Assalamualaikum.....w.b.t.Kali ni ana kongsikan berkenaan dengan sebuah kilang tepung yang terletak di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Kilang ini milik seorang pengusaha dari berbangsa bukan melayu, bukan ana nk mainkan sentimen perkauman di sini. Namun ana nak utarakan bahawa kilang ini milik seorang pengusaha berbangsa india yang beragama hindu berdasarkan serbuan yang telah dijalankan oleh penguatkuasa.
Lihatlah peralatan yang mereka gunakan, ada antaranya berkarat seribu, siap berkarat kuning campur sikit2 hijau lagi. Tapi kita sedap je beli tepung diorg nk wat kueh, n mcm2 kononnya nak save bajet. Siap gunakan tepung ini utk buat roti canai di kedai kita lagi.
Keadaan gudang penyimpanan bahan mentahnya juga amat menjijikkan. sungguh kasihan melihat kedhaifan yang terdapat di dalam gudang ni. Kita semua pun beli barangn/produk mereka atas dasar murah dan kononnya khasiatnya sama sahaja dengan tepung keluaran lain termasuk keluaran syarikat muslim.
Dua kali permohonan sijil halalnya dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jakim ditolak. Menurut pengusaha tepung ini, penggunaan sijil halal amat perlu dalam perniagaannya kerana ramai pelanggan mahukan jaminan halal dalam produk keluarannya. Jalan terakhirnya, ialah memohon sijil halal dari Islamic Food Research Center IFRC , dan seperti biasa, sijil ini dengan mudah diperolehi dengan kadar bayaran yang ditetapkan pengeluar.Dan yang bakal menjadi mangsanya adalah KITA Bagaimanapun, logo halal IFRC masih tetap tidak meyakinkan pengusaha kerana sijil halal ini bukan sijil halal dikeluarkan kerajaan, malah ianya tidak diiktiraf.
(Dalam undang-undang, tidak menjadi kesalahan meletakkan logo IFRC pada pembungkusan, walaupun ia tidak diiktiraf.) Kelemahan ini menyebabkan sijil halal boleh diperolehi dengan mudah dengan membayar wang walaupun mungkin restoran/pengusaha turut menjual arak di dalamnya atau tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan. Akta Halal akan dibentangkan di parlimen tidak lama lagi bagi mengelakkan lebih ramai pengguna Islam tertipu atau terpedaya dengan kewujudan berbagai pihak yang mengeluarkan sijil halal.
Jalan paling mudah, logo Halal Jakim dicetak pada pembungkusan. Malah, ketika serbuan ini dilakukan, pengusaha memberi pelbagai alasan mengapa dia meletakkan logo halal Jakim pada pembungkusannya. Antara alasannya ialah - dia telah memohon sijil Halal Jakim, tetapi tidak diluluskan, tetapi bagi menjaga pelanggan, dia tetap meletakkan logo itu.Tidak cukup di situ, pengusaha turut menyalahkan Jakim kerana lambat dalam mengeluarkan sijil halal kepada pihaknya walaupun telah beberapa kali berurusan dengan Jakim di Putrajaya. Untuk rekod, memang benar syarikat ada memohon sijil halal Jakim, dan kali terkahir ditolak pada penghujung tahun lalu.
Tiada kompromi, apabila beginilah keadaannya persekitaran kilang, mana mungkin ia akan diluluskan. Itu jawapan paling tepat, mudah dan tiada berselindung. (Jadi, kepada anda yang masih tidak faham akan sijil halal swasta seperti IFRC itu, silalah lihat contoh di dalam serbuan ini - apakah kriteria yang meluluskan pemberian sijil halal mereka kepada pengusaha?) Kilang tepung ini telah beroperasi lebih 20 tahun lalu dan menjadi pilihan kepada ramai pengusaha restoran, suri rumah, dan makanan berempah serta makanan seperti kuih maruku.Senarainya amat panjang,:Serbuk KunyitSerbuk Kari AyamSerbuk Kari IkanSerbuk Rempah BiryaniSerbuk CiliSerbuk Lada PutihSerbuk Lada HitamSerbuk KurmaSerbuk Jintan PutihSerbuk Jintan ManisSerbuk KetumbarTepung BerasTepung AttaTepung Kacang KudaTepung RagiTepung SujiTepung Kacang Hijau GorengTepung JagungTepung KentuckyTepung KastardTepung MarukkuTepung Kuih Bunga RosTepung AddresamTepung OmmapodiTepung Raya Thosai(agak-agak pernah beli tak @masih ada lagi stok kat rumah)
Serbuan disertai Jakim dari Bahagian Hub Halalnya diketuai Penolong Pengarahnya, Mohd Amri Abdullah serta pegawai dari Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Putrajaya. Masuk sahaja dalam kawasan kilang, kita akan mendapati satu suasana bising mesin-mesin sedang memproses tepung.





Pekerjanya ada yang berselipar, berkaki ayam, menutup mulut, tidak bertutup, beribu-biru guni tepung dan rempah-ratus bersepah di merata-rata tempat di dalam bangunan ini. Ada juga kawasan untuk menggaul campuran tepung yang terdedah dengan habuk, debu dan pekerja yang berkaki ayam memijak rempah ratus ini.
Di dalam kawasan kilang ini juga terdapat sebuah bilik tempat tinggal beberapa pekerja dengan sistem pengudaraan yang amat teruk dan berbau busuk. Tidak cukup di situ, apabila semakin jauh ke belakang , kita akan menemui berbagai guni, kotak yang berdebu, bersawang dan kotor serta busuk.
Dan, paling menjijikkan apabila najis anjing turut ditemui di dalam premis ini, kerana pemilik turut memelihara anjing yang diletakkan di belakang kilang, tetapi laluan tidak ditutup menyebabkan anjing bebas keluar masuk.Inikah kriteria untuk diluluskan pengeluaran sijil halal?Nota: Rampasan dari serbuan ini bernilai kira-kira RM80,000 kerana kesalahan menggunakan logo halal Jakim tanpa kebenaran di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.
IsLaM ThE WaY oF LiFe...
Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s. a. w. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r. a., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat. Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s. a. w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain. Namun jauh di sanubari Rasulullah s. a. w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah s. a. w. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali,"Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia."(Riwayat Abu Hurairah) Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat. Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu. "Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?" "Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah' , 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya IsLaM ThE WaY oF LiFe...
Wave Rock (Australia)
The Rock Wave adalah formasi batuan alam yang terletak di Australia Barat. Ianya mendapat nama kerana ia berbentuk seperti gelombang laut yang tinggi. Keseluruhan batuan merangkumi beberapa hektar; gelombang. sebahagian daripada batu ini sekitar 15 meter tinggi dan panjang sekitar 110 meter. Salah satu aspek dari Wave Rock jarang dipaparkan pada foto adalah mempertahankan dinding sekitar setengah batu itu. Ini mengikuti kontur dan membolehkan air hujan akan dihimpunkan dalam sebuah bendungan. Ini dibina pada tahun 1951 oleh Jabatan Kerja Raya, dan dinding seperti lazim di batu serupa di wheatbelt tersebut.
Hell Gate (Uzbekistan)
Dipanggil oleh penduduk tempatan Gate to Hell, tempat ini terletak di Uzbekistan iaitu di berhampiran bandar kecil Darvaz. Ketika ahli geologi sedang menggali gas 35 tahun yang lalu, tiba-tiba mereka menemui sebuah gua bawah tanah yang begitu besar, semua lokasi penggalian terletak di bawah tanah. Tiada siapa yang berani ke sana kerana gua itu dipenuhi dengan gas, sehingga mereka mengatakan bahawa gas tidak dapat keluar dari kawasan itu, dan sejak itu ia telah terbakar. Tidak ada yang tahu berapa banyak tan gas yang terbakar selama bertahun-tahun, namun seperti gas itu tidak pernah habis.
Giants Causeway (Ireland)
Luas sekitar 40 000 medan basalt, Giants Causeway adalah hasil dari sebuah letupan gunung berapi kuno. Terletak di pantai utara-timur Ireland Utara. Yang tertinggi sekitar 12 meter (36 kaki) tinggi, dan lava mengeras di tebing adalah 28 meter tebal di beberapa tempat. Dalam sebuah pendapat pada 2005 dari pembaca Radio Times, jalan lintas itu dinamakan sebagai keajaiban alam keempat terbesar di United Kingdom.
Blue Lake Cave (Brazil)
Mato Grosso terletak di wilayah Sul di Brazil (bandar Bonito) di bawah tanahnya menempatkan banyak tasik yang luar biasa: Gruta menempatkan Lagun Azul, Mimoso, Aquário. Dunia mengenali "Gruta membentuk Lagun Azul" (Gua Blue Lake) yang merupakan monumen alam yang dibentuk oleh stalaktit dalaman, stalagmit dan sebuah tasik biru besar dan indah. Keindahan tasik ini adalah sesuatu yang mengasyikkan. Blue Lake mempunyai pelbagai variasi dari formasi geologi, tetapi apa yang mengasyikkan adalah air tasiknya yang berwarna biru.
Crystal Cave of the Giants (Mexico)
Dijumpai jauh di dalam sebuah lombong di selatan Mexico Chihuahua, kristal ini terbentuk di dalam sebuah gua yang tertutup. Ia dipenuhi kristal setinggi pohon pinus, dan dalam beberapa kes yang lebih besar, emas dan perak terbentuk dalam pelbagai bentuk dan saiz. Gua Crystal Giants telah dijumpai dalam jasad batu gamping yang sama bahawa ketulan perak separa timbul yang dieksploitasi dan mungkin dicairkan oleh cecair hidrotermal yang didepositkan logam dengan gipsum yang sedang dikristalkan.
Great Blue Hole (Belize)
Sebahagian dari Lighthouse Reef System, The Great Blue Hole terletak sekitar 60 batu jauhnya dari Belize City. Sungguh besar, dianggarkan bahawa seluas suku batu (0.4 km) terbentang, ia merupakan kawasan menyelam paling dalam di dunia. Di dalam lubang itu, kedalaman air adalah sekitar 480 kaki (145 m) dalam dan jika menyelam akan didapati bahawa airnya berwarna biru dan dikenali di dunia sebagai "blue holes."
Antelope Canyon (Arizona - USA)
Yang paling banyak dilawati dan menjadi lokasi penggambaran di Southwest Amerika, Antelope Canyon terletak di atas kawasan Navajo berhampiran Page, Arizona. Ini termasuk dua tempat berasingan, bahagian penggambaran yang menjadi kegemaran adalah disebut sebagai Upper individual Antelope Canyon - atau "Crack" - dan Hilir Antelope Canyon - atau "pembuka botol."
Nama Navajo untuk Upper Antelope Canyon merupakan 'bighanilini Tse', yang bermaksud "tempat di mana air mengalir melalui batu-batu." Antelope Canyon adalah lebih rendah dari Hasdestwazi, atau "lengkungan batu." Keduanya terletak dalam kawasan LeChee Bangsa Navajo.
The Wave (between Arizona and Utah - USA)
Kawasan batuan yang cantik berwarna merah di sempadan Arizona dan Utah, The Wave terbuat dari gondolan pasir 190-juta tahun lampau yang telah berubah menjadi batu. Formasi ini tidak banyak diketahui kerana hanya boleh dicapai dengan berjalan kaki melalui jarak tiga batu.
IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Klik imej untuk diperbesarkanAssalamualaikum...w.b.t.Kali ni ana nak share kisah yang begitu menyentuh hati, ana mule2 bace kisah n komik ttg kisah ni, bgenang air mata, alangkah besarnya kasih sayang seorang ibu, sesungguhnya tidak ada kasih sayang sesama makhluk yg boleh mengatasi kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Sungguh menyayat hati kisah ni, semoga kita mengambil ikhtibar dari kisah ini diwaktu rmai bayi2 dibuang di tepian jalanan, namun bagi seorang ibu yang penyayang, benda tidak bermoral seperti itu tidak akan sama sekali berlaku, hayatilah kisah ini, jadikannya ikhtibar. Kepada insan yang masih punya ibu dan ayah, hargai mereka kerana tanpa mereka kita tidak mungkin dapat hidup dengan bahagia seperti sekarang. Setiap darah yang mengalir di dalam diri kita adalah hasil dari beberapa titis susu ibu yang tidak mungkin kita dapat gantikannya hatta dengan susu paling mahal di dunia sekalipun...
IsLaM ThE WaY oF LiFe...
Assalamualaikum...w.b.t.Alhamdulillah selamat bertemu kembali setelah hampir 3 hari ana x post ape2 kt sni, ana bru balik dri Kem JPP di Angullia Resort, best sagt2, shbat2 nnt jgn lepaskn pluang utk buat kem di sana, tempatnya menarik dan tidak membebankn emosi n mental. Kali ni ana nak kongsikan ttg kish air tebu, masih kalian ingt kisah kematian Din Beramboi DJ Radio Era? Pada permulaan kematiannya, kematiannya telah dikaitkan dengan dia terminum air kencing tikus namun akhirnya dinafikan dan disahkan bahawa dia menghidap denggi berdarah yang kronik dan akhirnya meninggal dunia. Sama2lah kita membaca Al-Fatihah utknya....Al-Fatihah...Di bawah ini merupakan satu info yang ana dapat dari seorang sahabat, semoga bermanfaat..Klik imej untuk perbesarkan imej
Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, “Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah malakukan perkara itu…”“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul² telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa”Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, “mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…”Tiba-tiba mata berbicara, “Saya yang memandang,”disusuli dengan telinga, “Saya yang mendengar perkara itu”Hidung pun tidak ketinggalan, “Saya yang mencium”Bibir pun mengaku dengan slumbernye, “Saya yang merayu”Lidah menambah dengan berani, “Saya yang menjilat dan menghisap”Tangan tanpa malu meneruskan, “Saya yang meraba dan meramas”Kaki pula menyusul, “Saya yang berjalan dan berlari semasa itu”“Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, ” Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.” Malaikat menjawab dengan tenang, “Silakan wahai bulu mata”“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:“Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..”IsLaM ThE WaY oF LiFe...
Kegemukan adalah dimana berat badan kita melebihi 20 peratus beratus ideal. Ini berlaku disebabkan kalori yg masuk kedalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan. Maka akan penyebabkan berlaku pengumpulan lemak dibahagian bahagian tertentu badan.Kegemukan individu boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu :Gemuk Air• Badan mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.• Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.Gemuk Angin• Perut terasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin keluar.• Mudah mendapat sakit kepala.GEMUK AIR dan GEMUK ANGIN : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasai lengan tangan mengelambir dan lembik.Gemuk Daging• Badan berasa berat dan pejal.• Mudah penat apabila melakukan tugas harlan.• Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin mi kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.• Proses penurunan melalui perpeluhan dan mengikut pantang yang disarankanGEMUK DAGING : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasa pejal dan padat.Gemuk air dan Gemuk angin mudah untuk turun berat badan tetapi Gemuk Daging mengambil sedikit masa untuk turun. Gemuk Daging berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.p/s : gemuk itu menawanIsLaM ThE WaY oF LiFe...
Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat' menjadi begitu sibuk sekali. Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan 'penganiayaan' ini. Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam kerana dipermain-mainkan. Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang kala lawak-lawak biasa atau 'practical joke' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dah menyebabkan penyesalan berpanjangan.Sewaktu zaman persekolahan dahulu, saya pernah terbaca tentang suatu tragedi yang berlaku pada 1hb April ini. Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan 'Aku ceraikan kau dengan talak 3' pada isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya yang pada mulanyaterpinga-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan April Fool!'. Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu bahawa talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!! Kira-kira lebih kurang seribu tahun lalu, Sepanyol berada di bawah kekuasaan Islam yang begitu kuat, sehingga tidak dapat dihancurkan. Sememangnya menjadi tabiat kaum Kuffar iaitu musuh-musuh Islam pada sepanjang masa dan sejarah, tidak akan merasa senang serta tidak akan pernah hilang keinginan mereka untuk menghancurkan Islam. Berbagai-bagai cara dan helah akan dicari dan dilakukan untuk menjatuh serta menghancurkan umat Islam.Begitu jugalah dengan keadaan di Sepanyol ketika itu. Kaum Kristian terutamanya berharap untuk melenyapkan Islam dari seluruh bahagian Sepanyol. Sedangkan ketika itu umat Islam di beberapa bahagian di Sepanyol seperti Grenada ( Ghornata ), begitu kuat mengamalkan cara hidup berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, yang menjadikan mereka begitu kuat sehingga tidak dapat diganggu gugat.Beberapa kali mereka cuba menyerang, menganggu serta cuba membersihakan kekuasaan umat Islam tetapi menemui kegagalan. Lalu mereka menghantar pengintip untuk mengetahui asas kekuatan umat islam di sana. Pengintip tersebut berpura-pura mempelajari Islam, beliau menemui satu kekuatan umat Islam iaitu IMAN, dan TAQWA mereka kepada Allah S.W.T.Maklumat-maklumat tersebut disampaikan kepada musuh-musuh Islam lalu mereka mencari strategi untuk melemahkan umat Islam di Sepanyol dan menghancurkannya. Setelah beberapa kali bersidang, mereka membuat kesimpulan bahawa untuk melemahkan umat Islam, mereka mesti melemahkan Iman dan Taqwa mereka kepada Allah S.W.T. Lalu mereka pun mencuba pelbagai usaha dan cara antaranya mereka mengirimkan alcohol, muzik, dadah ,wanita-wanita untuk mengkhayalkan umat Islam terutamanya kepada para belia.Strategi tersebut cukup berkesan. Setelah beberapa lama didapati sesetengah umat Islam tidak lagi kuat Iman dan Taqwa mereka, maka mereka sekali lagi merancang untuk menyerang dan memusnahkan umat Islam. Kali ini umat Islam diserang habis-habisan. Pada ketika itu umat Islam tidak lagi berupaya melawan dan mempertahankan diri mereka.Akhirnya, jatuhlah semua daerah Sepanyol dari penguasaan umat Islam selama 800 tahun kepada Kristian seluruhnya. Daerah terakhir yang dapat dikuasai ialah Grenada.Kezaliman yang dilakukan kepada umat Islam ketika itu sangat dahsyat. Sekiranya ditemui pasti akan diseksa dan dibunuh. Maka pihak Muslimin terpaksa lari dan menyembunyikan diri. Namun ini belum dapat memuaskan hati mereka.Lalu mereka menawarkan peluang, iaitu sekiranya penduduk Muslimin ingin selamat, hendaklah mereka berpindah keluar dari Sepanyol dan kapal-kapal akan disediakan. Pada mulanya kaum Muslimin merasa curiga atas tawaran tersebut, tetapi mereka tiada pilihan lain. Tambahan pula mereka mendapati bahawa kapal-kapal untuk mereka melakukan pelayaran telah tiba di pelabuhan dan menanti ketibaan mereka.Tanggal 1 April, kaum Muslimin keluar beramai-ramai ke pantai dengan hasrat untuk meninggalkan Sepanyol. Pada kesempatan inilah tentera-tentera Sepanyol telah menyerang dan membunuh umat Muslimin keseluruhannya, samada wanita atau kanak-kanak. Bahkan kapal-kapal yang berada di pantai dibakar. Maka hancurlah umat Muslimin dan berjayalah musuh-musuh Islam dalam usaha melakukan ‘pembersihan’ terhadap umat Islam.Peristiwa berdarah yang menyedihakn ini dirayakan oleh pihak Kristian pada 1 April setiap tahun. Perayaan ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan saja di Sepanyol, malahan juga di seluruh dunia sebagai ‘April Fool’s Day’Apa yang paling menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil juga turut memperingati dan merayakan April Fool’s Day ini tanpa mereka menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan saudara seIslam mereka sendiri.
IsLaM ThE WaY oF LiFe...
Susuk tubuh perempuan mengenakan baju abaya hitam lengkap dengan purdahnya menjadi tumpuan perhatian para pengunjung Pasaraya Itäkeskus di kota Helsinki, kota terbesar di negara Finland. Tak seorang pun tahu bahawa susuk disebalik niqab itu bukan seorang perempuan Muslim betul tapi seorang wartawan non-Muslim, dari surat khabar Helsingin Sanomat, salah satu surat khabar terbesar di kawasan Scandinavia.Nama wartawan itu Katja Kuokkanen. Ia sengaja menyamar menjadi menjadi perempuan Muslim kerana ingin merasakan sendiri bagaimana rasanya memakai busana muslim lengkap dengan purdahnya di tengah masyarakat Finland yang masih asing dengan agama Islam, bagaimana rasanya ditatap dengan pandangan aneh dan takut dari orang-orang disekeliling. Kuokkanen menuliskan pengalaman dan perasaannya sewaktu dan setelah mengenakan niqab. Inilah yang ditulisnya ...Niqab dari bahan sifon berwarna hitam melorot dan menutupi kedua mata saya. Suatu ketika saya tersandung dan bertembung bahu seorang lelaki di sebuah kedai barangan antik. Lelaki itu membuat gerakan tangan meminta maaf, tapi dengan sikap tak acuh seperti yang biasa terjadi. Lalu lelaki itu melihat ke arah saya dan menyedari bahwa saya seorang perempuan yang mengenakan abaya dan purdah, pakaian khas perempuan Muslim. Tiba-tiba lelaki itu sedikit demi sedikit membongkok mengulangi lagi permohonan maafnya. Saya merasakan dia orang Arab dari dialeknya sewaktu meminta maaf. Saat itu saya merasakah hal yang tidak pernah saya rasakan sebelumnya kerana diperlakukan dengan begitu hormat oleh orang lain.Dari kedai antik, saya menuju stesen LRT. Ketika saya naik ke sebuah LRT berwarna oren. Saya menerika reaksi yang tak terduga. Seorang lelaki mabuk berteriak pada tiga temannya di dalam LRT yang padat penumpang."Hei, lihat itu ada salah satu pemandangan neraka !" teriak lelaki mabuk tadi.
Mendengar teriakan itu, penumpang lain serta merta memalingkan pandangannya, tidak mau melihat ke arah wajah saya yang berpurdah. Tapi tiba-tiba seorang perempuan menegur saya, "Barang Anda jatuh," kata seorang perempuan setengah baya sambil menyerahkan penyepit rambut saya yang terjatuh di bangku sebelah.Saya tidak boleh mengucapkan terima kasih pada perempuan itu, kerana kalau saya mengatakan sesuatu, kemungkinan penyamaran saya akan terbongkar.Lalu, ketika seorang gadis asal Somalia yang bekerja sebagai penjaga kedai, membantu saya membetulkan purdah, ia berkata bahawa jarang sekali perempuan Muslim di Helsinki yang mengenakan busana seperti yang saya kenakan. Gadis Somalia itu juga mengatakan bahawa ia seboleh mungkin menghindari busana warna hitam. Ia menganggap warna hitam sebagai warna yang dramatis dan mengundang perhatian banyak orang."Tudung warna-warni yang cerah lebih bagus," kata gadis itu seraya mengatakan bahawa kaum perempuan Muslim di Finlandia bebas menentukan sendiri untuk menutup bahagian mukanya.
Dan di pasaraya Itäkeskus, saya melihat banyak orang yang memandangisaya dengan pandangan aneh bahkan takut. Seorang lelaki muda hampir saja menumpahkan minumannya yang dipegang sewaktu melihat saya dengan raut muka panik.Saya sendiri mulai membiasakan diri mengenakan abaya dan purdah. Saya mulai merasakan pakaian ini sangat nyaman dan hangat, meski saya agak kesulitan untuk melihat sesuatu dengan jelas kerana purdah yang dipakai.Kemudian saya memutuskan untuk pergi ke pasar yang dibuka di kawasan parking di lantai paling atas pasaraya Puhos. Sewaktu menyeberangi jalan, saya bertemu dengan seorang perempuan tua asal Somalia yang dengan perlahan mengucapkan "Assalamu'alaikum" .Saya tersentuh mendengar salam itu. Selama ini saya tidak pernah bergaul dengan perempuan Muslim. Dan saya selalu menerima salam seperti itu dalam banyak kesempatan. Setiap kali berselisih dengan Muslimah dari berbagai usia dan dari berbagai etnik, yang mengenakan busana muslimah selalu mengucapkan "Assalmua'alaikum" saat berselisih dengan saya. Ketika itu saya tidak mengerti apa erti ucapan itu, sampai saya akhirnya tahu bahwa ucapan itu mengandung doa kesejahteraan dan kesalamatan.Seorang lelaki yang sedang berdiri di depan sebuah kedai memanggil saya. "Hello ! Hei ! Tunggu!" teriak lelaki tadi. Saya tidak menoleh kerana saya berfikir bahawa seorang perempuan Muslim sangat menjaga kemuliaannya dan tidak akan menjawab panggilan seperti itu.Beberapa jam setelah bersiar-siar dengan mengenakan busana abaya dan purdah, saya kembali ke stesen LRT. Perjalanan saya selanjutnya adalah Kamppi Center.Selama perjalanan, wartawan itu merenungkan pengalamannya sepanjang hari ini, atas reaksi setiap orang terhadap abaya dan purdah yang dikenakannya dan ia merasakan sendiri bahawa mengenakan abaya dan purdah rasanya tidak seburuk yang orang lain fikirkan. Ia pun tanpa ragu menegaskan, mengenakan abaya dan purdah, "Sama sekali tidak buruk. Jika Anda memakainya, Anda akan merasakan kedamaian."Kisah ini menjadi bukti kebenaran sewaktu banyak negara-negara di Eropah mulai melarang jilbab dan purdah. IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Assalamualaikum...w.b.t.Bertemu kembali kita di blog ana ni, kali ini ana nak ketengahkan sebuah kisah yang amat menyayatkan hati iaitu kisah inflasi di negara Zimbabwe yang begitu teruk dialami pada tahun 2008 dan 2009. Apakah yang didefinisikan dengan inflasi ini? Inflasi boleh di definisikan sebagai suatu proses kenaikan tingkat harga umum untuk semua barang secara menyeluruh dan serentak dalam ekonomi.Bayangkan kita ingin membeli sebuah air minuman berjenama Coca Kola. Harganya adalah sebanyak RM 2 juta. Sungguh menyeksakan bukan. Inilah yang berlaku di Zimbabwe dek kehambatan ekonomi yang kian merudum tidak berpenawar. Bayangkan sekeping duit kertas bernilai 50 bilion seperti di atas. Sungguh pelik lagi ajaib bukan. Bayangkan di Malaysia, seandainya inflasi berlaku, tidak mustahil Bank Negara Malaysia terpaksa mengeluarkan wang kertas bernilai seperti di atas. Klu tiap2 bulan nak bayar gaji pulak 1000 bilion yang bersamaan RM 2000 sekarang sudah semestinya Bank Negara Malaysia terpaksa juga mengeluarkan not RM50 bilion seperti di Zimbabwe ni. Marilah sama-sama kita mengikuti perkembangan inflasi di Zimbabwe ini berdasarkan gambr yang ana sempt sdiakan.
Bayngkan nk beli syur sikit jer, dh pkai scekak duit, same gk mcm gmbr kt bwh, nk beli telur sikit jer, tpi pkai duit yang bercekak-cekak. Kesian bukan diorg nih.
Gambar kt bwh nih lak duit yg diperlukn utk membeli sebuah minuman/bir di sana, alamatnya tiap2 org kne bwk beg besar la utk buh duit klu nk beli brangan rumah nnt...
Klu $1 bilion berharga RM1 sekarang, bayangkan nilai2 yg kurang dripad itu mcm duit $50 000, $10 000, $ 1000 ke, alamatnya x bernilai langsung duit tu, at last duit2 tu smua jdi sampah jer, tu yg diorg buang dalam tong sampah mcm tu jer...agaknya kt Malaysia ader tak orang buang duit mcm tuh, alangkn sringgit pn org syg n klu jmpe kt tgh jalan mesti orang kebas, inikn pula yg tertulis nilainya $500 000, tpi kt sner diorg buang jer coz x smpai 1 sen pn nilainya.
Kanak2 pengemis kt Zimbabwe mmg jadi jutawan la tiap2 hari, mintk sdekah dpt smpai $1 bilion, mana tak kayanya kan...
Bayangkn pulak klu time nk trima gaji, agaknya mcm mne yer diorg nk bwk smua duit tuh, klu xder tindakan dari kerajaan untuk terbitkan nilai wang yg lebih tnggi alamatnya diorg tpaksa pikul duit2 tu mcm dlm gmbar kt bwh ni la, ksian2....nnt klu inflasi trus mningkt, diorg kne sewa lori lak utk angkut duit tiap2 kali dpt gaji.
Klu USD$1 ditukar kepada duit Malaysia bru dpt dlm RM3.80 kan, tpi klu kt Zimbabwe, bile USD$1 ditukar dalam duit dia dpt berketul2 duit mcm dlm gambar kt bwh, bygkan klu pelancong or pelabur dari barat dtg melabur kt Zimbabwe, diorg bwk dlm USD$2 bilion utk bina hotel n sbgainya, brape ribu trilion duit zimbabwe agaknya, mesti hbis smua simpanan not duit Zimbabwe kt dlm Bank, he3x...
Jadi bersyukurlah kita ada di Malaysia skrg ni, walaupun hanya negara membangun yg kecil masih ade ruang bernafas lagi. Sama2lah kita insafkan diri ek...Wassalam...Antara Sumber : http://tomgpalmer.com/2008/07/08/how-to-destroy-a-country/IsLaM ThE WaY oF LiFe...