SaHaBaT

5/30/2011

HaLaL BeeR DiHaRaMKaN

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1 Dunia buat kalian yang sudi berkunjung lagi ke blog PaRaDoX Of eLaKSaMaNa ini. Pada kali ini elaksamana ingin berkongsi dengan kalian semua tentang sebuah berita yang sungguh mengejutkan kita. Jika segala maklumat ini benar, maka umat islam di seluruh Malaysia harus berhati-hati dengan minuman seperti ini. Sewaktu elaksamana sedang membaca berita dari Yahoo Malaysia, terpandang sebuah berita yang bertajuk Muslims advised against drinking halal beer. Rupanya memang betul ada orang berkata bahawa bir halal ni ada rasa macam bir betul sebab sekejap saje disimpan, bir tersebut akan rasa masam seperti bir.

Halal Beer ataupun bir halal ini telah diperkenalkan di Malaysia ‘negara islam’ sewaktu Festival Halal Malaysia ke-6 pada tahun 2010. Sewaktu festival ini berlangsung, masyarakat islam agak terkejut dengan pengenalan sebuah produk yang kelihatan sedikit pelik berbanding produk biasa di pasaran. Produk ini dinamakan Halal Beer yang menurut jurucakap syarikatnya, kandungan alkohol di dalam minuman tersebut sangat rendah dan tidak memberikan kesan kepada peminum. Dikatakan bahawa kandungan alkoholnya sekitar 0.01% kepekatan sahaja. Namun setelah beberapa bulan diperkenalkan, kewujudan dan pemasaran produk dari timur tengah itu menjadi sedikit keraguan. Pihak Jabatan Agama Islam Johor telah berusaha mengambil inisitif untuk mengkaji adakah benar kandungan alkohol di dalam minuman tersebut benar-benar sedikit.

Pengenalan Halal BEER di Festival Halal Malaysia Ke-6 2010

Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan, kandungan alkohol di dalam minuman atau makanan yang dibenarkan islam hanyalah pada kadar kurang dari 0.01 peratus kepekatan. Namun alkohol yang dibenarkan itu bukanlah alkohol yang ditambah, tetapi alkohol yang sudah semulajadi berada di dalam makanan/minuman tersebut. Sekiranya minuman/makanan itu mempunyai kandungan alkohol lebih dari 0.01 peratus, maka ianya menjadi haram untuk dimakan/diminum walaupun ianya dihasilkan secara semulajadi. Menurut kajian yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Johor melalui makmal swasta, didapati bahawa kandungan kepekatan alkohol didalam minuman Halal Beer pelbagai jenis ini adalah pada kadar 0.5 peratus kepekatan menjadinya haram untuk diminum oleh umat islam. Justeru, pihak JAIJ telah mengajukan persoalan ini kepada pihak JAKIM dan pihak Kastam Diraja Malaysia untuk menyekat penjualan dan pengimportan bahan minuman seperti ini.


Menggunakan Jurucakap Dari Negara Arab Bagi Meyakinkan Pengguna Islam

Menurut Wikipedia, minuman yang dibawah paras 0.5 % kepekatan alkohol ini dikenali sebagai minuman separa alkohol yang menghampiri alkohol dan kandungan alkoholnya dibawah paras 0.5 % kepekatan. Antara jenis minuman yang mengandungi paras alkohol bawah 0.5% kepekatan ialah slurpee, milkshake, sesetengah jenis tea, nestea dan sebagainya. Namun definisi ini merupakan definisi mengikut Wikipedia dan berdasarkan tempat kajiannya iaitu di negara luar bukannya di Malaysia. Di Malaysia, insyallah minuman yang dihalalkan JAKIM halal untuk diminum. Tetapi untuk mengelakkan kemaslahatan di masa hadapan, elakkan ambil minuman yang pelik dan jarang diminum orang islam. Malah menurut pakar perubatan, minuman berkarbonat juga tidak elok dan tidak sihat untuk diminum dan diamalkan pemakanannya oleh manusia. Pertama kerana paras gulanya yang tinggi dan mengandungi gas yang tidak elok dengan perut manusia.


Maka, wahai umat islam sekalian yang rasa dirinya betul-betul islam dan suka untuk mengamalkan cara hidup islam, marilah sama-sama kita mengambil tindakan dengan tidak cuba meminum minuman seperti ini. Banyak jenis lagi minuman berkarbonat yang boleh kita minum. Tidak perlulah mengambil benda syubhah dalam hidup kita, kerana Rasullullah S.A.W dan Allah Taala telah memerintahkan umat islam untuk mengelak benda-benda syubhah tambahan lagi yang melibatkan makan, minum dan rezeki kita. Semoga kita sentiasa di dalam rahmatNya, insyallah. Di bawah ini merupakan petikan berita dari Yahoo News berkenaan dengan kandungan alkohol berlebihan di dalam Halal Beer ini. Artikel ini dialih bahasa dari english ke Bahasa Melayu.
Wassalam….
'Ustaz' Najib Sedang Minum Halal BEER

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata bahawa menurut penyataan syarikat minuman tersebut, minuman ini hanya mengandungi 0.01 peratus kandungan alkohol. Walhal menurut kajian yang dijalankan oleh makmal swasta mengenalpasti bahawa kandungan alkohol di dalam minuman ini melebihi 0.5 peratus alkohol.


Beliau telah mengarahkan kepada pihak Jawatankuasa Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan juga majlis agama di setiap negeri untuk mengadakan sekatan dan larangan minuman jenis ini dijual secara terbuka dan bebas di semua kedai-kedai.

"Pihak kerajaan turut telah mengarahkan kepada pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk menyiasat mengenai hal ini," beliau berucap di dalam sidang akhbar selepas perasmian penutup program "Juara Rakyat" di padang permainan Sungai Karangan pada petang kelmarin.

Sebuah akhbar perdana menyatakan bahawa beer "halal" ini popular di kalangan sesetengah orang melayu islam (di dalam ICnya) dan penjualannya secara meluas telah dikenalpasti oleh Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) baru-baru ini.

Menurut sumber yang dikenalpasti, pihak JAIJ telah mengambil contoh minuman tersebut dan setelah dijalankan kajian, pihak JAIJ dapat mengenalpasti bahawa minuman yang mempunyai pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi lebih 0.5 peratus kandungan Alkohol aktif.

JAIJ telah mengajukan laporan berkenaan dengan hal ini kepada pihak Jakim dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut, termasuk memberhentikan penjualan minuman tersebut secara terbuka kepada umat islam.

Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsuddin telah menyatakan bahawa pihak Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hanya membenarkan paras alkohol di dalam makanan pada tahap 0.01 peratus sahaja iaitu tidak memabukkan seandainya diminum atau dimakan.

Beliau turut memberikan kenyataan bahawa kandungan alkohol di dalam makanan hanya dibenarkan oleh agama islam pada tahap yang amat sedikit, iaitu apa yang ada di dalam kandungan minuman atau makanan itu secara semulajadi dan tidak ditambah alkohol tambahan.

Beer "halal" ini telah diimport dari negara-negara dari timur tengah, dan boleh didapati di mana-mana kedai dan diklasifikasikan sebagai minuman halal. Harganya dijual sekitar RM3 hingga RM5 sebotol.

“Untuk mengelakkan perkara syubhah dari masuk ke dalam perut, umat islam di seluruh Malaysia dinasihatkan tidak meminum minuman ini buat seketika ini sebelum keputusan muktamad dikeluarkan oleh pihak Jawatankuasa Fatwa Malaysia.

Susah Nak Membezakan Arak & Halal Beer,
Maka Berleluasalah Peminum Arak di Khalayak Umum

Sumber Rujukan :

http://news.malaysia.msn.com/regional/article.aspx?cp-documentid=4884507
http://www.asia-consulting-advice.com/beer.html
http://www.freemalaysiatoday.com/2011/05/29/dont-drink-halal-beer-muslims-told/
http://en.wikipedia.org/wiki/Non-alcoholic_beverage


P/S : Memang dari awal lagi dah diragui kesahihan 'halal' minuman ni, kadang-kadang pengeluar mengeksploitasikan logo halal, nama syarikat ala2 islamik dan nama negara islam sebagai pengeluar untuk menarik pembeli dari kalangan umat islam. Yang pasti ni semua agenda yahudi supaya kita biasa dengan perkataan Beer dan jika berterusan, umat islam tidak akan pelik melihat orang islam minum arak di khalayak ramai kerana mereka akan beranggapan mereka meminum beer halal sedangkan arak yang sedang mereka minum. Sungguh licik permainan yahudi laknatullah. Banyak lagi minuman lain yang boleh diminum dan tidak kurang sedapnya berbanding beer halal ni.


IsLaM ThE WaY oF LiFe...

DaGinG LeMBu TiRuaN ?

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia buat kalian yang sudi berkunjung ke laman blog berinformasi NuKiLaN KeHiDuPaN ini. Semoga segala ilmu yang didapati dari blog ini akan bermanfaat kepada kita semua dan dapat kita sebarkan kepada sahabat-sahabat yang lain yang tidak berkesempatan untuk membaca dan mengetahuinya. Sebarlah ilmu yang bermanfaat itu walaupun ianya hanya sepatah ayat sahaja. Pada kali ini kita akan berbicara mengenai sebuah kisah yang sungguh mengejutkan kita semua. Nasib baik kisah ini masih belum ada di Malaysia, di masa depan tidak dapat dipastikan kerana semuanya takdir Allah Taala.

Kalau di Malaysia baru-baru ini heboh cerita mengenai kisah penciptaan telur tiruan di pasaran dan telur tersebut dijual di pasaran oleh pihak tidak bertanggungjawab. Namun setelah diadakan siasatan termasuk oleh Kementerian Kesihatan, telah didapati bahawa telur itu bukan telur tiruan tetapi telur yang paling rendah gred kualitinya dan biasanya tidak dijual di pasaran awam. Diharapkan agar maklumat itu betul. Menurut Kementerian Kesihatan, telur tiruan yang menggunakan bahan kimia tiruan tidak mungkin dapat dijual dengan harga yang amat murah sebab proses kimian dan bahan kimia yang digunakan akan menelan belanja kos yang besar.

Tetapi maklumat terbaru, bukan sahaja telur telah cuba ditiru, malah terdapat sekelompok masyarakat di negara China telah berjaya membuat daging lembu tiruan iaitu dengan menjadikan daging babi/khindzir menjadi daging lembu. Di China, harga daging lembu sungguh mahal berbanding harga khindzir kerana tidak ramai yang menternak lembu kerana kos menternak lembu dan juga kaedah menternak lembu sugguh rumit tidak seperti menternak khindzir.

Melalui proses yang dijalankan hanya selama 90 minit sahaja, daging khindzir itu terasas seperti daging lembu malah baunya juga seakan-akan daging lembu. Jika sesiapa yang kurang mahir mengenai daging lembu, pasti akan terpedaya dengan memakan daging khindzir yang semacam daging lembu. Macam mana mereka buat? Mereka akan menggunakan beef extract yang dijual dalam bentuk botol dan berleluasa di sana. Mereka gaulkan daging babi dengan rempah tersebut, dan dibiarkan selama 90 minit supaya rempah tersebut sebati dan meresap masuk ke dalam daging khindzir tersebut. Setelah selesai prosesnya, daging khindzir yang dihidang rasanya seperti daging lembu. Orang ramai pun tak dapat bezakan daging lembu tiruan tersebut. Dalam jangka masa panjang ia boleh menyebabkan barah kepada badan kerana tingginya tahap kandungan bahan kimia di dalam beef extract itu. Adakah teknologi ini sudah tiba di negara Malaysia? Fikirkanlah dan berhati-hati dalam memilih dan membeli daging. Pastikan ianya halal dari sudut sembelihan, sumber dan juga jenis binatang yang ingin dimakan. Selamat beramal, Wassalam….


IsLaM ThE WaY oF LiFe...

5/29/2011

STaTiSTiK RaKYaT MaLaYSia

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera salam 1Dunia buat kalian yang sudi berkunjung ke teratak PaRaDoX oF eLaKSaMaNa. Baru-baru ini elaksamana menerima sebuah kiriman emel dari seorang saudara seislam. Kandungan emel tersebut sungguh mengejutkan elaksamana. Tidak diberikan pula sumbernya, namun statistik tersebut benar dengan apa yang berlaku sekeliling kita. Sebagai contoh dari sudut solat pada setiap hari, mungkin kita merasakan kita sudah bersolat tetapi sebenarnya solat kita tidak sah ataupun diterima Allah, justeru apa tindakan kita? Tepuk dada tanya iman, insyallah. Marilah sama-sama kita menghayati apakah yang secara tersiratnya ingin disampaikan oleh kandungan emel kepada elaksamana ini.

1. 50% sahaja umat islam di Malaysia memiliki Al-quran di rumah dan hanya 5% membacanya dan 1% lagi membaca tafsirannya.


2. 80% umat islam memliki ASTRO decoder dan hanya 5% menonton ASTRO OASIS.

3. 70% umat islam tertarik dengan perkara yg membawa kepada "Karnival" atau unsur yang membawa kepada hiburan.

4. 50% menyokong program seperti Akademi Fantasia, Tom Tom Bak, Mentor dan rancangan yang seumpamanya.

5. Hanya 10% umat islam dari satu taman perumahan yang membantu masjid atau surau di sebuah kawasan.

6. Hanya 20% yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama.

7. 80% remaja hari ini tidak pandai mengaji.

8. 90% remaja atau kaum wanita suka berseluar panjang dan memakai T-Shirt.

9. 95% umat islam tidak pernah mencari atau pergi ke kelas mengaji untuk mendalami ilmu agama islam itu sendiri.

10. 95% wali kepada pengantin perempuan tidak tahu syarat-syarat sah mewalikan anak mereka dan 99% bapa menyerahkan pernikahan anak mereka berwalikan imam.

11. 100% anak-anak islam bawah 12 tahun cenderung kepada kartun seperti Ultraman, Mask Rider, Digimon, Pokemon dan banyak lagi kartun seperti ini yang unsurnya merosakkan minda.

12. 50% umat islam adalah kaki botol dan minum arak.

13. 50% pasangan yang telah berkahwin dan dan mempunyai anak mengaku mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain dan mempunyai tabiat melanggan pelacur.

14. 90% cenderung kepada keduniaan dengan ingin memiliki rumah mewah, kereta mewah dan duit yang banyak.

15. Hanya 30% umat islam lelaki menunaikan solat Jumaat pada setiap minggu.

16. 3% umat islam menunaikan solat subuh secara berjemaah di masjid atau surau setiap hari.

17. 90% umat islam tidak ambil tahu tentang soal kejiranan atas konsep tidak suka jaga tepi kain orang.

18. Hanya 10% umat islam yang akan membantu saudaranya yang lain terutamanya dalam soal duit.

19. Dan hanya 1% sahaja umat islam yang mengetahui Sifat 20 dalam ilmu ketuhanan.

20. 90% umat islam percaya, faham, berkehendak, terikut-ikut kepada benda yang Tahyul, pelindung diri, pelaris bisnes, tarik duit, seri muka, kebahagiaan rumah tangga, santau, pukau dan semua elemen yang menjuruskan kepada Syirik kepada ALLAH.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

5/28/2011

KiSaH ToK DaHaMaN & SYaiTaN


Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia, bukan hanya 1Malaysia sahaja. Bertemu kembali kita di laman blog yang insyallah berinformasi ini, Semoga ianya memberikan ikhtibar dan pengajaran kepada kita semua. Kisah ini elaksamana dapat melalui emel dari seorang saudara seislam. Sebuah cerita mitos mungkin, ataupun khayalan mungkin, namun semoga kita dapat mengambil ikhtibar dari apa yang disebutkan di bawah ini.

Menurut apa yang diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia bersama isterinya berjalan hendak ke kenduri kahwin dihujung kampung. Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. maka terpaksalah mereka menunggu hujan berhenti. Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 tegahari. Tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara tangisan kanak-kanak. Setelah dilihat sekeliling, di dapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang. Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan, siapa pula yang meninggalkan anak dalam keadaan begitu?

Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak tiu bukanlah manusia biasa kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan telinganya pula capang dan tajam. Sementara jari-jari tangannya amat panjang begitu juga jari kaki. Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa sebab mereka menangis di tepi jalan. Menurut salah satu daripada budak itu, rumah mereka telah runtuh disebabkan oleh hujan yang amat lebat sebentar tadi.

Tok Dahaman bertanya dimana rumah? Mereka pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang itu. Sudah sahlah yg budak-budak itu adalah anak jin atau syaitan, jelas Tok Dahaman. Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri tentang perihal rumah mereka yang telah runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat mencari ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia dengan pandangan mata kasar.

Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening. Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan terhadap benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti kerana dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai tulang ayam bersilang di rambutnya. Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan segera kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan.

Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan isterinya pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya mencari syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan di tempat orang lelaki. Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dengan orang ramai.

Ada sebahagiannya sibuk ditempat memasak, mengganggu di kawah gulai dengan memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana orang yang memasak tidak membaca Bismillah), syaitan-syaitan tersebut ada yang meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk. Ada juga yang muntah ke dalam makanan, ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala dan riba manusia. Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak tergamak untuk makan. Orang ramai pada hari itu menjadi hairan melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari itu.

Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa mengelak daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan manusia di rumah kenduri. Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpalah dia dengan bapa syaitan tersebut. Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dengan gelojohnya. Tok Dahaman pun bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan tersebut bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan.

Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun berlari pulang sambil memijak kepala orang ramai. Bagi pihak perempuan pula, keadaan lebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama makan kenduri dengan orang perempuan bahkan di bahagian perempuan keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yang membawa anak mereka. Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa mereka. Mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai makanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang air kecil sambil bergayut di jendela rumah

Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan. Isteri Tok Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut yang kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sangat menggerunkan. Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman bercakap dengan cermin tempat bersolek. Untuk sehari itu, letihlah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahu percaya atau tidak. Begitulah halnya, keadaan syaitan yang sungguh menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan.

p/s : Sekadar berkongsi, mungkin ini kisah rekaan, namun ambillah ikhtibar darinya, semoga kita sentiasa di dalam rahmatNya.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

ULaNGTaHuN Ke-5 BLoG NuKiLaN KeHiDuPaN

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia. Sekalung infiniti ucapan terima kasih, gracias, arigato gozaimas dan syukran jazilan diucapkan kepada sesiapa sahaja diluar sana yang sudi berkunjung dan menyokong blog PaRaDoX oF eLaKSaMaNa ini. Semoga kalian smua dalam rahmatNya, insyallah. Pada kali ini, elaksamana ingin mengucapkan terima kasih kepada semua atas sokongan anda sehingga kini iaitu melangkau 5 tahun penubuhan blog Nukilan Kehidupan ini. Semoga dengan perkongsian ilmu yang tidak seberapa ini, dapat kita manfaatkan bersama dengan sahabat-sahabat yang lain. Kongsilah ilmu yang kalian ada walaupun satu ayat sekalipun. Dengan membaca kita akan memperoleh banyak ilmu dan dengan ilmulah kita akan hidup dengan tenang di dunia dan mendapat redhaNya di akhirat nanti, insyallah Amiinn....

Mengimbau kembali bagaimana blog ini ditubuhkan, seingat-ingat elaksamana, blog ini ditubuhkan sewaktu elaksamana di tingkatan 4 di Maahad Muhammad (Lilbanin/Lelaki) Kota Bharu. Sewaktu itu elaksamana banyak terlibat dengan usrah dan pelbagai persatuan dan gerakan dan elaksamana mendapat banyak ilmu pengetahuan sepanjang tempoh tersebut. Justeru, elaksamana telah mengambil inisiatif untuk membentuk blog yang insyallah berinformasi ini untuk elaksamana sama-sama berkongsi segala ilmu yang tidak seberapa ini denga kalian semua. Semoga dengan perkongsian ini, kita dapat menyebarkannya kepada rakan-rakan yang lain. Penubuhan blog ini adalah secara sukarela sahaja. Jika ada sebarang informasi yang berguna, elaksamana akan berkongsi dengan anda semua.

Pada mulanya, sewaktu diawal penubuhan blog ini hanya memaparkan topik-topik ilmu yang berkaitan dengan keagamaan, motivasi, hati dan cinta remaja, sastera dan sebagainya. Namun hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, elaksamana cuba untuk memperluaskan lagi paparan di blog ini dengan paparan yang lebih ilmiah dan bersumber dari sumber primer. Alhamdulillah setelah menjalankan beberapa kajian kecil, akhirnya blog ini berjaya memuatkan pelbagai informasi yang lebih menarik iaitu berkaitan dengan sejarah lama, sejarah terlindung, topik2 politik (maaf yer saya tegur apa yang tak betul dengan politik kita), ekonomi semasa, krisis2 dunia dan pendedahan berkenaan pelbagai hal kehidupan. Semoga dengan penambahan topik baru seperti ini, kita dapat sama-sama mengambil manfaat untuk dijadikan panduan dalam kehidupan.

Sewaktu dulu pun, jika dilihat di dalam gambar kenangan elaksamana, blog ini kelihatan kaku dan tidak bermaya, cara posting artikel juga tidak kemas, design yang biasa2 sahaja. Namun alhamdulillah kini dengan teknologi yang lebih maju, design blog dapat ditingkatkan lagi, cara memposting artikel juga semakin baik berbanding dahulu dan sebagainyalah. Semoga kita semua mendapat banyak manfaat dari pendedahan dan informasi yang dipaparkan di sini, insyallah Amiin...
Wassalam semua....

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

5/25/2011

SuLTaN YaNG DiSaYaNGi RaKYaT

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, salam 1Dunia buat kalian yang sudi berkunjung ke teratak PaRaDoX sekali lagi. Semoga semuanya sihat walafiat hendaknya dalam meniti kehidupan di dunia yang sementara ini. Pada kali ini elaksamana ingin berkongsi dengan anda sebuah kisah wawancara yang sungguh membanggakan elaksamana selaku rakyat di negeri Kelantan. Elaksaman bukan nak bermegah dengan apa yang ada di negeri elaksamana, tetapi elaksamana nak berkongsi dengan kalian semua mengenai nilai yang boleh kita ambil di dalam wawancara antara pihak wartawan dengan Sultan Kelantan iaitu Sultan Muhammad Ke-5. Ini hanyalah sebahagian dari petikan sidang akhbar tersebut. Semoga ianya bermanfaat. Insyallah Amiinn….

Sejak dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September 2010, inilah buat pertama kalinya Sultan Muhammad V memberikan wawancara khas kepada para wartawan media cetak dan media elektronik.

Wawancara khas itu telah berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baru pada Rabu, 4 Mei 2011 pada lebih kurang jam 5.30 petang dalam suasana penuh protokol tetapi tetap mesra. Wawancara itu juga diadakan bersempena dengan pelancaran Yayasan Sultan Kelantan yang akan dilangsungkan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) minggu hadapan. Sebanyak 12 wakil media termasuk dari Mingguan mStar dan The Star telah dijemput untuk menemuramah Sultan Muhammad V yang hadir segak menggenakan sut coklat muda ala Nehru.

Baginda Sultan juga sentiasa memulakan bicara dengan terlebih dahulu melafazkan Bismillahirrahmanirrahim dan Asalamualaikum kepada pertanyaan wartawan muslim dan salam sejahtera kepada wartawan bukan Islam.

Dan sebelum memulakan wawancara baginda terlebih dahulu bertanya sama ada perbualan yang akan berlangsung itu hendak menggunakan dialek Kelantan ataupun bahasa rasmi. Sepanjang wawancara itu yang berlangsung selama lebih 45 minit, baginda hanya membahasanya dirinya sebagai ‘saya’ bukannya ‘beta’ sebagaimana lazim digunakan di dalam istana.

Sultan Muhammad Ke-5 Sedang Menonton Perlawanan Bolasepak Red Warrior

Berikut adalah petikan wawancara bersama Tuanku Sultan Muhammad V:

1 - Perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran sebaik sahaja menaiki takhta Kesultanan Kelantan ?

Perkara pertama ialah untuk memilih nama rasmi yang akan dipakai selaku Sultan iaitu Sultan Muhammad V dan perkara kedua ialah untuk menukar seruan “Daulat Tuanku” yang lazim digunakan sebelum ini kepada seruan “Allahu Akhbar”. Pada pandangan saya, inilah yang paling sesuai kerana secara tidak langsung siapa yang melafazkannya akan memperolehi pahala. Itulah yang terbaik untuk rakyat saya.

2 - Mengapa memilih menggunakan gelaran Sultan Muhammad V sebagai gelaran rasmi ?

Kerana kalau kita tengok dalam sejarah salasilah negeri Kelantan, Sultan yang terakhir, menggunakan gelaran Sultan Muhammad Ke-IV. Jadi kalau nama saya sendiri sudah Muhammad, secara semula jadinya itulah pilihan pertama saya. Dan setelah berfikir semasak-masaknya itulah pada fikiran saya yang terbaik... Insya-Allah.

3 - Bilakah akan ditabal secara rasmi selaku Sultan Kelantan ?

Saya fikir, bukan perkara ini tidak pernah berlaku (tidak melangsungkan upacara pertabalan). Misalnya untuk senang diterima, kita ambil dalam hal Almarhum Sultan Johor yang lepas, baginda tidak pernah ditabal walaupun menjadi Sultan Johor untuk lebih 23 tahun jika tidak silap saya. Jadi soal pertabalan ini adalah lebih kepada formaliti jika hendak dibandingkan dengan keperluan. Sebab saya fikir, ini bukan hendak glorify atau bermegah-megah atau hendak membesar-besarkan diri kita sendiri tetapi ini lebih soal tanggungjawab. (Nota: Untuk makluman pembaca, Sultan Muhammad telah dimasyurkan secara rasmi pada 13 September 2010 sebagaimana yang dituntut oleh perlembagaan negeri. Soal pertabalan hanyalah merupakan satu adat yang terpulang kepada Sultan sama ada ingin menyegerakannya atau mengadakannya pada satu tarikh yang difikirkan sesuai.)

Kezuhudan Sultan Muhammad Ke-5 Memikat Hati Rakyat Kelantan

4 - Tentang hubungan dengan ayahanda, bonda dan adinda-adinda pada masa ini.

Jawapan yang terbaik kepada soalan ini pada saya ialah “Alhamdulillah...”

5 - Perasaan tentang perhatian seluruh negara yang tertumpu kepada isu-isu yang melingkari Istana Kelantan.

Saya rasa jawapan yang paling sesuai ialah kita tidak boleh nak fikir sangat (hal ini) sebab jika kita terlalu memikirkan sangat, nanti otak kita akan sesak (jammed) jadi kita kena reda, kita tunggu dan kita lihat apa yang berlaku itu, jika kita fikir ia sudah takdir, maka kita lihatnya sebagai takdir. jika kita hendak fikir banyak sangat why? why? why?...akhirnya kita tidak akan terfikir kerana otak manusia atau data base otak manusia tak akan dapat memikirkan kenapa ini semua terjadi.

6 - Rahsia tidak kekok untuk berada bersama-sama rakyat, duduk dan makan bersama malah menyembelih lembu bersama-sama rakyat dalam majlis-majlis keramaian.

Kalau kita buat sesuatu perkara yang kita suka seperti sesetengah orang suka menyanyi, sesetengah orang suka makan, tengok tv, akhirnya ia akan menjadi senang untuk kita. Misalnya jika kita suka makan nasi lemak, kita makan sepuluh bungkus pun tidak ada hal.

Berdasarkan gambar di atas, cuba teka yang mana Sultan Muhammad Ke-5?

7 - Rahsia mudah didekati oleh rakyat dan tidak kekok memberi bantuan peribadi.

Bagi saya senang sahaja sebab jika kita perhatikan sewaktu ayahanda saya menjadi Sultan, tidak ada satu yayasan dibuat atas namanya. Jadi saya fikir mengapa tidak ada (yayasan). Jadi itu yang mendorong saya untuk memberi sumbangan peribadi kepada rakyat jelata. Sebab tidak ada yayasan di atas nama ayahanda saya yang dapat saya gunakan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat (Nota: sebaik sahaja diangkat menjadi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah menubuhkan sebuah yayasan yang diberi nama Yayasan Sultan Kelantan yang tujuannya adalah untuk menjaga kebajikan, pendidikan dan keagamaan rakyat di bawah jajahannya.)

8 - Mengenai perancangan Yayasan Sultan Kelantan dalam membantu rakyat.

Kita anggarkan kita akan dapat mengutip antara RM5 hingga RM6 juta (untuk dana awal). Selepas itu anggota lembaga pemegang amanah akan memutuskan cara untuk menyalurkan wang tersebut. Apa yang penting ialah untuk menentukan supaya program baru untuk mengumpul dana dapat dirancang dengan baik agar wang dana itu tidak habis. Jika wang dana tidak mencukupi atau kehabisan ini bermakna hanya segelintir pihak sahaja yang berpeluang mendapat faedah daripada dana ini. Matlamat yayasan ini ialah untuk membantu seseorang itu berdikari supaya dia sendiri dapat menguruskan dirinya selepas itu tanpa bantuan lagi.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

5/22/2011

AmaL DiToLaK MaLaiKaT & ALLAH TAALA

Allah menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dan bumi. Di setiap langit ada satu malaikat yang menjaga pintu

Ibnu Mubarak mengatakan bahawa Khalid bin Ma'dan berkata kepada sahabat Mu'adz bin Jabal RA, "Ceritakanlah satu hadis yang kau dengar dari Rasulullah SAW, yang kau menghafalnya dan setiap hari kau mengingatnya lantaran kerana keras, halus, dan dalamnya makna hadis tersebut. Hadis manakah yang menurut pendapatmu paling penting ?"

Mu'adz menjawab, "Baiklah, akan kuceritakan: " Sesaat kemudian, ia pun menangis hingga lama sekali, lalu ia bertutur, "hmm, sungguh rindunya hati ini kepada Rasulullah SAW, ingin rasanya segera bersua dengan baginda."

Ia melanjutkan, "Suatu ketika aku menghadap Rasulullah SAW. Baginda menunggangi seekor unta dan menyuruhku naik dibelakangnya, maka berangkatlah kami dengan unta tersebut. Kemudian baginda memalingkan wajahnya ke langit, dan berdoa, "Puji syukur kehadrat Allah, Yang Maha Berkehendak kepada makhluk-Nya menurut kehendak-Nya."

Kemudian baginda SAW berkata, "sekarang aku akan mengisahkan satu cerita kepadamu yang apabila engkau hafalkan, akan berguna bagimu, tapi kalau engkau melupakannya, engkau tidak akan mempunyai hujah kelak di hadapan Allah SWT.



AMAL YANG TERTOLAK

"Hai, Mu'adz! Allah menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dan bumi. Pada setiap langit ada satu malaikat yang menjaga pintu, dan tiap-tiap pintu langit itu dijaga oleh malaikat penjaga pintu sesuai kadar pintu dan keagungannya.

Maka, Malaikat hafazhah (malaikat yang memelihara dan mencatat amal seseorang) naik ke langit dengan membawa amal seseorang yang cahayanya bersinar-sinar bagaikan cahaya matahari. Ia, yang menganggap amal orang tersebut banyak, memuji amal-amal orang itu. Tapi, sampai di pintu langit pertama, berkata malaikat penjaga pintu langit itu kepada malaikat hafazhah, "Tamparkanlah amal ini ke wajah pemiliknya, aku ini penjaga tukang pengumpat, aku diperintahkan untuk tidak menerima masuk tukang mengumpat orang lain. Jangan sampai amal ini melepasiku untuk mencapai langit berikutnya."

Keesokan harinya, ada lagi malaikat hafazhah yang naik ke langit dengan membawa amal soleh yang lain yang cahayanya berkilauan. Ia juga memujinya lantaran begitu banyaknya amal tersebut. Namun malaikat di langit kedua mengatakan, "Berhentilah, dan tamparkan amal ini ke wajah pemiliknya, sebab dengan amalnya itu dia mengharap keduniaan. Allah memerintahkanku untuk menahan amal seperti ini, jangan sampai lewat hingga hari berikutnya." Maka seluruh malaikat pun melaknat orang tersebut sampai senja hari.

Kemudian ada lagi malaikat hafazhah yang naik ke langit dengan membawa amal hamba Allah yang sangat memuaskan, dipenuhi amal sedekah, puasa, dan bermacam-macam kebaikan yang oleh malaikat hafazhah dianggap demikian banyak dan terpuji. Namun sewaktu sampai di langit ketiga berkata malaikat penjaga pintu langit yang ketiga, "Tamparkanlah amal ini ke wajah pemiliknya, aku malaikat penjaga orang yang sombong. Allah memerintahkanku untuk tidak menerima orang sombong masuk. Jangan sampai amal ini melepasiku untuk mencapai langit berikutnya. Salahnya sendiri ia menyombongkan dirinya di tengah-tengah orang lain.

Kemudian ada lagi malaikat hafazhah yang naik ke langit keempat, membawa amal seseorang yang bersinar bagaikan bintang yang paling besar, suaranya bergemuruh, penuh dengan tasbih, puasa, solat, haji, dan umrah. Tapi, ketika sampai di langit keempat, malaikat penjaga pintu langit keempat mengatakan kepada malaikat hafazhah, "Berhentilah, jangan diteruskan perjalananmu. Tamparkanlah amal ini ke wajah pemiliknya, aku ini penjaga orang -orang yang suka ujub (membanggakan diri). Aku diperintahkan untuk tidak menerima masuk amal tukang ujub. Jangan sampai amal itu melepasiku untuk mencapai langit yang berikutnya, sebab ia kalau beramal selalu ujub.

Kemudian naik lagi malaikat hafazhah ke langit kelima, membawa amal hamba yang diarak bagaikan pengantin wanita diiring kepada suaminya, amal yang begitu bagus, seperti amal jihad, ibadah haji, ibadah umrah. Cahaya amal itu bagaikan matahari. Namun, begitu sampai di langit kelima, berkata malaikat penjaga pintu langit kelima, "Aku ini penjaga sifat hasad (dengki, iri hati). Pemilik amal ini, yang amalnya sedemikian bagus, suka hasad kepada orang lain atas kenikmatan yang Allah berikan kepadanya. Sungguh ia benci kepada apa yang diredhai Allah SWT. Saya diperintahkan agar tidak membiarkan amal orang seperti ini untuk melepasi pintuku menuju pintu selanjutnya.."

Kemudian ada lagi malaikat hafazhah naik dengan membawa amal lain berupa wuduk yang sempurna, solat yang banyak, puasa, haji, dan umrah. Tapi sewaktu ia sampai di langit keenam, malaikat penjaga pintu ini mengatakan, "Aku ini malaikat penjaga rahmat. Amal yang seolah-olah bagus ini, tamparkanlah ke wajah pemiliknya. Salah sendiri ia tidak pernah mengasihi orang. Apabila ada orang lain yang mendapat musibah, ia merasa senang. Aku diperintahkan agar amal seperti ini tidak melepasiku hingga dapat sampai pada pintu berikutnya."

Kemudian ada lagi malaikat hafazhah naik ke langit ketujuh dengan membawa amal seorang hamba berupa bermacam-macam sedekah, puasa, solat, jihad, dan kewarakan. Suaranya pun bergemuruh bagaikan gendang. Cahayanya bagaikan malaikat. Namun tatkala sampai di langit yang ketujuh, malaikat penjaga langit ketujuh mengatakan, "Aku ini penjaga sum'at (ingin terkenal/Riya). Sesungguhnya orang ini ingin masyhur dan popular, selalu ingin kelihatan lebih unggul daripada orang lain, dan ingin mendapatkan pengaruh dari para pemimpin. Allah memerintahkanku agar amalnya itu tidak melepasiku. Setiap amal yang tidak bersih kerana Allah, itulah yang disebut Riya. Allah tak akan menerima amal orang-orang yang riya."

Kemudian ada lagi malaikat hafazhah naik membawa amal seorang hamba : solat, zakat, puasa, haji, umrah, akhlak yang baik, pendiam, tidak banyak bicara, berzikir kepada Allah. Amalnya itu diiringi para malaikat hingga langit ketujuh, bahkan sampai menerobos memasuki hijab-hijab dan sampailah kehadapan Allah.

Para malaikat itu berdiri dihadapan Allah. Semua menyaksikan bahwa amal ini adalah amal yang soleh dan ikhlas kerana Allah SWT. Namun Allah berfirman, " Kalian adalah hafazhah, pencatat amal-amal hambaKu. Sedangkan Akulah yang mengintip hatinya. Amal ini tidak keranaKu, yang diniatkan oleh si pemilik amal ini bukanlah Aku. Amal ini tidak diikhlaskan demi Aku. Aku lebih mengetahui dari kalian apa yang dimaksud olehnya dengan amalan itu. Aku laknat dia, kerana menipu orang lain, dan juga menipu kalian (para malaikat hafazhah), tapi Aku takkan tertipu olehnya.

Aku ini yang paling tahu akan hal-hal yang ghaib. Akulah yang melihat isi hatinya, dan tidak akan samar kepadaKu setiap apapun yang samar. Tidak akan tersembunyi bagiKu setiap apapun yang tersembunyi. PengetahuanKu atas apa yang telah terjadi sama dengan pengetahuanKu akan apa yang akan terjadi. PengetahuanKu atas apa yang telah lepas sama dengan pengetahuanKu atas apa yang akan datang. PengetahuanKu kepada orang-orang terdahulu sebagaimana pengetahuanKu kepada orang-orang yang kemudian. Aku lebih tahu atas apapun yang tersamar daripada rahsia. Bagaimana amal hambaKu menipuKu. Dia boleh menipu makhluk-makhluk yang tidak tahu, sedangkan Aku ini Yang Mengetahui hal-hal yang ghaib. LaknatKu tetap kepadanya.

Tujuh malaikat hafazhah yang ada pada waktu itu dan juga 3000 malaikat lain yang mengiringinya terkesima, "Wahai Tuhan kami, dengan demikian tetaplah laknatMu dan laknat kami kepadanya." Maka, semua yang ada di langit pun mengatakan, "Tetapkanlah laknat Allah dan laknat mereka yang melaknat kepadanya."




TAHANLAH MULUTMU

Mu'adz pun kemudian menangis terisak-isak dan berkata, "Ya Rasulullah, bagaimana boleh aku selamat dari apa yang baru engkau ceritakan itu.?"

Rasulullah SAW menjawab, " Wahai Mu'adz, ikutilah nabimu dalam hal keyakinan.!" Mu'adz berkata lagi, 'Wahai Tuan, engkau adalah Rasulullah. Sedangkan aku ini hanyalah si Mu'adz bin Jabal, bagaimana aku dapat selamat dan terlepas dari bahaya tersebut?"

Rasulullah SAW bersabda: "Seandainya dalam amalmu ada kurangnya, tahanlah mulutmu, jangan sampai mengutuk orang lain, dan juga saudara-saudaramu sesama islam dan alim. Apabila engkau hendak mengutuk orang lain, ingatlah pada dirimu sendiri. Sebagaimana engkau tahu dirimu pun penuh dengan aib. Jangan membersihkan dirimu dengan mengutuk orang lain. Jangan mengangkat dirimu sendiri dengan menindas hak orang lain. Jangan Riya dengan amalmu agar diketahui orang lain. Janganlah termasuk golongan orang yang mementingkan dunia dengan melupakan akhirat. Kamu jangan berbisik-bisik dengan seseorang padahal disebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik.

Jangan takabur dengan orang lain, nanti akan hilang bagimu kebaikan dunia dan akhirat. Jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang-orang takut akan keburukan akhlakmu itu. Jangan ungkit-mengungkit apabila berbuat kebaikan. Jangan merobek-robek (maruah) orang lain dengan mulutmu, kelak kamu akan dirobek-robek oleh anjing-anjing neraka jahanam, sebagaimana firman Allah, "Wannaasyithaati nasythaa." (Di neraka itu ada anjing-anjing perobek badan-badan manusia, yang mengoyak-ngoyak daging dari tulangnya.)

Aku (Mu'adz) berkata : "Ya Rasulullah, siapa yang akan kuat menanggung penderitaan semacam ini ?" Jawab Rasulullah SAW, Wahai Mu'adz, yang kuceritakan tadi itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah SWT. Cukup untuk mendapatkan semua itu, engkau menyayangi orang lain sebagaimana engkau menyayangi dirimu sendiri, dan membenci sesuatu terjadi kepada orang lain sepertimana engkau benci bila sesuatu itu terjadi kepadamu sendiri. Apabila seperti itu, engkau akan selamat, terhindar dari penderitaan itu."

Khalid bin Ma'dan (yang meriwayatkan hadis itu dari Mu'adz RA) mengatakan, "Mu'adz sering membaca hadis ini sebagaimana seringnya ia membaca Al-Qur'an, mempelajari hadis ini sebagaimana ia mempelajari Al-Qur'an dalam setiap majlis ilmunya."


KESIMPULAN

1. Allah SWT menciptakan Malaikat yang bertugas menjaga 7 pintu langit sebelum sampai ke hadapan singgahsanaNya.

2. Diantara Malaikat penjaga pintu itu mempunyai tugas memeriksa amalan seseorang yang dibawa oleh Malaikat Hafazhah (malaikat pembawa catatan amalan manusia) sebagai berikut :
- Malaikat Penjaga Pintu Langit Pertama : Malaikat yang diperintahkan untuk tidak menerima masuk amalan tukang mengumpat orang lain.
- Malaikat Penjaga Pintu Langit Kedua : Malaikat yang diperintahkan untuk tidak menerima amalan seseorang yang mengharap keduniaan bukan semata kerana Allah.
- Malaikat Penjaga Pintu Langit Ketiga : Malaikat yang diperintahkan untuk tidak menerima masuknya amalan orang yang sombong.
- Malaikat Penjaga Pintu Langit Keempat : Malaikat yang diperintahkan untuk tidak menerima amalannya orang -orang yang suka ujub (membanggakan diri).
- Malaikat Penjaga Pintu Langit Kelima : Malaikat yang diperintahkan untuk tidak menerima amalannya orang-orang suka hasad (dengki) kepada orang lain atas kenikmatan yang Allah berikan kepadanya.
- Malaikat Penjaga Pintu Langit Keenam : Malaikat yang diperintahkan untuk tidak menerima amalannya orang-orang yang tidak pernah mengasihi orang.
- Malaikat Penjaga Pintu Langit Ketujuh : Malaikat yang diperintahkan untuk tidak menerima amalannya orang-orang yang ingin dikenali masyarakat umum, selalu ingin kelihatan lebih unggul didalam sesebuah kumpulan, dan ingin mendapatkan pengaruh dari para pemimpin.

3. Terlepas dari penjagaan pintu ketujuh ini , amalan akan dihisah sendiri oleh Allah SWT. Allah berfirman, "Kalian adalah hafazhah, pencatat amal-amal hambaKu. Sedangkan Akulah yang mengintip hatinya. Amal ini tidak keranaKu. Yang dimaksud oleh si pemilik amal ini dalam ibadahnya bukanlah Aku. Amal ini tidak diikhlaskan demi Aku. Aku lebih mengetahui dari kalian apa yang dimaksud olehnya dengan amalan itu. Aku laknat dia, kerana menipu orang lain, dan juga menipu kalian (para malaikat hafazhah).

4. Untuk selamat dari hal-hal diatas ; maka yang diperlukan adalah : MENJAGA MULUT sebagaimana hadist Rasullullah SAW. Rasulullah SAW bersabda: "Seandainya dalam amalmu ada kekurangan, tahanlah mulutmu, jangan sampai mengutuk orang lain, dan juga saudara-saudaramu sesama orang warak (alim ulama’). Apabila engkau hendak mengutuk orang lain, ingatlah pada dirimu sendiri. Sebagaimana engkau tahu dirimu pun penuh dengan aib. Jangan membersihkan dirimu dengan mengutuk orang lain. Jangan mengangkat dirimu sendiri dengan menindas hak orang lain.

Jangan Riya’ dengan amalmu supaya diketahui orang lain. Janganlah termasuk golongan orang yang mementingkan dunia dengan melupakan akhirat. Kamu jangan berbisik-bisik dengan seseorang padahal disebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik. Jangan takabur kepada orang lain, nanti akan hilang bagimu kebaikan dunia dan akhirat. Jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang-orang takut akan keburukan akhlakmu itu. Jangan ungkit-mengungkit apabila berbuat kebaikan. Jangan merobek-robek (maruah) orang lain dengan mulutmu, kelak kamu akan dirobek-robek oleh anjing-anjing neraka jahanam, sebagaimana firman Allah, "Wannaasyithaati nasythaa." (Di neraka itu ada anjing-anjing perobek badan-badan manusia, yang mengoyak-ngoyak daging dari tulangnya.)

Aku (Mu'adz) berkata : "Ya Rasulullah, siapa yang akan kuat menanggung penderitaan semacam ini ?" Jawab Rasulullah SAW, Wahai Mu'adz, yang kuceritakan tadi itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah SWT. Cukup untuk mendapatkan semua itu, engkau menyayangi orang lain sebagaimana engkau menyayangi dirimu sendiri, dan membenci sesuatu terjadi kepada orang lain sepertimana engkau benci bila sesuatu itu terjadi kepadamu. Apabila seperti itu, engkau akan selamat, terhindar dari penderitaan itu.

5. Sebagai anjuran : "Mu'adz sering membaca hadis ini sebagaimana seringnya ia membaca Al-Qur'an, mempelajari hadis ini sebagaimana ia mempelajari Al-Qur'an dalam majlis ilmunya."

IsLaM : The WaY oF LiFe

BRiGeD KFiR : TeNTeRa DaJaL ?

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia buat sesiapa sahaja yang sudi berkunjung ke blog elaksamana yang insyallah berinformasi ini. Marilah kita sama-sama memanjat kesyukuran kehadrat Ilahi atas lumpah kurniaNya kepada kita hambaNya. Jika dahulu di entry post terdahulu elaksamana telah berkongsi dengan anda semua suatu kisah sejarah yang terlipat rapi dan disembunyikan dari kita iaitu tentang tentera islam Nazi Jerman, pada kali ini kita akan membicarakan suatu kisah yang sedang dibuka lipatan lembaran kisahnya iaitu tentang tentera Israel laknatullah yang digelar Briged Kuffar. Sepertimana kita ketahui bahawa di akhir zaman nanti, dajjal laknatullah akan keluar ke dunia dan memerintah dunia dan menyesatkan umat manusia. Disaat keluarnya dajjal ini, akan wujud sebuah tentera dajjal yang tertulis di dahinya perkataan ‘KAFIR’. Benarkah tentera kuffar Dajjal telah muncul untuk memusnahkan dunia? Pertanyaan ini menjadi semakin hangat diperkatakan sebaik sahaja Israel menubuhkan briged ‘Kfir’ yang merupakan pasukan anti-keganasan elit yang sedang dibangunkan oleh Israeli Defenses Force (IDF).

Kfir Brigade atau dalam bahasa Hebrew (yahudi) ialah חֲטִיבַת כְּפִיר‎‎, juga dikenali sebagai 900th Brigade, ialah salah sebuah briged infantri yang paling muda di dalam perkhidmatan israel Defense Forces. Briged ini merupakan salah satu cabang ketumbukan 162nd Division (Utzvat HaPlada) tentera Israel di tengah-tengah wilayah israel.

Pusat operasi utama briged ini ialah di wilayah Pakmaz (פקמ"ז), iaitu pusat operasi utama Israel Defense Forces (IDF). Pusat ini menjadi pusat operasi dan semboyan bagi ketumbukan tentera Israel di sekitar Tebing Barat (iaitu divisyen-divisyen tentera Israel di tebing barat) yang meliputi Jerusalem, Sharon, Gush Dan, dan Shephelah. Pusat operasi tentera Israel di Pakmaz ini diketuai oleh seorang komander berpangkat Aluf (Mejar Jeneral) yang kini dipegang oleh Aluf Avi Mizrahi yang berkhidmat dari 2009 sehingga kini.

Berbalik kepada Briged Kifr ini. Ketumbukan briged Kifr ini ditempatkan berdekatan dengan wilayah Tebing Barat Palestin di mana kebanyakan misi ketenteraannya adalah berkaitan dengan kempen anti-keganasan, menculik para pejuang pembebasan Palestin, meronda sempadan, terlibat dengan kawal keselamatan sempadan dan kempen ketenteraan biasa di wilayah Palestin.

Pembentukan batalion ini (dikenali sebagai 90's Battalions) secara tidak rasminya ialah pada sekitar tahun 1990-an yang bertujuan untuk dijadikan pasukan ketumbukan infantri mudah alih. Pada 6 Disember 2005, briged ini secara rasminya dibentuk dengan keanggotaan 90 anggota pelbagai pangkat yang dibawah pemerintahan pegawai pemerintahnya iaitu Kolonel Eyal Nosovski.

Walaupun pasukan ini merupakan salah satu cabang dari Divisyen ke-162 IDF, setiap batalion di dalam briged ini dioperasikan bersama dengan Divisyen IDF Tebing Barat yang lain. Briged Kifr ini mengandungi kekuatan 6 batalion yang mana setiap batalion dalam briged Kifr ini diletakkan di dalam beberapa briged lain di sekitar Tebing Barat iaitu :

Batalion ke-90 Nahshon, ditempatkan dengan Briged Ephraim
Batalion ke-92 Shimshon, ditempatkan dengan Briged Etzion
Batalion ke-93 Haruv, ditempatkan dengan Briged Shomron
Batalion ke-94 Duchifat, ditempatkan dengan Briged Binyamin
Batalion ke-96 Lavi, ditempatkan dengan Briged Yehuda
Batalion ke-97 Netzah Yehuda (dahulunya dikenali sebagai Batalion Nahal Haredi)

Untuk menarik anak muda Israel menyertai ketumbukan ini, pihak IDF telah mengambil keputusan untuk menjadi syarat utama sebelum tentera IDF menyertai Sayeret Oketz (unit khas K-9) atau Sayeret LOTAR (unit khas anti-keganasan) mereka harus menyertai briged Kifr ini terlebih dahulu, sekiranya mereka tidak lulus saringan untuk menyertai unit Sayaret Oketz, maka mereke harus kekal di dalam Briged Kfir.

Nama asal Brigade tersebut adalah “KFR”, kerana sistem huruf Ibrani tidak mengenal huruf hidup. Pasukan ini juga merupakan pasukan khas anti-pengganas yang paling efektif di negara Israel. Bukan itu saja, sebuah syarikat pembuat pesawat di israel iaitu IAI yang bekerjasama dengan kerajaan pusat israel juga telah membuat sebuah pesawat tempur diberi nama Kfir.

Serangan oleh Briged Kifr keatas wilayah Palestin di Nablus

Pasukan ini pernah terlibat secara primary di dalam 2 operasi besar iaitu Ops Hot Winter dan juga Ops Cast Lead. Ops Hot Winter, yang juga dikenali sebagai Ops Warm Winter atau dalam bahasa Hebrew (yahudi) ialah מבצע חורף חם‎ (Mivtza Horef Ham) ialah kempen ketenteraan Israel Defense Forces di sepanjang wilayah Palestin iaitu Gaza. Operasi ini dilancarkan pada 28 Februari 2008 dengan alas an mengekang serangan roket Qassam Hamas yang dilancarkan dari jaluran Gaza. Tidak kurang 112 pejuang Palestin syahid dan 3 tentera Israel laknatullah mati. Mengikut data rasmi yang dikeluarkan, seramai 150 rakyat Palestin syahid dalam serangan tentera Israel itu dan 3 warga Israel mati.

Serangan Bom Fosforus Putih di sebuah sekolah rendah di wilayah GAZA

Berdasarkan sumber dari Israeli Defence Forces (IDF), operasi ini dilancarkan untuk menghancurkan kawasan pusat pentadbiran dan pejabat gerakan HAMAS di semenanjung Gasa. Salah satu sasaran utama serangan ialah bangunan yang menempatkan pejabat pentadbiran Ketua Gerakan HAMAS iaitu Ismail Haniyeh.

Ketumbukan tentera IDF yang dikerah selain Briged Kifr ialah Briged Givati, pasukan kejuruteraan IDF dan Kor Armor IDF, yang mana kesemuanya terlibat dengan serangan dari darat ke atas Gaza. Manakala Israeli Air Force pula terlibat dalam pengeboman ke atas wilayah Gaza dengan bom fosforus putih yang berbahaya dan mereka juga memberikan sokongan taktikal kepada tentera infantri.

Penduduk Israel Laknatullah Menjamu Panorama Pengeboman Di Gaza Pada 2008

Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda bahawa ciri-ciri fizikal Dajal, selain bermata satu, di dahinya juga ada aksara perkataan Arab iaitu “Ka Fa Ra” atau Kafir. Kafir berarti ‘Tidak mempercayai’. Dajjal dan para pengikutnya memang tidak percaya pada Allah S.W.T, kerana mereka lebih percaya pada Iblis atau Lucifer. (nama syaitan bagi bangsa eropah)

Dalam hadis lain juga, Rasul juga mengatakan bahawa Dajjal akan memimpin pasukan yang berjumlah 70,000 pasukan. Dan di hadis lainnya pula disebutkan bahawa Dajjal hanya memiliki satu buah mata. Cuba perhatikan gambar di bawah ini (gambar lukisan pada badan pesawat IDF). Jadi benarkah pasukan Dajjal telah muncul? Benarkah kiamat semakin dekat? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.


Bentuk Mata 1Dajjal dilukiskan di badan pesawat KFIR Israel



Sumber :
http://en.wikipedia.org/wiki/Central_Command_%28Israel%29
http://en.wikipedia.org/wiki/Kfir_Brigade
http://en.wikipedia.org/wiki/Operation_Hot_Winter

P/S : OneIsrael, One World Order, New World Order, Kesatuan Dunia Baru, 1 Mata Dajjal, 1 Mata Freemason, 1 Mata Tuhan Horus Firaun dan terbaru 1Malaysia? Tidakkah pelik persamaan kesemua di atas?

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

5/20/2011

BuTa + PeKaK + BiSu + LuMPuH = ?

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat kalian yang sudi berkunjung ke Teratak Nukilan Kehidupan yang insyallah serba berinformasi ini. Segala informasi yang didapati di sini semoga dapat kita kongsikan bersama dan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. Pada kali ini kita akan sama-sama berkongsi sebuah cerita yang mungkin kita semua pernah mendengarnya, namun marilah sama-sama kita ikuti semoga ianya menjadi pengajaran kepada kita, insyallah Amiinn....

Beberapa abad lalu, di masa-masa akhir tabi’in. Di sebuah jalan, disalah satu pinggiran kota Kufah, berjalanlah seorang pemuda. Tiba-tiba dia melihat sebutir epal jatuh dari tangkainya dari sebidang kebun yang luas. Pemuda itu pun menjulurkan tangannya memungut epal yang nampak segar itu. Dengan tenang, dia memakannya.

Pemuda itu adalah Tsabit. Baru separuh yang digigitnya, kemudian ditelannya dan barulah dia sedar bahawa epal itu bukan miliknya. Bagaimana mungkin dia memakan sesuatu yang bukan miliknya. Akhirnya pemuda itu meninggalkan separuh sisa epal itu dan pergi mencari penjaga kebun tersebut. Setelah bertemu, dia berkata: “Wahai hamba Allah, saya sudah menghabiskan separuh epal ini. Apakah kamu mahu memaafkan saya?”

Penjaga itu menjawab: “Bagaimana saya boleh memaafkanmu, sementara saya bukan pemiliknya. Yang berhak memaafkanmu adalah pemilik kebun epal ini.”

“Di mana pemiliknya?” tanya Tsabit.

“Rumahnya tidak jauh dari sini,” kata si penjaga.

Maka berangkatlah pemuda itu menemui pemilik kebun untuk meminta kebenarannya kerana dia telah memakan epal milik tuan kebun tersebut. Akhirnya pemuda itu tiba di depan pintu pemilik kebun. Setelah mengucapkan salam dan dijawab, Tsabit berkata dalam keadaan gelisah dan ketakutan: “Wahai hamba Allah, tahukah anda mengapa saya datang ke sini?”

“Tidak,” kata pemilik kebun.

“Saya datang untuk minta kerelaan anda terhadap separuh epal milik anda yang saya temui dan saya makan. Inilah yang setengah lagi.”

“Saya tidak akan memaafkanmu, demi Allah. Kecuali kalau engkau menerima syaratku,” katanya.

Tsabit bertanya: “Apa syaratnya, wahai hamba Allah?”

Kata pemilik kebun itu: “Kamu harus menikahi puteriku.”

Si pemuda tercengang seraya berkata: “Apa betul ini termasuk syarat? Anda memaafkan saya dan saya menikahi puteri anda? Ini anugerah yang besar.”

Pemilik kebun itu melanjutkan: “Kalau kau terima, maka kamu saya maafkan.”

Akhirnya pemuda itu berkata: “Baiklah, saya terima.”

Si pemilik kebun berkata pula: “Supaya saya tidak dianggap menipumu, saya katakan bahawa puteriku itu buta, tuli, bisu dan lumpuh tidak mampu berdiri.” Pemuda itu sekali lagi terperanjat. Namun, apa boleh buat, separuh epal yang ditelannya, kemana akan dia cari gantinya kalau pemiliknya meminta ganti rugi atau menuntut di hadapan Hakim Yang Maha Adil?

“Kalau kau mahu, datanglah sesudah Isyak agar kau dapat temui isterimu,” kata pemilik kebun tersebut.

Pemuda itu seolah-olah didorong ke tengah kancah pertempuran yang sengit. Dengan berat dia melangkah memasuki kamar isterinya dan memberi salam. Sekali lagi pemuda itu terkejut luar biasa. Tiba-tiba dia mendengar suara merdu yang menjawab salamnya. Seorang wanita berdiri menjabat tangannya. Pemuda itu masih hairan kebingungan, kata mertuanya, puterinya adalah gadis buta, tuli, bisu dan lumpuh. Tetapi gadis ini? Siapa gerangan dia?

Akhirnya dia bertanya siapa gadis itu dan mengapa ayahnya mengatakan begitu rupa tentang puterinya. Isterinya itu balik bertanya: “Apa yang dikatakan ayahku?”

Kata pemuda itu: “Ayahmu mengatakan kamu buta.”

“Demi Allah, dia tidak dusta. Sungguh, saya tidak pernah melihat kepada sesuatu yang dimurkai Allah.”

“Ayahmu mengatakan kamu bisu,” kata pemuda itu.

“Ayahku benar, demi Allah. Saya tidak pernah mengucapkan satu kalimat yang membuat Allah murka.”

“Dia katakan kamu tuli.”

“Ayah betul. Demi Allah, saya tidak pernah mendengar kecuali semua yang di dalamnya terdapat redha Allah.”

“Dia katakan kamu lumpuh.”

“Ya. Kerana saya tidak pernah melangkahkan kaki saya ini kecuali ke tempat yang diredhai Allah.”

Pemuda itu memandang wajah isterinya, yang bagaikan purnama. Tak lama selepas pernikahan tersebut, lahirlah seorang hamba Allah yang soleh, yang memenuhi dunia dengan ilmu dan ketakwaannya. Bayi tersebut diberi nama Nu’man; Nu’man bin Tsabit Abu Hanifah. Semoga nilai-nilai yang ditunjukkan Tsabit dapat kita contohi bersama. Jika tidak semuanya, cukuplah secebis sifat mulia ini dapat kita hayati dan praktikkan di dalam kehidupan kita ini.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

MaNFaaT MeNuNTuT iLmu

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera keatas sesiapa sahaja yang sudi berkunjung ke laman blog elaksamana ini. Kita tinggalkan seketika masalah politik dan sosial dalam negara. Mari kita menghayati apa keistimewaan dan manfaat belajar ilmu duniawi dan ukhrawi. Mari kita bersyukur atas nikmat berkesempatan untuk memulai menuntut ilmu agama. Semoga ini akan memperbaiki hidup kita, sesuai sabda Nabi: "Barangsiapa yang dikehendaki Allah menjadi orang baik, maka Allah menggerakkan ia belajar ilmu agama sampai pandai." (HR Bukhari).

Beberapa hikmah menuntut ilmu (agama) lainnya adalah:

1. Berada di jalan Allah

"Barang siapa yang keluar rumah untuk menuntut ilmu, bererti dia berada di jalan Allah hingga pulang" (HR Turmudzi)

2. Mendapatkan pahala yang mengalir terus menerus

"Jika anak adam meninggal dunia, maka terputuslah amalnya kecuali 3 perkara, iaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang selalu mendoakan orang tuanya."(HR Muslim)

3. Agar tidak terlaknat

"Dunia dan seisinya terlaknat, kecuali yang memanfaatkannya demi kepentingan zikrullah dan yang serupa dengan itu, para ulama dan orang-orang yang menuntut ilmu" (HR Turmudzi)

4. Ditinggikan darjatnya

"Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat".

5. Dimudahkan jalan menuju syurga

"Barang siapa menempuh jalan untuk menentut ilmu agama, pasti Allah membuat mudah baginya jalan menuju surga" (HR Muslim)


IsLaM ThE WaY oF LiFe...

5/16/2011

IsLaM AGaMa RaSMi AtaU AGaMa PeRSeKuTuaN?

KUALA LUMPUR, 10 Mei — Perlembagaan Persekutuan tidak pernah menggariskan bahawa Islam adalah “agama rasmi” negara, kata peguam Syahredzan Johan ketika kontroversi tercetus ekoran laporan Utusan Malaysia Sabtu lalu bahawa pengikut Kristian mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.

Akhbar milik Umno itu dan beberapa kumpulan Melayu-Muslim termasuk pemimpin-pemimpin Umno sendiri menekankan pandangan bahawa undang-undang tertinggi negara mengisytiharkan Islam sebagai agama “rasmi” dan hanya Muslim boleh menjadi perdana menteri.

Syahredzan, ketua jawatankuasa perlembagaan Majlis Peguam berkata, tafsiran undang-undang oleh Utusan Malaysia adalah salah dan mengingatkan bahawa langkah akhbar harian itu sebagai “tanggapan salah yang bahaya”, yang boleh membawa negara ke arah rusuhan agama dan sosial.

“Dari segi Perlembagaan Persekutuan, hanya ada satu agama bagi persekutuan, tetapi bukan rasmi atau tidak rasmi.

“Perlembagaan sangat jelas dalam hal ini. Islam bukan agama rasmi,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi semalam.

Beliau merujuk kepada Artikel 3 yang menyebut bahawa “agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai Persekutuan di mana-mana bahagian Persekutuan” dan menekankan bahawa perkataan “rasmi” tidak pernah disebutkan di mana-mana bahagian.

Syahredzan berkata, seksyen dalam Perlembagaan mesti ditafsir bersama Artikel 11, di mana setiap orang ada hak untuk mengamalkan agama masing-masing dan tertakluk kepada Klausa (4) yang mana berkaitan dengan Islam - untuk menyebarluaskannya.

“Kita kena faham terminologi yang betul untuk digunakan apabila kita bercakap apa sahaja berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau.

Beliau menambah, “setiap orang, daripada kalangan menteri sehinggalah NGO, malah sehingga blogger mengatakan macam-macam, yang menunjukkan mereka tidak tahu apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.”

Katanya, dengan memasukkan perkataan-perkataan ke atas Perlembagaan, blogger, menteri dan surat khabar membaca perkara-perkara yang tiada dan meminda undang-undang.

“Dan, ia bercanggah dengan Perlembagaan,” kata peguam itu.

Syahredzan berkata, rakyat biasa boleh dimaafkan kerana tidak biasa dengan undang-undang, tetapi menteri dan peguam-peguam tidak boleh dimaafkan kerana ia bukan sahaja tugas mereka, tetapi tanggungjawab mereka.

Syahredzan berkata, beliau membangkitkan perkara ini sebab tiada pihak yang berbuat demikian.

“Ia perkara yang sangat bahaya dan ia dipermainkan dan disebabkan itu, ia menjadi lebih daripada isu perlembagaan semata-mata, ia menjadi momok... ia menjadi isu agama dan isu sosial dan isu politik dan satu masalah.

“(Perlu ada) seseorang bangun dan mengatakan mengenai perkara ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Dengan melihat kepada badan-badan pelobi Melayu sayap kanan yang tidak gembira dengan isu semasa ini, Syahredzan menambah, beliau tidak pasti sama kempen mereka adalah sesuatu yang akibat terdesak atau dijalankan disebabkan kedangkalan mereka.

Oleh itu kata Syahredzan, Putrajaya mesti menerajui usaha untuk membetulkan salah tanggapan ini bagi mengelakkan malapetaka.

“Sesuatu perlu dilakukan, kerajaan mesti menyatakan dengan jelas apa yang ada dan apa yang tiada dalam Perlembagaan,” katanya.


P/s : Sendiri mau ingat wahai umat islam sekalian, tak kira kamu melayu, kamu cina, kamu india atau kamu jakun sekalipun, jika kamu islam maka berwaspadalah dengan permainan tinggalan penjajah ini. British @ yahudi takkan senang-senang bagi kita merdeka begitu sahaja, pasti ada sesuatu yang ditinggalkannya....

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

SeLaMaT HaRi GuRu 2011M

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera salam 1Malaysia, bertemu kembali kite di laman blog yang insyallah berinformasi ini. Pada kali ni bersempena dengan 16 Mei 2011, sepertimana tiap2 tahun, elaksamana selaku insan yang pernah bergelar murid dan pelajar dan sekarang masih bergelar mahasiswa, elaksaman ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2011 peringkat nasional kepada sesiapa sahaja yang akan/sedang/pernah bergelar guru. Ucapan ini elaksamana tujukan khas juga kepada kesemua cikgu/ustaz/ustazah/teacher/sir di Sekolah Kebangsaan Padang Pohon Tanjong, Wakaf Bharu. Sekarang ni dah ramai cikgu yang takde di SKPPT, ada yang berpindah, ada yang pencen, ada yang telah meninggalkan dunia ini, Al-Fatihah. Jasa kesemua cikgu di SKPPT takkan elaksamana lupe, di SKPPTlah elaksamana belajar membaca, menulis dan mengira sehingga sekarang bakal bergelar guru. Sungguh besar jasa kalian wahai guruku, hanya doaku sahaja dapat kupanjatkan setiap masa buat kalian. Kalian umpama permata yang bersinar dan memberikan sinaran kepadaku sewaktu daku terkapai-kapai meniti kehidupan dunia yang menyesakkan ini.

Sekalung apresiasi dan penghargaan juga kepada kesemua guru/cikgu/ustaz/ustazah/teacher/sir di Maahad Muhammadi (Lelaki). Melangkahnya kakiku ke MML, daku datang dengan dada yang hampir kosong dengan ilmu agama, bahasa arab dan segalanya berkaitan islam dan arab. Tetapi melangkahnya kakiku keluar dari kawasan MML, dadaku dipenuhi dengan pelbagai ilmu agama dan kesusasteraan bahasa arab. Pengorbananmu duhai murabbiku amat besar dalam hidupku. Setiap dalam doaku, daku akan mendoakan kesejahteraan dan kedamaian hidup murabbiku sekalian, kerna merekalah dengan keizinanMu daku kini bakal bergelar guru, jika tidak, tak tahulah apa gelaran yang bakal kugenggami kelak. SELAMAT HARI GURU juga buat warden asrma terutama sewaktu daku menjadi Ketua Umum asrma dulu. Bermula dari Ustaz Kamaruzzaman, Ustaz Abdul Rahman dan skali ustaz Wan Noh Wan Hamzah. Ramai lagi ustaz lain yang jadi warden, semoga ustaz semua dalam rahmatNya, insyallah, Amiiinn....


Gambar di atas diambil sewaktu elaksamana menyertai pertandingan melukis sempena Sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan Padang Pohon Tanjong pada tahun 1998. Sewaktu ini elaksamana berusia 8 tahun iaitu darjah 2. Sungguh tidak dapat lupekan kenangan sewaktu di persekolahan rendah. Teringat lagi cikgu yang paling mengambil berat mengenaiku iaitu Cikgu Razani yang kini sudah bertukar ke sekolah lain. Cikgu Razanilah yang banyak mengambil berat mengenai kegiatan kokurikulumku sewaktu dahulu. Daku merinduinya.

Elaksamana juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU 2011M buat ayahanda dan bondaku tercinta iaitu Cikgu Ramli Bin Hamid yang kini menabur bakti sebagai guru teknologi maklumat di Sekolah Kebangsaan Pulau Beluru, Tumpat, Kelantan. Tidak lupe juga kepada bondaku tercinta, Teacher Fathilah Binti Mohd Yusop yang menjadi guru bahasa inggeris tahap satu di sekolah lamaku iaitu Sekolah Kebangsaan Padang Pohon Tanjong, Wakaf Bharu. Semoga ayahanda dan bonda sentiasa cekal dan tabah mengharungi tugasan sebagai seorang guru. Along kagum dengan ayahanda dan bonda, ayahanda dan bondalah yang menjadi sumber aspirasi Along dalam meniti kehidupan menjadi seorang guru. Along sayangkan Ayahanda dan Bonda.


Sekali lagi elaksamana ingi mengucapkan SELAMAT HARI GURU 2011M kepada sesiapa sahaja di luar sana yang bakal/sedang/pernah menjadi guru. Semoga kalian tabah dalam menghadapi pelbagai dugaan yang mendatang. Usah peduli apa kata orang, yang penting kita jalankan tugasan kita dengan sebaiknya. Selamat Maju Jaya.
Wassalam.....

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

5/11/2011

PeNJiMaTaN vs PeNyeLeWeNGaN

Assalamualakum w.b.t dan salam sejahtera, salam 1Dunia buat kalian semua. Bertemu kembali kita di teratak PaRaDoX yang insyallah berinformasi berguna buat kita semua. Semoga dapat kita kongsikan bersama-sama dengan sahabat-sahabat yang lain insyallah Amiinn... Sepertimana yang kita ketahui bahawa blog ni bukan sahaja berbicara mengenai hukum agama ataupun pengisian hati kalbu, tetapi blog ni meliputi pelbagai isu dan disiplin ilmu. Sebagai contohnya mengenai sejarah, pendedahan sejarah yang terlindung, ekonomi malah politik dalam dan luar negara. Semoga semua paparan yang elaksamana sediakan dapat dihayati dan ambil ikhtibar agar kita tidak membuatkan 'banana fruits two time', he3x... Baiklah, pada kali ni elaksamana ingin berkongsi mengenai sebuah kisah yang sungguh mengejutkan kita rakyat MALAYSIA terutama golongan sederhana dan golongan kurang berkemampuan. Elaksamana tidak ingin berbicara panjang, cukup sekadar ilustrasi dan petikan berita online di bawah ini untuk menerangkan apa yang berlaku dan isunya. Sebelum ni elaksamana dan beberapa kali mengetengahkan kisah ini, cuba check post2 elaksamana yang terdahulu, insyallah ada, Amiinn... Selamat membaca, Wassalam...


KOTA BAHRU, 10 Mei: Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen dikhuatiri akan memberi kesan rantaian kepada kenaikan pada harga barang keperluan yang lain.

Timbalan Presiden Fomca Malaysia, Haji Ahmad Othman berkata, pihaknya bimbang kesan kenaikan harga gula akan memberi kesan kepada kenaikan harga barang lain.

Namun begitu, beliau lebih bimbang dengan bekalan yang kurang berbanding dengan kenaikan harga.

Kerajaan telah menaikkan harga gula sebanyak 20 sen mulai hari ini. Menurut kerajaan, kenaikan itu sebahagian daripada langkah rasionalisasi, yang akan membolehkan kerajaan menjimatkan RM116.6 juta.

Minggu lalu, harga petrol RON97 mengalami kenaikan 20 sen seliter.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberikan masa sebulan untuk kerajaan mengurangkan harga barangan khasnya yang diimport ekoran kenaikan nilai ringgit berbanding dollar Amerika.

Nilai ringgit naik kepada bawah RM3.00 untuk satu dollar Amerika minggu lalu iaitu kenaikan tertinggi sejak diikat pada kadar RM3.60 untuk satu dollar Amerika sebelum ini.

Bagi Setiausaga Agung DAP itu, jika nilai ringgit naik beerti harga barangan yang dimport akan turun. Ia termasuklah gula dan petrol kerana Malaysia menggunakan petrol yang diimport kerana minyak yang dikeluarkan berkualiti tinggi dan sesuai untuk dieksport.

Namun, harga barangan bukannya turun ekoran kenaikan nilai ringgit bahkan dinaikkan lagi oleh kerajaan.

Manakala itu, sesetengah pihak pula yakin tindakan pembekal gula mengurangkan bekalan bertujuan memaksa kerajaan agar bersetuju dengan tuntutan mereka untuk menaikkan harga.

Ekoran itu, ada yang kesal dengan kegagalan kerajaan menguatkan kuasakan undang-undang dan memastikan bekalan gula sentiasa mencukupi.

“Gula naik 20 sen ni memang sepatutnya sebab bekalan di pasaran agak kurang.

“Tetapi pihak saya bimbang harga barang lain turut akan naik kesan dari kenaikan harga gula ini,” kata Ahmad sewaktu dihubungi.

Tambahnya, dari maklumat dari pihaknya dapat, rakyat mahu bekalan gula di pasaran sentiasa ada walaupun mengalami kenaikan harga.

Ekoran tekanan kekurangan bekalan di pasaran menyebabkan rakyat pasrah dan menerima kenaikan harga asalkan ia ada di pasaran.

Ia diakui sendiri oleh Haji Ahmad dalam kenyataannya, “Rakyat tak kisah sangat harga gula naik 20 sen ni asalkan bekalan gula setiasa ada di pasaran.”