكْتُبْهُ الله شَاكِرًا ولا صَابِرًا من نَظَرَ في دِينِهِ إلى من هو فَوْقَهُ فَاقْتَدَى بِهِ ونظر في دُنْيَاهُ إلى من هو دُونَهُ فَحَمِدَ اللَّهَ على ما فَضَّلَهُ بِهِ عليه ..

Ertinya : Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .. ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)

Bertudung Berskirt Pendek, Fesyen Dah Fail, Syariat Lagi Fail.

3) WALAUPUN TIDAK MEMAKAI TUDUNG (MENUTUP AURAT) TETAPI MASIH JAGA SOLAT DAN MAMPU MENJAGA TINGKAH LAKU.

Tahniah atas kemampuan saudari untuk terus menjaga solat dan menjaga tingkah laku, namun solat yang hakiki dan ikhlas akan menghasilkan seorang yang gerun melakukan dosa, serta akan mendorong sesoerang untuk tanpa lengah menunaikan tanggungjawab yang diarahkan Allah.

Namun apabila saudari terus redha dalam pembukaan aurat sedangkan saudari menunaikan solat, ia bermakna solat saudari juga bermasalah. Tapi jangan pula mengatakan, "kalau begitu saya tak mahu solat kerana tak mahu hipokrit", ia telah kita bincang di atas tadi.

Juga, buktikan kepada diri bahawa jagaan solat saudari adalah benar-benar sebuah ketaatan dan bukan hanya kosong tanpa isi. Tanda awal ia adalah benar-benar sebuah solat adalah saudari akan terbuka hati dengan cepat untuk menutup aurat tanpa terkesan dek buruk perangai orang sekitar yang kononnya menutup aurat tetapi buruk.

Justeru, saya menasihatkan saudari agar segera keluar dari jenis individu yang saudari sendiri benci (bertudung atau tutup aurat tapi tak solat, mengumpat dsbgnya). Saudari membenci perangai mereka tetapi dari sudut pandangan agama, saudari sebenanrya adalah sebahagian dari mereka kerana :

Mereka yang menutup aurat dan buruk perangai adalah sama darjatnya dengan mereka yang solat tapi tidak menutup aurat. Kedua-duanya tidak bertanggungjawab terhadap Allah dan sedang melakukan dosa.

Malah saudari juga patut bersyukur mendapat ibu yang prihatin soal kewajiban agama, terlalu ramai ibu di zaman ini yang hanyut dan lebih suka anak perempuan mereka mengikuti gaya yang disukai syaitan iaitu seksi.

Lalu apabila ibu menyuruh, Allah juga mengarahkan, maka saudari bukan sahaja berdosa kerana aurat saudari yang terbuka, malah juga berdosa kerana tidak mematuhi suruhan dan harapan ibu, selain berdosa melanggar arahan Allah.

Bukankah mentaati ibu dalam hal yang tidak membawa dosa adalah WAJIB?. Dan jatuh derhaka bagi seorang anak yang mengguris perasaan ibu, khususnya dalam hal nasihat ibu untuk kita mentaati arahan Allah swt.

4) BUKAN SEKARANG MASA UNTUK BERUBAH.?

Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin beurbah. Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.

Kebaikan dan pelaksanaan tanggungjawab jangan sesekali ditangguhkan, kelak tidak kempunan di hadapan Allah.

Moga Allah membantu saudari untuk segera berubah dan terbuka untuk menerima jawapan ini. Saya juga doakan saudari untuk segera berHIJRAH KE ARAH kebaikan, dan teruslah kita semua berusaha untuk ikhlas dalam semua amalan kita.

Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

1/08/2011

HiKMaH MaKaNaN DaLaM ISLam

ROTI (KHUBZ)

Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik. Dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

EPAL (TUFFAH)

Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

ASPARAGUS (HIYAWN)

Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak

PISANG (MAWZ)

Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

BARLI (SYA'IR)

Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

LIMAU KULIT TEBAL

Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin:bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

TIMUN (QITTA')

Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

TAMAR KERING (TAMR)

Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

MADU LEBAH (A'SAL)

Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

KEKACANG (A'DAS)

Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

JINTAN PUTIH (KHAMMUN)

Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

6 GoLoNGaN DiDoA MaLaIKaT

Allah SWT berfirman, “Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan kepada orang – orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya”
*(QS Al Anbiyaa’ 26-28)

Berikut adalah senarai orang-orang yang mendapat doa oleh para malaikat:

1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci‘”
*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia”
* (Sahih Muslim no. 469)

3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.

Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra’ bin ‘Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada pada saf-saf terhadapan”
*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf”
*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu”
*(Sahih Bukhari no. 782)

6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu’nya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia‘”
*(Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)

IsLaM ThE WaY oF LiFe...