SaHaBaT

10/30/2009

Kasih Seorang Adik Pada Kakaknya...

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah.. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.
Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!" Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.
"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
"Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.... . "Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah. Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"
"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.
"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni.
Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.
Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."
"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."
Apalagi...aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.
"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."
"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut.. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar. "

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

p/s ; Masyallah begitu mulia hati si adik ni, bukan mudah untuk memiliki adik seperti ini. Dan daku berjanji aku akan menjaga adik-adikku bermula di saat ini. Daku sanggup melepaskan peluang untuk belajar di Mesir dan UPSI hanya kerana ingin membantu meringankan beban bonda dan ayahanda menanggung adik-adikku. Dan aku akan menanggung pembiayaan kesemua adik-adikku seandainya aku selamat di'posting' mengajar nanti. Buat bonda dan ayahanda, Along betul-betul sayang pada bonda dan ayahanda, along janji akan jaga bonda, ayahanda dan adik-adik sebaik-baiknya nanti bila along dah kerja. Along doakan bonda dan ayahanda sentiasa di dalam rahmat Ilahi....Amiiinn.....

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Kami Merinduimu Duhai Rasullullah...

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?

Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja. Apakah Itu?, tanya Abubakar RA. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik, Siapakah kamu? Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau). Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

Duhai Rasullullah, sesungguhnya kami umatmu terlalu merinduimu, kami tidak dapat menahan lagi rindu ingin bertemu denganmu, hanya dirimu yang kami cintai di hati ini melebihi cinta kami kepada diri kami sendiri dan keluarga kami, Sesungguhnya kami merinduimu duhai kekasih Allah S.W.T, Muhammad S.A.W....


IsLaM ThE WaY oF LiFe...

10/28/2009

Siapakah Jodohku...??

Assalamualaikum....w.b.t.

Sungguh agung pemberian yang maha esa bukan, Allah Taala telah menetapkan setiap insan itu sudah punyai jodohnya masing-masing. Sebelum dilahirkan ke dunia lagi Allah telah menetapkan 3 pekara kepada setiap insan iaitu rezeki, kematian dan jodoh. Kadang jika difikirkan mengenai jodoh, rasa malas dah nak mencari jodoh kita, tetapi bak kata seorang ustaz, sedangkan nasi yang mengenyangkan sementara pun harus dicari dan disuap ke mulut. Inikan pula nak mencari seorang zaujah untuk mendampingi kita sepanjang hayat mulai saat diijabkabul hinggalah berkekalan di syurga Allah. Kadang kala jadi pening gak sebab benda-benda macam ni memang memeningkan, tapi nak buat macam mana, kita kene pening untuk memikirkan benda yang pening gini.

Apa yang daku impikan hanyalah seorang wanita yang berusaha untuk menjadi solehah sepertimana diri ini. Insyallah daku akan berusaha untuk menjadi lelaki yang soleh dan hamba Allah yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan redha-Nya, Insyallah. Ya Allah, kau kuatkanlah hatiku ini dikala hatiku seakan-akan memberontak untuk dikasihi oleh seorang wanita. Kuatkan imanku sekuat-kuatnya agar dapat aku menjaga pandanganku dari panahan syaitan yang durjana. Hadirkanlah seorang bidadari dalam hidupku seandainya telah tiba saatnya untuk daku mencintai sesiapa dalam hidupku, maka kau letakkanlah cintaku pada sesiapa yang mencinta-Mu lebih dari dia mencintaku. Dan daku berjanji akan mencintai dia melebihi daku mencintai diriku sendiri kerana dia adalah amanah untuk. namun Ya Allah seandainya telah tiba saat itu, kau jagalah hubungan kami dengan sebaiknya agar tidak berlaku perselisihan faham yang membawa kepada pergaduhan yang besar. Setiap pernikahan tidak akan dapat lari dari perselisihan faham, namun kau jagalah hati kami agar kami dapat menyelesaikannya dengan mudah dan mengikut cara yang disuruhMu dan disuruh kekasihMu, Muhammad Rasullullah S.A.W.

"Setiap Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik,
dan setiap lelaki yang jahat adalah untuk wanita yang jahat"

Wassalam...

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

10/27/2009

Cinta Kerana Agama Yang Ada Padanya














Bersumber dari Raja’ bin Umar An-Nakha’i, dia pernah bercerita: “Dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan rupawan yang tekun dan rajin beribadat, dan dia termasuk salah seorang ahli zuhud. Suatu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum An-Nakha’ dan di sana dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik. Sejak melihatnya pertama kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila oleh kecantikannya. Demikian juga si gadis yang merasakan hal serupa sejak pertama melihat pemuda itu. Si pemuda lalu mengutus seseorang untuk meminangnya, tetapi ternyata gadis tersebut telah dipertunangkan dengan putera bapa saudaranya.

Mendengar keterangan ayah si gadis itu, mereka berdua menahan beban cinta yang sangat berat. Si gadis tadi kemudian mengutus seorang hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan hatinya: “Aku tahu betapa engkau sangat mencintaiku, dan kerananya, betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap untukmu. Seandainya engkau berkenan, aku akan datang berkunjung ke rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahu datang ke rumahku.”

Setelah membaca isi surat tersebut, si pemuda kacak itu pun berkata kepada utusan wanita pujaan hatinya, “Kedua tawaran itu tidak ada satu pun yang kupilih! Sesungguhnya aku takut akan seksaan hari yang besar bila aku sampai derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam.”

Pulanglah utusan kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang disampaikan oleh pemuda itu. Si gadis lalu berkata, “Selamanya aku belum pernah menemui seorang yang zuhud dan selalu takut kepada Allah SWT seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak mendapatkan gelaran kemuliaan kecuali dia, sedangkan kebanyakan orang adalah munafik.”

Setelah berkata demikian, gadis itu lalu melepas segala urusan duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan dengan dunia. Dia pun memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak itu tekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya. Dan kerinduannya yang mendalam menyelimuti sepanjang hidupnya hingga akhir hayatnya.
Setelah gadis itu meninggal dunia, sang pemuda sering pula berziarah ke makamnya. Pada suatu ketika dia bermimpi seakan-akan melihat kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan. Pemuda itu pun bertanya, “Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah denganku?”

Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair:

Kasih...

cinta yang terindah adalah mencintaimu,
sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan.
Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu
burung syurga menjauh
dan malaikat menutup pintu.

Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya, “Di mana engkau berada?”
Kekasihnya menjawab dengan melantunkan syair:

Aku berada dalam kenikmatan
dan kehidupan yang tiada mungkin berakhir
berada dalam syurga abadi yang dijaga oleh para malaikat
yang tidak mungkin binasa
yang akan menunggu ketibaanmu, wahai kekasih

Pemuda itu kembali berkata kepada kekasihnya,
“Di sana aku mohon agar engkau selalu mengingatiku dan sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!”

“Dan demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu. Sungguh, aku telah memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan hati, sehingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku!” jawab gadis kekasihnya itu.

Pemuda itu kembali berkata kepadanya, “Bila aku dapat melihatmu kembali?”
“Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari,” jawab kekasihnya.
Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, ia meninggal dunia. Semoga Allah sentiasa mencurahkan kasih sayang-Nya kepada mereka berdua dan mempertemukannya kembali di syurga.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Pilih Lelaki Ini...

Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjinya pasti. Itulah sedikit dari lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sakit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang….

1-KUAT AGAMANYA.
Biar sibuk macam mana sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-BAIK AKHLAKNYA.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-unsur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada keluarga begitu ketara.

3-TEGAS MEMPERTAHANKAN MARUAH.
Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam seperti `rumah urut', disko, pub dan bar?

4-AMANAH
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-TIDAK BOROS
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan uwang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikonsi bersama mereka yang berhak.

6-TIDAK LIAR MATANYA
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-TERBATAS PERGAULAN
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas. Inilah yang sepatutnya iaitu dia tidak mudah mengambil kesempatan atas kelebihannya sebagai lelaki.

8-RAKAN PERGAULANNYA.
Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-BERTANGGUNGJAWAB
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk ibu bapak dan keluarganya. Jika keluarganya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab terhadap keluarganya.

10-TENANG WAJAH
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Dia tidak mudah melenting dan tidak panas bara.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Batu & Kopi

Suatu hari seorang pakar dlm bidang pengurusan masa bercakap dalam suatu kumpulan yang terdiri drp ahli perniagaan yang berjaya. Beliau menggunakan satu analogi yang cukup mudah dan berkesan supaya mereka dapat ingat sampai bila2.

Beliau berdiri dan berkata, "OK, saya ada satu kuiz utk tuan-tuan," dan beliau mengambil sebuah balang yang bermulut luas dan meletakkan di atas meja. Seterusnya beliau mengeluarkan sedozen batu sungai yg sebesar penumbuk (batu besar) dan mengisi balang tersebut dgn batu itu dgn begitu cermat sekali sehingga balang itu penuh.

Apabila balang itu sudah penuh dan tiada lagi batu yang boleh muat ke dalamnya, beliau bertanya, "Adakah balang ini penuh?" Semua orang di dalam kelas itu menjerit serentak. "Ya". Pakar itu menjawab. "Anda pasti?". Kemudian beliau mengeluarkan pula batu2 kecil dr bawah meja dan memasukkan ke dalam balang dan menggoyangkan balang itu agar batu2 kecil memasuki celah2 batu besar. Sekali lagi beliau bertanya kepada hadirin, "Adakah balang ini penuh?".

Kali ini mereka spt was2. "Mungkin tidak" kata salah seorang drp mereka. "Bagus!" kata beliau. Sekali lagi dia mengambil sesuatu drp bawah meja dan mengeluarkan sepeket pasir dan memasukkan ke dalam balang itu. Pasir2 halus itu masuk ke celah2 ruang kosong antara batu besar dan batu kecil di dalam balang itu. Sekali lagi beliau bertanya, "Adakah balang ini penuh?" "Tidak!" jawab mereka hampir menjerit.

Sekali lagi beliau berkata, "Bagus!" .Kemudian beliau mengambil secawan kopi dan menuangnya ke dalam balang tersebut sehingga penuh dan bertanya kepada hadirin yang hadir, "Apakah maksud yang boleh diterangkan di sini?".

Salah seorang drp mereka bangun dan berkata, "maksudnya ialah walau bagaimana sibuk dan penuh pun jadual kita jikalau kita bekerja keras kita sentiasa boleh memasukkan lagi perkara2 yang lain dalam kehidupan kita!". Pakar pengurusan masa itu berkata, "Ada benar jugak apa yg kamu katakan itu, tetapi kebenaran di sini adalah lebih besar dan lebih berguna utk kita fikirkan: "Jika kamu tidak memasukkan dahulu batu yang besar itu ke dalam balang sebelum batu2 kecil dan pasir, kamu tidak akan dpt masukkan batu2 besar itu sampai bila-bila pun".

Sekarang, kita kena memikirkan apakah batu besar dalam kehidupan kita? Sebagai contoh batu besar itu seperti tanggungjawab kita kepada Allah seperti sembahyang, menjaga syariat, akidah, akhlak, menjaga keluarga, mengejar cita2, dan meneruskan pencapaian matlamat hidup.

Batu2 kecil dan pasir itu pula ibarat perkara2 lain yg biasa kita lakukan dalan kehidupan kita bersama rakan2 dan keluarga. Sebagai contoh beriadah, keluar bersama rakan2, pergi menonton wayang, main playstation dll.

Tiba2 seorang drpd. mereka bangun dan bertanya, "Apakah pulak maksud secawan kopi itu?". Pakar itu menjawab, "Walau sesibuk mana pun kamu, walau sepenuh mana pun jadual kerja kamu, luangkan sedikit masa untuk pergi minum kopi bersama2 dgn kawan2 kamu"…

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

10/22/2009

Aku Ditakdirkan Menjadi Jahat ?

Ada orang mengambil fahaman begini:
"Aku buat jahat, sebab Allah dah takdirkan aku buat jahat"

Ada pula yang kata begini:
"Kita ni, tak payah susah-susah buat baik, tak payah susah-susah usaha. Semuanya Allah dah tetapkan. Jadi kita buat aja suka hati. Allah yang tetapkan kita masuk syurga atau neraka. Itu semua Dia dah susun"

Ada yang percaya:
"Tak perlu studi, sebab keputusan periksa tu Allah dah susun semenjak azali"

Ya kah?

Saya sebenarnya suka untuk semua manusia memikirkan satu dimensi yang lain dari pemikiran-pemikiran di atas. Pada saya, orang yang berkata seperti di atas, tidak memahami kasih sayang Allah SWT secara sebenarnya kepada manusia. Memang takdir itu kepunyaan Allah SWT. Memang, Allah SWT tahu apa yang jadi pada masa hadapan. Memang, Allah SWT dah susun semuanya. Tapi antara kasih sayang Allah kepada manusia, adalah Allah SWT mengurniakan kepada manusia satu perkara:
Ikthtiar.

Ikhtiar yang diberi

Pastinya, ada jutaan ulama' lain yang boleh membahaskan perkara ini lebih baik daripada saya. Saya, hanya membahaskannya sebatas ilmu saya sahaja. Dan saya amat tahu, ilmu saya masih rendah dan tidak sempurna. Allah SWT, memberikan pada manusia ikhtiar.

Sebab itu Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu bergerak mengubah apa yang ada dalam diri mereka terlebih dahulu" Surah Ar-Ra'd ayat 11.

Allah SWT juga berfirman:
"Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah SWT, sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah SWT hanyalah orang-orang yang kufur" Surah Yusu ayat 87.

Di sini jelas bahawa, Allah SWT memberikan manusia kuasa untuk berusaha. Untuk apa usaha, andai semua perkara sudah tersusun dan ditentukan?

Tuduhan ke atas Allah

Pada saya, kata-kata: "Tidak perlu usaha, Allah dah susun semua" adalah satu tuduhan palsu kepada Allah SWT. Bukankah perkara itu, secara tidak langsung kita telah menyatakan bahawa Allah itu zalim?

Dan pernah terjadi pada zaman Saidina Umar Al-Khattab, seorang pencuri mencuri. Lantas, Saidina Umar menyuruhnya dibawa ke hadapannya. Pada zamannya, pencuri diberi keadilan yang amat tinggi. Hal ini kerana, pada zaman Saidina Umar ada berlaku musim kemarau yang panjang, sekitar 2-3 tahun. Zaman itu zaman kemarau, ramai rakyat jatuh miskin dengan teruk sekali. Semua pencuri akan ditanya terlebih dahulu kenapa mencuri. Jika kerana terlalu lapar, ketiadaan wang yang teramat, hingga memaksa diri mencuri, maka pencuri akan dilepaskan.

Maka, pencuri tadi ditanya:
"Kenapa kau mencuri? Adakah kerana kau tiada duit? Kerana terlalu lapar?"

Dia menjawab dengan satu jawapan yang aneh sekali: "Tidak. Bukan kerana sebab-sebab itu wahai Amirul Mukminin. Saya mencuri, hanya kerana Allah telah menyusunkan saya, mentakdirkan saya untuk mencuri"

Maka Saidina Umar Al-Khattab mengeluarkan arahan: "Potong tangan lelaki ini, dan sebatlah dia 40 kali"

Sahabat-sahabat ketika itu kehairanan dengan hukuman Umar. Mencuri, hukumnya potong tangan. Kenapa ditambah pula 40 sebatan? Lantas mereka bertanya akan hal itu. Saidina Umar menjawab:
"Potong tangan untuk kesalahannya mencuri tandap darurat. 40 sebatan adalah untuk tuduhannya ke atas Allah SWT"

Di sini jelas bahawa, Saidina Umar Al-Khattab juga mengingkari perkara ini. Kalau benar semua Allah SWT telah susun, dan manusia tidak perlu berusaha, maka Saidina Umar pastinya melepaskan lelaki itu dengan jawapannya.

Allah Maha Mengetahui

Allah itu Maha Mengetahui. Sebab itu, Allah SWT Maha Mengetahui Masa Hadapan kita. Adakah kerana Dia telah menyusun semuanya?

Seorang pensyarah berkata: "Sebenarnya, masalah ini masalah yang besar. Kerana ini adalah ilmu Allah SWT. Tiada siapa boleh bereksperimentasi dalam hal ini, untuk membuktikan kebenaran hipotesisnya. Tapi, saya boleh katakan begini berkenaan masalah Allah telah menyusun semua perkara. Sebenarnya, Allah SWT tidak menyusun semua perkara, tetapi Dia mengetahui semua perkara. Dia tahu kita akan pilih apa, Dia tahu apa akan jadi pada kita dengan pilihan kita, Dia tahu ke mana kita akan pergi dengan pilihan kita, dan begitulah Dia. Dia Maha Mengetahui"

Ya, siapa dapat membedah apa yang Allah SWT fikir? Dia pastinya jauh berbeza dengan kita. Allah SWT, tidak akan ada apa yang mampu menyamainya. Sedikit pun tidak menyamai apa yang diciptakan-Nya. Jadi bagaimana kita boleh mengetahui limit kekuasaan-Nya?

Tapi pada pendapat Dr Ahmad. Yakni Allah SWT mengetahui masa hadapan kita. Dia tahu kita bagaimana nanti. Ada dua pilihan, Allah tahu yang mana kita akan pilih. Allah SWT tahu apa akan jadi kepada kita dengan pilihan kita.

Tapi yang memilih, itu kita. Kita tidak tahu, apa yang Allah tahu

Orang akan kata: "Sama aja la kalau macam tu. Baik kita buat apa kita suka"

Em… Saya tak bersetuju la macam itu. Sebab, kita tidak tahu apa yang Allah tahu. Jadi, kita tak tahu apa akan jadi pada masa hadapan kita. Baik atau buruk, kita langsung tidak tahu. Sebab itu, kita perlu berusaha. Sangka baik kepada Allah SWT dengan apa sahaja yang berlaku dalam hidup kita.

Kalau nak baik, kita bergerak ke arah kebaikan, insyaAllah kita akan dapat kebaikan. Kalau nak buruk, kita bergerak ke arah keburukan, insyaAllah kita akan dapat keburukan. Allah SWT sendiri ada berfirman:

"Barangsiapa yang berbuat kebaikan walau sebesar zarah, maka dia akan dikira. Dan barangsiapa yang berbuat keburukan walau sebesar zarah, maka dia akan dirkira" Surah Al-zalzalah ayat 7-8.

"Tiada paksaan di dalam agama, tetapi telah jelas yang mana petunjuk dan mana yang bukan" Surah Al-Baqarah 256.

"Barangsiapa yang mencari jalan hidup selain Islam, tidak akan sesekali diterima daripadannya( amalannya) dan dia di akhirat kelak tergolong dari kalangan orang yang rugi" Surah Ali-Imran ayat 85.

Lihat, dan ada banyak lagi ayat di dalam Al-Quran yang menunjukkan ada ciri-ciri usaha, ikhtiar. Di tangan manusia usaha dan ikhtiar itu. Memang, Allah tahu apa akan jadi pada kita dengan pilihan kita. Tapi kita tak tahu. Jadi, dengan ketidak tahuan kita itu, kita disuruh berusaha dan memilih yang terbaik.

Natijah

Jadi, jangan fikir fasal nanti jadi apa, apa Allah dah susun pada aku. Itu semua ilmu Allah SWT. Natijah, kita serah pada dia. Tapi kita juga perlu selitkan sangka baik kita kepada Dia.

Allah SWT tidak akan memungkiri janji-Nya. Takkan yang buat baik, Dia suka-suka nak campak masuk neraka?

Namun, di atas dunia ni memang berlaku situasi-situasi macam ni:

"Aku belajar sungguh-sungguh, tapi dapat 3A je"
"Aku punya bisnes dengan jujur, tapi bankcrupt jugak"
"Aku punyala ikhlas sahabat dengan dia, tapi dia tikam aku dari belakang"

Situasi-situasi macam ni, jangan kita salah anggap yang Allah dah takdirkan keburkan pada kita. Sebenarnya, itu semua ujian sahaja. Ujian sahaja. Kena faham yang itu. Dan ujian-ujian itu ada hikmahnya. Nak mengingatkan kita kepada kehidupan kita, nak dekatkan kita kepada Allah, nak ujia keimanan kita. Saya dah banyak cakap benda ni dalam post-post yang lepas.

Jadi, kita usaha. Sebab itu, kita selalu kata:

"Usaha di tangan manusia, natijah di tangan Allah, dan apa yang Allah beri itu yang terbaik"

Jadi, terus berusaha. Mana la tahu, dari runtuhan kegagalan kita, kita mampu membina bangunan kejayaan yang tinggi. Dan ketahuilah, dalam hidup memang akan ada ujian. Ujian dengan kehidupan, adalah kembar tidak seiras.

Penutup

Yakinlah, bersangka baiklah dengan Allah SWT. Allah SWT suruh kita tidak berputus asa pada rahmatNya. Allah SWT kata, Dia tidak akan mengubah nasib kita, melainkan kita tidak bergerak mengubah diri kita. Allah SWT kata, tiadak paksaan dalam agama, kita boleh pilih mana kita suka, tetapi dah jelas mana baik buruk. Allah kata, siapa buat baik dibalas kebaikannya, siapa buat buruk, dibalas keburukannya.

Semua tu, Allah yang kata. Dan Allah SWT, tidak memungkiri janjinya.

"Dan sesungguhnya janji-janji Allah itu benar…" Surah Ar-Rum ayat 60.

Jadi, kenapa kita memilih untuk tidak berusaha meraih janji-janji- Nya?

Manusia yang tidak berusaha ni, layaknya kita panggil zombi. Dia mayat sebenarnnya, tapi terhidup pula. Mayat, tak payah usaha. Manusia ni kena berusaha, usaha dan usaha.

Bila boleh berhenti usaha?
Bila dah mati sahaja.

Jadi, bersangka baiklah kepada Allah. Yakinlah dengan semua kata-kata-Nya. Dia tidak akan menzalimi diri kita. Tetapi, manusialah yang sering menzalimi diri mereka sendiri. Beri pelbagai alasan, itu dan ini.


IsLaM ThE WaY oF LiFe...