SaHaBaT

6/16/2011

LinK DoWnLoaD NoVeL HaBiBuRRaHMaN

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia kepada kalian yang sudi berkunjung kembali ke blog PaRaDoX oF eLaKSaMaNa yang insyallah berinformasi ini. Semoga segala informasi di sini dapat memberikan 1001 manfaat kepada kita semua. Terutama informasi mengenai sejarah-sejarah lampau dan pendedahan kebenaran yang tersirat. Ini kerana dengan segala informasi ini, kita akan lebih berhati-hati di masa hadapan dalam menjalani kehidupan. Kita tinggalkan seketika segala isu2 yang timbul pada masa ini. Apakata kita berehat sebentar sambil membaca novel. elaksamana juga sebenarnya kaki novel, namun tidak semua novel yang elaksamana minat membaca. Antara novel yang paling berpengaruh dalam hidup elaksamana ialah novel karya sasterawan islamik, Habiburrahman El-Shirazy. Banyak novel2 karya beliau yang elaksamana beli dan baca. Jadi sewaktu sedang melayari internet untuk mengetahui projek novel terbaru Habiburrahman El-Shirazy, elaksamana terjumpe suatu blog yang memberikan akses kepada kita untuk mendownload novel2 Habiburrahman secara PDF atau WORD. Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang. Di sini elaksamana sertakan beberapa link untuk mendownload novel2 tersebut. Selamat membaca novel maya, boleh juga diprint dan dibinding bersama utk dijadikan koleksi anda.

Wassalam

AYAT-AYAT CINTA
http://www.ziddu.com/downloadlink/1414770/AAC.pdf


KETIKA CINTA BERTASBIH - episod 1
http://www.ziddu.com/download/1409901/ketika_cinta_bertasbih_Full.pdf.html

KETIKA CINTA BERTASBIH - episod 2

Bab 1 - 2 :
http://www.ziddu.com/downloadlink/1414834/KetikaCintaBertasbih2Bab1-2.pdf
Bab 3 - 5 :
http://www.ziddu.com/downloadlink/1414853/KetikaCintaBertasbih2Bab3-5.pdf
Bab 6 - 8 :
http://www.ziddu.com/downloadlink/1414871/KetikaCintaBertasbih2Bab6-8.pdf
Bab 9 - 11 :
http://www.ziddu.com/downloadlink/1449370/Ketika_Cinta_Bertasbih_Episode_2Bab9-11.pdf
Bab 12 - 14 :
http://www.ziddu.com/downloadlink/1456280/Ketika_Cinta_Bertasbih_Episode_2Bab12-14.pdf
Bab 15 - 17 :
http://www.ziddu.com/downloadlink/1456283/Ketika_Cinta_Bertasbih_Episode_2Bab15-17.pdf
Bab 18 - 20 :
http://www.ziddu.com/downloadlink/1456294/Ketika_Cinta_Bertasbih_Episode_2Bab18-20.pdf
Bab 21 - 24 :
http://www.ziddu.com/downloadlink/1456299/Ketika_Cinta_Bertasbih_Episode_2Bab21-24.pdf
Bab 25 - tamat :
http://www.ziddu.com/downloadlink/1456304/Ketika_Cinta_Bertasbih_Episode_2Bab25-Tamat.pdf


NOVEL-NOVEL HABIBURRAHMAN YANG LAIN

DALAM MIHRAB CINTA
http://www.ziddu.com/downloadlink/1414783/DalamMihrabCinta.rar

MAHKOTA CINTA
http://www.ziddu.com/downloadlink/1414793/MahkotaCinta.rar

TAKBIR CINTA ZAHRANA
http://www.ziddu.com/downloadlink/1414816/TakbirCintaZahrana.rar

PUDARNYA PESONA CLEOPATRA
http://www.ziddu.com/downloadlink/1414881/PudarnyaPesonaCleopatra.pdf

DI ATAS SEJADAH CINTA
http://www.ziddu.com/downloadlink/1414885/DIATASSAJADAHCINTA.pdf

KETIKA CINTA BERBUAH SYURGA
http://www.ziddu.com/downloadlink/1486404/Habiburrahman_Ketika_Cinta_berbuah_surga.pdf

NYANYIAN CINTA
http://www.ziddu.com/downloadlink/1486437/Habiburrahman_Nyanyian_Cinta.pdf

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

6 STaDiuM PeLiK DuNia

1. Stadium Vesturi á Eiðinum


Stadium ini digunakan untuk perlawanan bola di kawasan berpulau-pulau. Lokasi stadium ini adalah di Pulau Faroe, boleh menampung penonton dengan kapasiti 3000 orang. Apa yang menariknya ialah, terdapat beberapa orang akan ditugaskan untuk mengutip bola yang disepak keluar dan terjatuh ke atas laut.

2. Stadium Terapung Marina Bay, Singapura.

Stadium terapung terbesar di dunia ini terdapat di Singapura. Padang stadium ini diperbuat dari pelampung sebenar. Padang terapungnya memiliki panjang 120 meter, lebar 83 meter. Padang ini mampu menganggung bebanan seberat 1.070 tan (sama berat dengan 9000 orang). Manakala tempat duduk penonton boleh menampung kapasiti 30 000 orang.

3. Stadium Osaka

Stadium ini sebenarnya digunakan untuk perlawanan besbol di Naniwaku, Osaka, Jepuun. Sebelumnya stadium ini merupakan stadium latihan bagi kumpulan besbol Nankai Hawks, namun akhirnya mereka berpindah mengadakan latihan di stadium Heiwadai tahun 1988 dan menyebabkan stadium ini tidak digunakan. Akhirnya kawasan dalam stadium ini telah dijadikan kawasan perumahan. Kerana tidak digunakan dan stadium itu menjadi usang, maka stadium Osaka ini dirobohkan pada 1998 bagi memberi laluan kepada pembinaan pusat membeli-belah di tapak stadium tersebut.

4. Stadium Melawan Graviti

Tidak dapat dipastikan di mana lokasi padang bola senget ini dan adakah ianya digunakan untuk perlawanan bola.

5. Stadium Eko Janguito Malucelli


Stadium Eko-hijau Janguito Malucelli ini terletak di wilayah Curitiba, Brazil. Stadium ini terkenal kerana menjadi stadium yang pertama diisytihar sebagai stadium mera alam di Brazil. Tempat duduk penonton pula dibina di atas cerun bukit di sekeliling stadium.

6. Stadium Braga


Stadium ini terletak di wilayah Braga, Portugal. Stadium ini dibangunkan bersebelahan dengan negara Monaco (Monte Carlo) yang menghadap ke kota Braga. Rekabentuk stadium ini merupakan salah satu dari rekabentuk tamadun suku Inca kuno Amerika Selatan. Proses pemindahan batu besar sahaja menelan pembiayaan sebanyak 83.1 juta Euro. Lebih besar dari pembiayaan pembinaan stadium untuk Euro 2004.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

RuMaH DiPeRBuaT DaRi PeSaWaT





Sebuah rumah pesawat yang mewah dan lengkap.








IsLaM ThE WaY oF LiFe...

MiNuMaN KeSiHaTaN DaRi BaNgKai ULaR

Assalamualaikum w.b.t., salam sejahtera dan salam 1Dunia kepada kalian yang sudi berkunjung ke teratak berinformasi PaRaDoX oF eLaKSaMaNa ini, semoga segala perkongsian di blog ini akan memberikan 1001 pengajaran, ilmu dan pengetahuan dalam kita mengetahui isu2 di masa kini dan perkara-perkara yang pelik berlaku di seluruh dunia. Kita tinggalkan sebentar tentang isu2 berkaitan sejarah, mari kita sama-sama merehatkan minda dari berfikir secara berat dengan menatap foto-foto yang elaksamana dapatkan dari sumber yang boleh dipercayai, insyallah. Apakah dia di dalam botol2 di bawah ini? Tak lain tak bukan adalah bangkai ular dan kala jengking.

Ini merupakan salah satu dari jenis minuman kesihatan dan ubat kuat yang tidak pasti dihasilkan di mana. Namun kita dapat lihat di dalam gambar, terpampam jelas bangkai ular pelbagai jenis dan juga bangkai kala jengking yang dijadikan jeruk/minuman kesihatan dan ubat kuat. Macam-macam benda pelik dalam dunia kita ni, benda macam ni pun boleh dijadikan minuman. Tak padan dengan makan ular, biawak, kala jengking, dan bermacam jenis serangga, boleh pulak mereka buat air jeruk binatang berbisa semacam ini, he3x... Apapun jom kite tengok koleksi gambar berkaitan isu minuman binatang berbisa ini. Jumpe lagi, Wassalam...














IsLaM ThE WaY oF LiFe...

SeJaRaH HaRi BaPa & TaRiKHNya

HARI BAPA

Hari Bapa merupakan suatu hari yang bertujuan untuk menghargai sumbangan dan pengorbanan seorang bapa. Ia biasanya disambut pada ahad ketiga setiap bulan Jun di kebanyakan negara di dunia. Ia merupakan sambutan yang mempunyai persamaan dengan sambutan hari ibu.

SEJARAH

Hari Bapa ini merupakan hari menghargai jasa dan pengorbanan seorang ayah dan mula disambut secara meluas pada awal abad kedua puluh untuk menyamakannya dengan sambutan Hari Ibu. Perayaan ini diadakan adalah untuk meraikan seorang ayah yang gigih mengasuh dan memberi nafkah kepada anak-anaknya. Hari Ayah dirayakan dalam pelbagai tarikh di seluruh dunia dan biasanya melibatkan pemberian hadiah, makan malam khas untuk ayah, dan aktiviti keluarga.

Kali pertama Hari Ayah disambut ialah di Fairmont, West Virginia pada tarikh 5 Julai 1908. Ianya telah dianjurkan oleh seorang paderi wanita bernama Grace Golden Clayton, yang ingin merayakan golongan 210 kaum bapa yang telah hilang dalam bencana di pekan Galian Monongah beberapa bulan sebelumnya di Monongah, West Virginia pada 6 Disember 1907. Ada pendapat ahli antropologi mengatakan berkemungkinan Clayton dipengaruhi oleh perayaan pertama Hari Ibu tahun yang sama, dan mengambil inisiatif untuk mewujudkan perayaan hari bapa pula. Clayton memilih hari Ahad yang merupakan hari terdekat dengan hari ulang tahun ayahnya baru meninggal sewaktu itu.

Malangnya, hari itu bertindih dengan tarikh peristiwa lain di bandar West Virginia itu. Ianya tidak didaftarkan secara rasmi oleh Datuk Bandar waktu ketika itu dan mengakibatkan sambutan ulangtahun bapa tidak lagi disambut selepas tahun tersebut. Namun begitu, sambutan hari bapa ini dihidupkan kembali oleh seorang insan bernama Sonora Dodd dari pekan Spokane. Beliau mencipta sendiri hari bapanya dan dirayakan 2 tahun selepas perayaan hari bapa yang pertama oleh Grace Golden Clayton. Sonora Dood mendapat inspirasi untuk merayakan hari bapa ini berdasarkan Hari Ibu Jarvis.

Bagaimanapun perayaan ini dilupakan sekali lagi sehinggalah pada tahun 1972. Seorang pegawai kepada presiden Nixon telah berusaha untuk menghidupkan kembali perayaan hari bapa di US. Perayaan ini kini diadakan setiap tahun di Gereja Central United Methodist Church iaitu di perkarangan bekas bangunan Williams Memorial Methodist Church Episcopal, South, yang sudah diruntuhkan pada tahun 1922. Bangunan Fairmont sekarang dikenali sebagai "Home of The First Father’s Day Service".

Perakuan Cuti Umum telah mula pertama kali diperkenal di Kongres pada tahun 1913. Pada tahun 1916, Presiden Woodrow Wilson telah berhasrat untuk berkunjung ke Spokane untuk berucap sempena perayaan Hari Bapa secara rasminya, tetapi pihak Kongres menolak kerana dibimbangi hari tersebut dianggap cuti umum kepada awam. Calvin Coolidge, Presiden Amerika Syarikat pada tahun 1924 juga telah menyarankan kepada awam untuk merayakan hari bapa ini secara tidak rasmi namun beliau tidak mengeluarkan proklamasi kebangsaan ke atas hari bapa ini. Dua usaha terdahulu oleh dua orang presiden AS untuk mengisytihar Hari Bapa sebagai hari rasmi negara tidak diluluskan oleh Kongres. Pada tahun 1957,Senator Margaret Chase Smith menulis sebuah proposal mengatakan bahawa Kongres mengabaikan jasa dan pengorbanan kaum bapa selama 40 tahun sementara menghormati ibu. Pada tahun 1966, Presiden Lyndon B. Johnson mengeluarkan proklamasi presiden pertama yang mengisytiharkan jasa dan pengorbanan kaum bapa dan proklamasi itu menyatakan bahawa pada setiap Ahad yang ketiga dalam bulan Jun diisytiharkan sebagai Hari Bapa. Enam tahun kemudian, hari itu disenaraikan sebagai hari cuti kebangsaan.

Selain Hari Ayah, Hari Lelaki (Men’s Day) turut dirayakan di beberapa buah negara pada tarikh 19 yang dikhaskan untuk lelaki dan kanak-kanak lelaki yang masih belum bergelar seorang bapa.

DIKOMERSIALKAN

Persatuan Peruncit Pakaian Lelaki di New York telah berjaya mengajurkan perayaan hari bapa di Bandar New York pada sekitar tahun 1930-an, yang akhirnya pada tahun 1938 persatuan itu telah diganti nama kepada National Council for the Promotion of Father’s Day dan ianya disertai oleh beberapa buah lagi badan perindustrian dan perdagangan di bandaraya itu. Pertubuhan ini telah bertindak untuk mempromosikan perayaan hari bapa secara yang lebih sistematik termasuk untuk meningkatkan penjualan pakaian lelaki sewaktu kempen perayaan itu diadakan. Pertubuhan ini mendapat sokongan dari Dodd iaitu insan kedua memperkenalkan perayaan hari bapa.Dodd bolehlah dianggap sebagai lawan kepada Anna Jarvis, seorang aktivis yang aktif menentang sambutan Hari Ibu suatu ketika dahulu.

Para peniaga turut mengambil kesempatan diatas usaha untuk memperkenalkan perayaan hari bapa ini. Mereka turut sama mengiklankan produk mereka bersempena dengan perayaan hari bapa itu. Masyarakat juga terpengaruh dengan pengiklanan tersebut dan mereka turut sama membelikan hadiah untuk bapa masing-masing dan akhirnya tradisi memberi hadiah kepada bapa pada hari bapa menjadi kebiasaan. Pada tahun 1937, Father’s Day Council mengeluarkan kajian mereka yang menurut mereka 1 daripada 6 orang ayah telah menerima hadiah sewaktu sambutan hari bapa yang dianjurkan. Namun, pada 1980-an, pertubuhan itu telah mengisytiharkan bahawa mereka telah mencapai tujuan mereka. Malah perayaan tersebut telah diadakan selama 3 minggu berturut-turut dengan pelbagai aktiviti keluarga yang menarik dan perayaan tersebut lebih dikenali sebagai krismas kedua (Second Christmas). CEO syarikat ITS yang sering mengajurkan sambutan hari bapa ini telah mengatakan bawah sekiranya usaha ke arah mewujudkan hari bapa tidak dijalankan selepas tahun 1949, berkemungkinan besar sambutan hari bapa itu tidak akan wujud.

TARIKH HARI BAPA SEDUNIA

Hari Bapa banyak disambut secara rasmi di seluruh dunia malah terdapat beberapa buah negara menjadikannya cuti umum sebagai penghargaan yang besar kepada kaum bapa.

KALENDAR MASEHI

Tempoh

Tarikh

Negara


23 Feb

Rusia (Defender of the Fatherland Day)


19 Mac

Andorra (Dia del Pare)
Bolivia
Honduras
Itali (Festa del Papà)

Liechtenstein
Portugal (Dia do Pai)
Sepanyol (Día del Padre, Dia del Pare, Día do Pai)
Wilayah Antwep di Belgium


30 Mac

Oman

Ahad kedua bulan Mei

9 Mein2010
8 Mei 2011
13 Mei 2012

Romania (Ziua Tatălui)


8 Mei

Korea Selatan (Hari Ibubapa)

Ahad ketiga bulan Mei

16 Mei 2010
15 Mei 2011
20 Mei 2012

Tonga

Hari penyingkiran Jesus dari syurga

13 Mei 2010
2 Jun 2011
17 Mei 2012

Jerman

Ahad pertama bulan Jun

6 Jun 2010
5 Jun 2011
3 Jun 2012

Lithuania (Tevo diena)
Switzerland


5 Jun

Denmark

Ahad kedua bulan Jun

13 Jun 2010
12 Jun 2011
10 Jun 2012

Austria
Belgium

Ahad ketiga bulan Jun

20 Jun 2010
19 Jun 2011
17 Jun 2012

Afghanistan
Antigua dan Barbuda
Argentina
Bahamas
Bahrain
Bangladesh
Barbados
Belize
Bermuda
Brunei
Bulgaria
Kanada
Chile

China Colombia
Costa Rica
Croatia
Cuba
Cyprus
Czech
Ecuador
Ethiopia
Perancis
Ghana
Greece

Guyana
Haiti
Hong Kong
Hungary
India

Ireland
Jamaica
Jepun
Malaysia
Malta
Mauritius
Mexico

Myanmar
Namibia
Netherlands
Nigeria
Pakistan
Panama
Paraguay
Peru

Filipina
Puerto Rico
Saint Lucia
Saint Vincent dan the Grenadines

Singapura
Slovakia
Africa Selatan
Sri Lanka
Trinidad dan Tobago
Turki
United Kingdom
Amerika Syarikat

Venezuela
Zambia
Zimbabwe


17 Jun

El Salvador

Guatemala

Sebelum hari pertama musim panas

21 Jun

Lubnan

Hari pertama musim panas

21 Jun

Mesir
Jordan
Syria
Uganda


23 Jun

Nicaragua

Poland

Ahad kedua bulan Julai

11 Julai 2010
10 Julai 2011
8 Julai 2012

Uruguay

Ahad terakhir bulan Julai

25 Julai 2010
31 Julai 2011
29 Julai 2012

Republik Dominican

Ahad kedua bulan Ogos

8 Ogos 2010
14 Ogos 2011
12 Ogos 2012

Brazil
Samoa


8 Ogos

Taiwan

Ahad pertama bulan September

5 Sep 2010
4 Sept 2011
2 Sept 2012

Australia
Fiji

New Zealand

Papua New Guinea

Ahad ketiga bulan september

19 Sept 2010
18 Sept 2011
16 Sept 2012

Ukraine


23 Ogos

Nepal Bwaako Mukh Herne Din ou बुवाको मुख हेर्ने दिन (कुशे औंशी)

Ahad pertama bulan Oktober

10 Okt 2010
2 Okt 2011
7 Okt 2012

Luxembourg


12 November

Indonesia

Ahad kedua bulan November

14 Nov 2010
13 Nov 2011
11 Nov 2012

Estonia
Finland
Iceland

Norway

Sweden


5 Disember

Thailand (Ulangtahun Kelahiran Raja Bhumibol)


26 Disember

Bulgaria

KALENDAR ISLAM

Tarikh Kalendar Islam

Contoh tarikh

Negara

13 Rejab

16 Jun 2011

Iran

Pakistan



IsLaM ThE WaY oF LiFe...

6/15/2011

SeRaNGaN SiBeR KeaTaS MaLaYSia ?

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia buat kalian yang sudi berkunjung ke laman blog elaksamana ini. Pada kali ini kita akan berbicara mengenai sebuah kisah yang hangat diperdebatkan sekarang, terutama oleh para peminat siber dan pencinta kebebasan internet. Kisah ini amat berlainan dengan kisah2 politik, ekonomi dan sosial yang lain kerna ianya membabitkan penggunaan alam maya internet yang boleh dikatakan abstrak. Pada 10 Jun 2011 baru-baru ini, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengumumkan bahawa mereka telah menyekat beberapa buah laman web yang dianggap bercanggah dengan akta SKMM. Berikut merupakan petikan yang dikeluarkan oleh SKMM melalui Bharian.com. :

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menyatakan ia menerima permintaan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Keenggunaan untuk mencegah capaian kepada laman web yang didapati melanggar Akta Hakcipta 1987.

Dalam satu kenyataan hari ini, SKMM menyatakan pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sudah dimaklumkan mengenai permintaan itu dan tindakan sedang diambil secara berperingkat.

Menurut SKMM, di bawah akta itu pemegang lesen berkewajipan membantu SKMM mencegah perbuatan melakukan kesalahan atau percubaan melakukan kesalahan.

“Sehubungan itu, pematuhan kepada undang-undang ini tidak harus diertikan sebagai penapisan. Butiran lanjut mengenai penguatkuasaan Akta Hakcipta 1987 boleh didapati daripada kementerian,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Justeru SKMM telah menyekat beberapa buah laman web yang dilihat bercanggah dengan akta tersebut. Terdapat 10 buah laman web yang ditutup capaiannya oleh orang awam antaranya ialah :

Http://www.warez-bb.org
Http://www.thepiratedbay.org
Http://www.movie2k.to
Http://www.megavideo.com
Http://www.putlocker.com
Http://www.depositfiles.com
Http://www.duckload.com
Http://www.fileserve.com
Http://www.filestube.com
Http://www.megaupload.com

Berikut merupakan surat pekeliling oleh SKMM mengenai penutupan beberapa buah laman web di atas : (klik untuk perbesarkan imej)


Akibat dari tindakan kerajaan yang menutup laman web ini, sekumpulan Hacker atau penggodam laman internet yang menggelar diri mereka Anonymous memberikan amaran kepada kerajaan Malaysia bahawa mereka akan mencuba untuk menyerang portal kerajaan Malaysia pada hari Rabu jam 7.30 petang waktu GMT atau hari khamis jam 3.30 petang waktu Malaysia. Portal yang dimaksudkan ialah www.malaysia.gov.my. Operasi ini dinamakan sebagai Operation Malaysia.

Imej yang diperolehi dari http://i.imgur.com/PTFWh.png.

Berikut merupakan mesej yang disampaikan oleh kumpulan hacker Anonymous ini melalui video klip di Youtube :

Greetings, Malaysia, We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world's strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favour.

Sila klik link ini untuk menonton video ancaman serangan siber ke atas Malaysia oleh hacker Aonymous ini : http://www.youtube.com/watch?v=6BHYPqmDyyM

Pelbagai sebab mengapa mereka ingin memberikan pengajaran kepada kerajaan Malaysia di mana menurut mereka, kerajaan telah menyekat kebebasan pengguna internet untuk menggunakan internet. Ini kerana baru-baru ini SKMM telah menyekat banyak website-website download untuk dilayari oleh rakyat Malaysia. Malah menurut mereka kerajaan Malaysia dianggap antara kerajaan paling strict dalam mengongkong rakyatnya dengan pelbagai akta. Gambar di atas tadi merupakan satu imej notis yang disampaikan oleh Anonymous kepada Malaysia.

Adakah mereka akan berjaya? Kehebatan jabatan yang bertanggungjawab menjaga keselamatan sistem rangkaian internet akan teruji esok seandainya serangan tersebut benar. Malah kehebatan hacker-hacker di SKMM serta hacker pro-kerajaan lain akan teruji pada esok hari. Negara Turki juga pernah menerima serangan siber dari penggodam dinamakan sebagai Anonymous ini sehingga menjejaskan sistem rangkaian data negaranya. Bagaimanapun seramai 32 hacker yang disyaki ahli kepada pertubuhan Hacker Anonymous ini telah berjaya diberkas dan siasatan masih lagi dijalankan. Kita nantikan kemunculan hacker Anonymous esok sekiranya dakwaan serangan itu benar.
Wassalam...

Sumber :
http://www.princestylo.com/10-senarai-laman-web-download-yang-disekat-smm-blog-pun-kena/
http://www.lowyat.net/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=4583&Itemid=1 http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2011%2F6%2F14%2Fnation%2F20110614081623&sec=nation

P/S : Baik la SKMM block laman2 web lucah luar & dalam negara yang berlambak, atau sekat laman web yang menghina agama islam, menghina ulama'.... Ada faedahnya juga....

IsLaM ThE WaY oF LiFe...