SaHaBaT

1/31/2011

AdaB MiNuM RaSuLLuLLaH S.A.W

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semuanya. Selamat bertemu kembali kita di blog informatik elaksamana ini. Kali ini kita akan membicarakan soal minum. Sape suka minum? Bukan minum todi, bir, wain or others ek, tapi minum air yang dihalalkan dan mendatangkan manfaat kepada kesihatan tubuh badan dalam melaksanakan perintah dan tugasan amanah kita sebagai hambaNya. Apakah dia minuman yang paling Rasullullah sukai? Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah :

1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas.

Haiwan Pun Tahu Minum Dengan Straw Sebab Mulut Tak Sampai

Minuman Manis dan Sejuk


Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk"

Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk"

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum :

1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8. Jangan terus minum selepas selesai mengerjakan kerja-kerja berat.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

1/29/2011

UNiCoRn WuJuD Di DuNiA NYaTa !

Assalamualaikum w.b.t dan salm sejahtera semuanya, kali ini kita akan sama2 menyaksikan sebuah pendedahan ekslusif mengenai kewujudan Unicorn di alam nyata. Selama ini kita hanya dimomokkan dengan wujudnya unicorn ataupun kuda bertanduk satu di tengah2 dan bersayap dalam cerita-cerita dongeng barat. Tetapi sebenarnya ianya memang wujud, he3x... Tetapi unicorn di alam nyata ini tidak mempunyai sepasang sayap untuk membolehkan dia terbang, dia hanya mempunyai tanduk satu ditengah dahinya dan suka makan rumput dan mengeluarkan susu dari kantung susunya. Sebenarnya bukanlah unicorn itu yang dimaksudkan, yang dimaksudkan di sini adalah wujudnya seekor lembu yang mempunyai hanya satu tanduk dan di tengah2 dahinya. Menurut email yang dikirim kepada elaksamana, lembu ini mengalami kecacatan sejak dari lahir lagi yang menyebabkan ia berbeza dengan lembu lain iaitu hanya mempunyai satu tanduk di tengah2. Jangan salah faham ya, apapun jom kita layan gambar 'unicorn' cacat ni, wslm...





IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Al-QuRaN LaMa Di UNiVerSiTi MaNcheSTeR

Assalamualaikum w.b.t. sahabatku sekalian,
Bertemu kembali kita di laman blog yang serba berinformasi ini, kali ini kita akan membicarakan mengenai sebuah Al-Quran milik Empayar Kerajaan Islam sewaktu ketika dahulu yang sedang berada di barat. Sesungguhnya banyak artifak-artifak yang menunjukkan kehebatan islam sewaktu ketika dahulu telah di'curi' oleh sarjana barat dan mereka mengaku ianya milik mereka. Malah mereka telah menciplak ilmu2 dari naskah karangan ilmuan islam dan mengaku tanpa segan silu bahawa itu adalah ilmu mereka. Padahal kemajuan dan kemodenan barat sekarang ini adalah hasil dari karya ilmuan islam suatu ketika dahulu. Jadi mengapa kita hanya mendiamkn diri dengan menjadi pak turut kepada apa sahaja teknologi yang sebenarnya berasal dari ilmuan islam kita. Akhirnya kita menjadi hamba kepada barat kerana teknologi dan ilmu2 mereka.

Al-Quran tulisan tangan ini dipercayai berusia sekitar 500 tahun, dengan usianya yang teramat tua membuatkan naskah Al-Quran ini bahaya untuk diletakkan di atas rak perpustakaan yang biasa kerana dikhuatiri terkoyak, rosak dan sebagainya.

Kakitangan perpustakaan John Rylands di Universiti Manchester sedang
menyediakan Al-Quran Kansuh al-Ghuri ini untuk sesi fotografi.

Untuk memeliharanya dari sebarang kerosakan, pakar penjagaan naskah lama dari perpusrakaan John Rylands di Universiti Manchester telah mengambil inisiatif untuk menjalankan fotografi digital ke atas naskah ini sebagai rujukan kepada sesiapa yang memelukannya. Ini bermakna, individu yang ingin merujuk naskah ini tidak perlu membelek Al-Quran ini satu persatu, cukup dengan mengakses setiap halamannya dalam bentuk digital di perpustakaan tersebut. Dengan analisis secara grafik akan memudahkan lagi individu/penyelidik untuk menjalankan kajian mereka tanpa perlu membelek helaian Al-Quran tulisan tangan yang besar itu.

Al-Quran ini sungguh sensitif akibat dari usianya yang beratus tahun itu, justeru berisiko untuk diletakkan di rak biasa di perpustakaan universiti itu. Setiap helaian Al-Quran lama tulisan tangan ini dianggarkan sebesar skrin televisyen plasma bersaiz 48 inci, justeru ianya harus dipelihara dan hanya dipaparkan dalam bentuk digital di perpustakaan.

Dipercayai bahawa Al-Quran ini berasal dari Perpustakaan Kansuh al-Ghuri di Mesir, iaitu sewaktu pemerintahan sultan terakhir dari dinasti Mamluk di Mesir. Setiap helaian Al-Quran ini berukuran 35 inci panjang dan 24 inci lebar, iaitu menyamai saiz sebuah televisyen skrin plasma. Kitab suci Al-Quran ini dipercayai ditulis tangan oleh para sarjana agama dari kesultanan Mamluk terakhir yang memerintah Mesir 500 tahun dahulu.

Kertas yang digunakan untuk menulis Al-Quran ini dikenali sebagai bombycine, iaitu fabrik linen yang sebelum digunakan untuk menulis, kain itu telah digosok dengan batu untuk menjadikannya licin, iaitu memudahkan untuk dakwat melekat di permukaan kertas tersebut tanpa menyerap ke dalam kertas dan membuatkan tulisannya seakan-akan kembang.

Pakar sejarawan berpendapat Al-Quran ini ditulis pada suku kedua abad ke-14. Naskah ini telah diletakkan di dalam perpustakaan milik Sultan kerajaan Mamluk Mesir sewaktu itu sebelum akhirnya dijumpai oleh Earl of Crawford. Al-Quran ini akhirnya menjadi koleksi peribadi Crawford, dan merupakan antara koleksi milik Earls of Crawford, yang akhirnya telah dibeli oleh Enriqueta Rylands pada 1900 dan akhirnya menjadi salah satu dari koleksi miliknya di perpustakaan suaminya iaitu John Rylands Library.

Setelah beberapa ketika, perpustakaan itu telah menjadi sebahagian dari kampus dan perpustakaan University of Manchester pada 1972 sehingga sekarang. Sekarang naskah Al-Quran ini dikenali sebagai Rylands Koran of Kansuh al-Ghuri, dan telah kehilangan 2 mukasurat daripadanya, namun akhirnya telah ditemui pada tahun 1970-an di Chester Beatty Library di bandar Dublin. Mukasurat yang hilang turut telah difotografi secara digital dan dikumpulkan dengan naskah asalnya dalam bentuk digital di internet. Akhirnya sebanyak 950 foto digital telah diambil yang merangkumi saiz sebesar 80MB sehingga 190MB setiap helaian bagi memudahkan penyelidik membuat kajian secara digital tanpa membelek Al-Quran itu satu persatu helaiannya yang besar.

Fail ini boleh didapati secara percuma di website perpustakaan dan beberapa website terpilih yang lain. Pengurus projek, Carol Burrows, pengumpul dan pengurus ejen kajian di Perpustakaan John Rylands berkata: 'Disebabkan saiz dan berat, bilik akses kepada naskah ini telah ditutup namun masih dibuka kepada penyelidik yang mendapat keizinan universiti dan pihak perpustakaan. Ianya tidak boleh digunakan untuk pameran, seminar dan sebarang aktiviti yang menyebabkan naskah tersebut berpotensi mengalami kerosakan. Projek ini telah dibiayai oleh Islamic Manuscript Association.

p/s : Apa yang dibimbangkan adalah mungkin adanya risiko naskah tersebut diedit dengan menghilangkan dan memutar belitkan beberapa ayatnya. Ini kerana naskah asal akan disorok dari menjadi kajian manakala naskhah dalam bentuk digital yang telah diedit yang akan disebarkan. Maka pihak kuffar akan mengatakan bahawa Al-Quran inilah Al-Quran yang sebenar dan menyebarkan dakyah bahawa Al-Quran yang sedang dibaca sekarang ini adalah Al-Quran tokok tambah. Diharapkan golongan hafiz memperkuatkan hafalan ayat suci Al-Quran mereka dalam bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan yang akan berlaku.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

1/26/2011

AKuaRiuM PiLiHaN eLaKSaMaNa

Assalamualaikum w.b.t.

Kali ni admin (elaksamana) ingin berkongsi dengan anda semua sejenis hiasan baru yang mungkin boleh dipraktikkan di dalam kediaman anda. Hiasan yang insyallah akan menenangkan hati (macam DUN Tenang lak). Ada sesetengah individu diorang suka membela binatang sebagai contoh kucing, arnab, burung2 dan macam2 lagi. Tapi menurut elaksamana, membela ikan hiasan di dalam rumah lebih mudah kerana tidak terlalu kerap dijaga dan akuarium mungkin jarang diselenggera jika menggunakan penapis air yang betul. Pada pendapat elaksamana, memelihara ikan merupakan hobi yang paling senang, hanya perlu memasukkan makanan ikan sebanyak 3 kali sehari sudah mencukupi. Air akuarium mungkin boleh disalin seandainya kelihatan air tersebut keruh. Namun jika sistem penapis kotoran dalam air yang digunapakai berkesan, maka kesan kotoran dalam air mungkin susah untuk kelihatan disamping membuatkan ikan sihat dan akuarium memberi sumber ketengan kepada kita. Justeru marilah sama-sama kita meninjau beberapa hasil rekaan kreatif akuarium yang mungkin dapat kita praktikkan di kediaman kita. Selamat Mencuba !

Meja ruang tamu yang diperbuat dari akuarium, bayangkan letak kopi nampak ikan gerak2 bawah dia, menarik bukan ?

Sedang beristirehat di ruang tamu dengan berlatarbelakangkan akuarium yang menyenangkan.

Gambar atas & bawah : Meja sisi (letak telefon, akhbar dsb) yang diperbuat dari akuarium, tapi kene jaga takut anak2 maen bleh pecah n banjir la rumah nanti.



Gambar atas & bawah : Meja di pejabat yang diperbuat dari akuarium, sungguh menyenangkan, malah meja mesyuarat juga boleh diperbuat daripada akuarium. Tengok kertas mesyuarat nampak ikan blegar2 di bawahnya. (Tapi kaki kne jaga2, takut tersepak cermin, pecah n banjir la ofis nanti.

Akuarium di bawah ini merupakan akuarium pilihan admin elaksamana. Sungguh menarik dan menyenangkan mata memandang. Bayangkan di ruang tami kediaman anda ada akuarium semacam ini, tenti menarik bukan?


IsLaM ThE WaY oF LiFe...

1/23/2011

KHaSiaT BuaH-BuaHaN

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera semuanya.

Bertemu kembali kita di dalam blog yang serba berinformasi ini. Setelah kita bersama-sama menyelusuri cerpen/kisah/luahan hati berkenaan kisah seorang insan yang merasa bersalah kerana tidak memperkenalkan islam kepada sahabat karibnya yang bukan muslim. Pada kali kali ini kita akan berbicara topik yang lebih ringan dan dekat dengan kehidupan seharian kita iaitu mengenai khasiat buah-buahan yang dicipta oleh Allah Taala ini. Tidak satu makhluk ciptaan Allah Taala yang dicipta tanpa manfaat. Hatta khindzir dan anjing juga ada manfaatnya kepada manusia. Apakah dia manfaat kepada manusia sedangkan kedua-dua binatang ini diharamkan dalam islam? Sila cari ye, nanti di kesempatan yang lain admin akan mengolah lagi mengenai manfaat keduanya kepada manusia.

Apakah itu buah ? Apakah definisi buah dari aspek botani? Dari aspek botani, buah adalah hasil daripada tumbesaran akhiran bunga angiosperma atau jambak bunga. Definisi atau takrifan ahli botani ini merangkumi buah-buahan berisi yang wujud dari bahagian ovari bunga seperti reseptaker atau daripada penyangga (buah epal, strawberi ), brektia atau daun pelindung dan daun pedunkel (nenas). Walaupun begitu majoriti masyarakat dewasa ini mengenali buah hanya sebagai pembasuh mulut selepas menikmati pelbagai jenis hidangan yang enak.

Disebalik rasanya yang enak, buah-buahan sebenarnya mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Ia diperkaya dengan zat galian yang mempunyai nilai perubatan dan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Namun tidak ramai yang menyedari hal ini melainkan masyarakat luar bandar terutamanya golangan tua. Ini kerana masyarakat desa kurang terdedah dengan perubatan moden dan masih lagi kuat mempercayai perubatan tradisional yang diamalkan sejak turun temurun.

1. Delima Hilangkan Masalah Cacing
Delima, sejenis buah berasal dari kawasan Mediterranean, banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C. Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia.

Buah delima juga boleh memperbaiki usus-usus dan menguatkannya, membersihkan bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Walaupun begitu buah delima masam juga boleh mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing.Ini kerana buah delima mengandungi bahan pengcengkam yang mampu memegang dinding saluran perut.

Di beberapa kawasan di Iran dan di Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah penafasan berbau. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawati menggunakan buah delima kerana airnya dapat bertindak sebagai astringen. Ia juga dipercayai berkesan untuk mengatasi kemandulan.

Terdapat kajian yang menyatakan bahawa biji delima dapat dijadikan ubat luka-luka yang teruk dan kebenjolan, caranya dengan mengambil biji-biji delima di tumbuk dan dicampurkan dengan sedikit madu dan disapukan pada bahagian luka.

2. Kurma Hindar Gangguan Usus

Kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, di mana ketidakserasian dengan gluten, sejenis protein yang terkandung di dalam bijirin menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Ia mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dihasilkan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Bagi mengubati penyakit ini bijinya dibuang kemudian dibersihkan sebelum diadun halus dengan setengah gelas air dan lebih mujarab jika dicampur dengan jus lobak merah.

Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.

Jus kurma juga berkesan untuk mengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan sekali gus menghilangkan batuk. Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan gula atau madu untuk tujuan menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun.

Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.

Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.

Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

Firman Allah: Maksud:
"Dan gegarlah kearahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. "Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan."


Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini ,sabdanya: "Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan-santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar.”

Sekiranya Allah ada menjadikan sesuatu buah yang lebih baik daripada tamar sudah tentu Allah telah memberikan (kepada Siti Maryam)

Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajian menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Kajian menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping menambahkan tenaga seksual, kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.

Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.

3. Pisang Merawat Kudis dan Luka

Pisang atau nama saintifiknya Musa sapientum adalah antara buah-buahan tempatan yang digemari ramai. Ia kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus dan besi. Pisang juga mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga. Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang. Selain itu pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut.

4. Mangga Penawar Penyakit Hernia

Mangga yang dikenali sebagai Mangifera indica yang berasal dari keluarga Anacardiaceae, digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh serta berkesan untuk menyembuhkan penyakit hernia. Hernia atau burut iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kali selepas makan, boleh dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga. Minuman itu, yang kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan C akan bertindak melancarkan peredaran darah. Memandangkan jus mangga mempunyai kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat.

5. Nanas Penawar Penyakit Batu Karang

Nanas sejenis buah tropika yang dikenali dengan nama saintifiknya Ananas cosomos berasal dari keluarga Bromeliaceae dan mengandungi kandungam gula yang tinggi serta kaya dengan vitamin A, B dan C. Jus nanas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya bagi mengatasi kekeringan dibahagian bibir dan kulit muka. Nanas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Ia melancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nanas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi.

6. Belimbing Merawat Kencing Manis / Darah Tinggi

Belimbing salah satu jenis buahan tropika popular yang enak. Ia boleh dimakan segar ataupun dijadikan jeruk dan dibuat jus. Belimbing ini bagaimanapun ada yang masam, tetapi kedua-duanya dipanggil belimbing besi. Nama sainsnya ialah Averhoa crambola dan sekeluarga dengan oxalidaceae. Belimbing juga mempunyai khasiat perubatan. Pengidap kencing manis dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi.

7. Lemon Berkesan Merawat Tonsilitis

Tonsilitis atau penyakit radang tonsil dibahagian kerongkong berpunca daripada serangan kuman bakteria streptokokus. Ia dapat di rawat dengan berkumur menggunakan jus lemon sebelum diminum atau nama saintifiknya Citrus limon. Lemon yang kaya dengan vitamin C serta zat besi, patasium, kalsium dan fosforus berkesan merangsangkan sistem pelalian untuk membunuh kuman streptokokus. Serabut atau bulu-bulu putih yang terdapat di sebelah dalam kulit lemon dan limau-limau sitrus yang lain mengandungi bioflavonoids yang berkhasiat untuk kesihatan. Oleh itu serabut itu perlu dikikis daripada kulit kemudian dicampur dengan isi lemon sebelum dikisar halus. Lemon juga dengan vitamin B kompleksnya juga bertindak membunuh sejenis kuman bakteria dikenali sebagai stafilokokus. Ia turut berkesan untuk menghindarkan penyakit-penyakit kelamin seperti gonorea, sifilis dan klamidia.

8. Pala Melegakan Kembung Perut

Pala sejenis buah tempatan yang bernilai tinggi dalam nilai perubatan. Kulit arinya merupakan bahan utama untuk membuat minyak sapu atau apa yang disebut salap bagi melegakan masalah kembung dan senak perut, sakit kepala, selsema, disengat serangga dan lenguh-lenguh sendi. Ia berasal dari keluarga myristicaceae, yang dikenali dengan nama saintifiknya Myristica fragrans juga merupakan penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. Ia juga dikatakan boleh merangsangkan nafsu syahwat. Bijinya pula mengandungi sejenis minyak yang berkhasiat yang boleh digunakan sebagai salah satu ramuan untuk membuat minyak panas bagi mengubati pelbagai jenis penyakit.

9. Pinang dengan Pelbagai khasiat

Tumbuhan ini juga dikenali dengan nama saintifiknya Areca catecu Linn dan berasal dari keluarga Arecaceae. Buah dan biji pinang bernilai tinggi dari segi perubatan. Biji pinang dikunyah bersama-sama daun sirih seperti yang lazimnya diamalkan oleh orang-orang tua sebagai salah satu petua untuk menguatkan gusi serta menghapuskan masalah mulut berbau busuk. Bagaimanapun, amalan memakan terlalu banyak pinang boleh memudaratkan kesihatan. Biji pinang juga mengandungi sejenis bahan yang boleh mencegah barah. Sabutnya pula digunakan oleh masyarakat zaman dulu untuk merawat cirit-birit. Ia juga berkesan untuk mengubati penyakit kulit seperti panau.

10. Pisang Kaki Turunkan Tekanan Darah Tinggi


Pisang kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu. Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning tetapi bentuk serta isinya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain. Buah yang berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea. . Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung.

11. Sengkuang Cina Penawar Bronkitis

Bronkitis ialah sejenis penyakit radang tenggorok, iaitu saluran udara di bahagian kerongkong. Penyakit ini menyebabkan selaput pada cabang tenggorok menjadi merah dan bengkak. Dalam dunia perubatan tradisional, sengkuang cina merupakan penawar bagi melegakan penyakit bronkitis yang kronik. Rasanya manis dan menyejukkan serta elok dimakan bagi meredakan demam, selsema dan batuk. Sengkuang cina berasal dari keluarga Cyperacea dan kaya dengan karbohidrat, lemak, protein, vitamin C, kalsium, fosforus dan zat besi. Ia digunakan dalam perubatan tradisional cina untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Caranya dengan menggunakan tiga biji sengkuang cina dicampur dengan lobak putih yang dimesin halus dengan sedikit air dan madu.

12. Ciku Penawar Buang Air Berdarah

Tabiat mengabaikan pemakanan boleh menimbulkan keadaan-keadaan yang tidak menyenangkan. Masalah sembelit boleh terjadi jika makanan yang dimakan tidak dihadam dengan baik, kurang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurang meminum air. Keadaan ini jika dibiarkan boleh membawa kesan-kesan yang lebih buruk, antaranya buang air berdarah atau buasir. Satu cara dalam kaedah pengubatan tradisional ialah dengan menggunakan buah ciku. Cara yang lebih berkesan untuk merawat buang air berdarah ialah dengan memakan buah ciku yang belum cukup tua, iaitu dengan menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Seelok-eloknya diamalkan sebelum sarapan pagi.

13. Pelbagai Khasiat Tembikai

Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.

14. Avokado Hindar Sengal-sengal Tulang dan Sakit Jantung

Avokado dikenali sebagai Persea americana yang berasal dari keluarga Lauraceae merupakan makanan berzat dan amat berkesan bagi mengatasi masalah kekurangan zat makanan dan menambah berat badan khususnya dikalangan kanak-kanak. Ia mengadungi protein, zat besi kalsium, vitamin A, vitamin C, niasin, soldium dan potasium. Berasal dari negara beriklim separuh tropika. Sebiji avokado mengandungi kira-kira 300 kalori dengan 88 peratus daripadanya adalah lemak.

Ia berkesan sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyaki lenguh-lenguh tulang. Amalan memakan buah avokado pada setiap hari boleh menurunkan paras kolesterol disamping mengekalkan paras lipoprotein, sejenis kolesterol yang baik untuk mnghindarkan seseorang itu daripada diserang sakit jantung. Ia diamalkan di Brazil, Colombia, Equador dan Peru di Amerika Selatan.

15. Betik Selesaikan Sembelit

Betik adalah daripada spesies Carica papaya dan berasal dari keluarga caricaceae. Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi. Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.

Dengan melihat kepada apa yang telah diperbincangkan, jelas membuktikan kepada kita bahawa, buah-buahan sememangnya mempunyai nilai yang tinggi dalam perubatan. Jadi penyelidikan yang terperinci berkaitan khasiat yang terkandung dalam buah-buahan perlu dipertingkatkan. Ini bukan sahaja penting untuk menyakinkan masyarakat, tetapi juga memandangkan rawatan dengan menggunakan tumbuhan semulajadi termasuk buah-buahan tidak mendatangkan kesan sampingan berbanding rawatan moden yang menggunakan ubatan sintetik yang dihasilkan di dalam makmal. Justeru bersyukurlah kepada Allah Taala atas ciptaanNya yang sungguh agung ini. Manusia walaupun setinggi manapun kecerdikannya, masih tidak mampu mencipta hatta sezarah atom buah-buahan ini.
Wslm

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

AKu, LiM & IsLaM

Assalamualaikum w.b.t

Kali ni marilah sama2 kita berkongsi sebuah coretan luahan pengalaman dari seorang saudara seagama yang saya terima melalui emel yang dikirim. Kisah ini akan membuka mata kita mengenai peranan kita sebagai umat islam, tidak hanya sekadar berpeluk tubuh dengan agama yang kita anuti, bahkan perlu diperkembangkan syiar islam itu kepada golongan yang masih belum mengenal apa itu islam. Semoga Bermanfaat.

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. Kadangkala, jika ada kenduri kendara di rumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti hari jadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja di sana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.

Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. Maklumlah, di zaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi, Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanah air. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

" He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim di rumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..

Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang". Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk di buaian di halaman rumahnya untuk berbual-bual. Beliau masih fasih berbahasa Melayu walau sudah lama berada di perantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? . Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu? Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.

Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?

Dan mengapa aku diIslamkan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? Kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa di dalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk Islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. Tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan tak terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.

Tetapi apa yang aku lihat, orang Melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa Melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! Dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat seseorang itu.Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

p/s : Teringat rakan sekelas yang bukan beragama islam.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

1/20/2011

CLoRaTeS LoGo SaLiB ?

Assalamualaikum w.b.t.

Bertemu kembali di laman blog berinformasi ini. Dah lama x update, maklumlah banyak presentation yang kne disiapkan minggu ni. Buat pengetahuan kalian, presentation or pembentangan adalah lumrah dalam hidup belajar di IPG (maktab perguruan) ni. So kne cari maklumat & siapkn present utk dbentangkan dlm kelas dan depn lecturer. Kali ni kita akan berbicara mengenai suatu pendedahan yang amat mengejutkan iaitu kaedah yang digunakan untuk memudahkan kita membawa lambang salib ke mana sahaja kita pergi. Mungkin ianya tidak diketahui oleh kebanyakan masyarakat kita hari ini yang hanya pandai makan apa sahaja. Ingatlah datangnya segala penyakit adalah dari perut kerana disebabkan oleh corak pemakanan kita sendiri.

Baru-baru ini admin blog telah menerima suatu emel dari seorang saudara seislam yang menceritakan mengenai kewujudan logo salib tersembunyi di kotak gula-gula menthol Clorets Infinity. Sepertimana yang kita ketahui, generasi zaman sekarang amat menyukai gula-gula berangin clorets ini untuk memastikan kesegaran nafas sentiasa berpanjangan. Jika orang2 yang dilahirkan awal 70-an dan 80-an, mereka menggemari gula-gula Hacks, juga untuk menyegarkan nafas. Namun dalam keghairahan kita menikmati gula-gula buatan non-muslim ini, kita lupa untuk menyelidiki sebarang unsur2 penyelewengan, unsur tidak halal dalam gula-gula itu. Pendapat admin, tak perlulah makan gula-gula ini untuk menyegarkan nafas, cukup minum air masak ataupun bersugi sahaja untuk menyegarkan nafas.

Menurut pengirim emel kepada admin, beliau telah membeli sekotak gula-gula Clorate Infinity, iaitu produk baru dari pengeluar Clorate yang membuatkan nafas di pengunyah sentiasa segar setiap masa. Malah pek ini juga diperbuat daripada plastik dan diperkukuhkan dengan kotak besi untuk mengelakkannya kemek dan sebagainya. Si pengirim emel ini telah membelek2 kotak gula-gula ini yang telah kosong dan membuka lapisan penutup aluminium dan terkejut kerana mendapati adanya simbol@logo salib yang jelas kelihatan. Seakan-akan logo itu sengaja dibuat oleh pengilang. Malah logo salib itu mirip dengna logo salib yag digunakan umat kristian di zaman feudal. Cara untuk memakan gula-gula ini juga dibuat untuk mengelakkan si pembeli perasan adanya tanda salib itu kerana si pembeli hanya akan membuka sedikit sahaja pentup aluminium itu untuk mengeluarkan gula-gula Clorate ini dari bekas plastiknya. Justeru, tidak ramai yang mengetahui kewujudan lambang salib di bawah gelonsoran aluminium itu.

Kita sebagai umat islam harus segera mengelak dari menggunakan barangan yang menghina agama kita. Padahal produk ini bukanlah prodk keperluan kepada kita, kita masih dapat hidup jika tidak memakan produk ini. Jadi apa rasionalnya membeli produk ini, sudahlah mahal tetapi kesannya hanya sejam sahaja. Kalau makan produk ni mulut dan nafas kita segar selama seminggu tidak mengapa la. Justeru, sebagai seorang muslim, selagi sesuatu produk buatan non-muslim yang menyokong kezaliman kepada umat islam di negara lain, kita seharusnya elakkan. Kecualilah jika produk tersebut merupakan bahan asasi kita, iaitu barang yang jika tidak dibeli akan membuatkan kita mati@umur pendek, itu diharuskan untuk membelinya. Namun masih digalakkan untuk kita elakkn dari membelinya. dan diwajibkan untuk mencari alternatif produk keluaran lain seperti produk keluaran muslim. Justeru, tepuk dada tanya iman adakah aku betul2 sedar bahawa islam kini sdah terang lagi bersuluh dihina sewenang-wenangnya. Semoga Allah melindungi kita semua dari fitnah syaitan yang direjam.

Kita tanpa sedari sedang membawa lambang salib di dalam poket seluar kita, dalam handbag kita n macam2 lagi. Sama la macam kaum beragama kristian yang membawa salib di dada. Cume yang mmbezakan adalah diorg mmbawa dengan sengaja manakala kita membawa lambang salib itu tanpa disedari. Maka beringatlah wahai saudara saudari sekalian. Tanggungjawab anda untuk menghebahkan mengenai perkara ini. Sampaikan ilmu walaupun sepotong ayat, Wslm.


IsLaM ThE WaY oF LiFe...

1/14/2011

'UlaMa' & 'UsTaZ' AnJiNG ?

Sebuah artikel yang dipetik dari kiriman emel seorang sahabat seagama yang menceritakan perihal golongan berilmu agama namun menjadi duri dalam daging bagi agama islam di dalam sesebuah negara. Mungkin bahasanya agak pedas dan kasar, namun yang pedas dan kasar itulah yang harus diteliti dengan sedalamnya untuk mencari apakah adanya kebenaran dalam artikel ini. Semoga semuanya menjadi ikhtibar buat kita.

“Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dia dari orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka pula berlaku zalim kepada diri mereka sendiri.” (Surah al-‘Aaraaf 7 : 175-177)

Sejarah Anjing

Sepanjang sejarah kejadian manusia dan perkembangan Islam di serata pelosok rantau, para rasul, para nabi dan para alim ulama sentiasa mendapat penentangan daripada golongan aristokrat yang ‘berdarah biru’ dan pemimpin-pemimpin yang berkuasa. Penentangan ini adalah sunah semula jadi yang telah terjadi dan akan terus berlaku. Malangnya di sebalik perbalahan dua penjuru ini, sejarah juga mencatatkan penglibatan golongan ketiga yang dijadikan kambing hitam oleh golongan sesat ini sebagai senjata rahsia menewaskan tentera Allah. Kisah Bala'm bin Baau'ra` seorang alim yang sentiasa dimakbulkan doanya tetapi menjual agamanya dengan menjadi 'anjing' kaumnya dan mendoakan kebinasaan Nabi Musa a.s.

Sejarah juga berulang pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. apabila Umaiyyah bin Abi as-Solat yang diberikan ilmu pengetahuan tinggi dan mengetahui tentang kenabian Muhammad s.a.w. tetapi mati dalam keadaan kufur. Begitu juga dengan Abu ‘Aamir bin al-Nu’maan bin Soifi yang digelar Baginda sebagai seorang yang fasik kerana mengingkari kerasulan Baginda walau pun dia seorang rahib yang mengetahui tentang kedatangan seorang nabi akhir zaman. Tidak cukup dengan itu, dia juga menjadi ‘gunting dalam lipatan’ apabila bekerja sama dengan musuh-musuh Islam untuk menghancurkan orang Mukmin.

Anjing Kurap

Oleh itu, dalam ayat 175 surah al-A’raaf, Allah s.w.t. memerintah kekasihnya Nabi Muhammad s.a.w. agar memberikan peringatan kepada umatnya tentang golongan ketiga yang akan digunakan musuh untuk menjatuhkan mereka. Ini adalah golongan ‘duri dalam daging’ yang sangat berkuasa untuk menjatuhkan gerakan Islam, kerana mereka bukan orang Islam biasa yang bertaklid. Sebaliknya merekalah golongan ulama yang sangat berpengaruh dan menjadi rujukan masyarakat. Mereka adalah bijaksana Islam yang mempunyai Ma dan PhD dalam pelbagai bidang pengajian Islam. Tetapi malangnya segala ilmu agama yang mereka kuasai digadaikan demi mendapatkan harta kekayaan, pangkat kedudukan dan populariti. Oleh itu, apabila mereka dibeli oleh musuh Islam untuk mementang gerakan alim ulama, mereka menjadi senjata sulit paling berbahaya.

Allah s.w.t. mengecam ustaz-ustaz murahan yang melacurkan ilmu mereka dengan sekeras-keras kecaman. Dalam ayat berikutnya, Allah s.w.t. mengumpamakan mereka yang tamak terhadap dunia dan haloba dengan kemasyhuran sebagai anjing yang sentiasa menjelirkan lidahnya. Jika anda perhatikan, anjing sentiasa menjulur-julurkan lidahnya apabila dihalau orang, tetapi jika dibiarkan ia tetap juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah lagak ustaz anjing ini, apabila diberikan habuan, mereka meminta dengan lebih banyak tidak ubah seperti anjing kurap. Sebagaimana tabiat biasa anjing yang suka makan sampah sarap yang kotor dan menjilat punggung anjing lain, demikian juga halnya dengan ustaz-ustaz anjing ini yang lahap terhadap ‘sampah sarap’ yang diberikan penguasa fasik untuk kesenangan dunia. Malah mereka juga tidak segan-segan menjilat kaki pemerintah munafik untuk mengampu bagi mendapatkan kedudukan lebih tinggi.

Anjing Bercawat Ekor

Ini adalah kecaman Allah paling keras dan paling hina ke atas alim ulama. Sememangnya kecaman ini berasas dan tepat kerana fitnah yang ditimbulkan mereka terlalu besar. Bayangkan, ketika ulama lain melaungkan seruan jihad untuk membela agama Allah dan mengimpikan syahid, anjing-anjing ini memutarbelitkan istilah jihad ini dengan skop yang lebih kecil. Dengan itu lahirlah konsep jihad ekonomi, jihad pertanian malah jihad politik dengan mengundi parti yang berasaskan kebangsaan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga menggunakan (baca– menyalahgunakan) pelbagai ayat al-Quran dan hadis untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa jihad tidak lagi relevan pada zaman teknologi ini, malah menurut anjing-anjing bercawat ekor ini, jihad melawan nafsu lebih besar! Dengan kekuasaan dan kekayaan yang dimiliki oleh ‘tuan anjing’ ini, anjing-anjing ini diberikan jawatan agama yang tinggi, slot-slot khas dalam televisyen, dilantik menjadi editor dan kolumnis akhbar dan majalah, dan dijadikan pemimpin masyarakat. Dengan segala kemudahan yang disediakan, sudah tentu salakan mereka lebih kuat dan bertambah nyaring. Mereka menyalak begitu kuat dan sumbang sehingga menghalalkan pelacuran kerana darurat, mengharuskan judi atas nama ekonomi, melunakkan istilah rasuah yang jijik dengan nama bunga yang indah, membiarkan perzinaan dan pergaulan bebas dengan meletakkannya sebagai kesalahan ibu bapa atau individu semata-mata.

Anjing Menyalak Bukit

Rentetan itu, masyarakat yang masih lemah dengan al-Quran dan ilmu-ilmu agama, terpinga-pinga dalam kekeliruan dan tidak tahu siapa yang harus diikuti. Maka tidak hairanlah ketika beribu-ribu lepasan agama yang dihasilkan setiap tahun daripada IPT tempatan serta ditambah pula ustaz dan ustazah yang pulang daripada Jordan, Syiria, Madinah dan Mesir, masyarakat Islam Malaysia makin jauh daripada agama yang sebenar.

Kita tertanya-tanya, sebegitu ramai pakar fiqah, pakar hadis, pakar tafsir dan pakar bahasa Arab yang keluar setiap tahun daripada universiti-universiti tersohor dunia, ke manakah mereka? Ke mana perginya rakan-rakan Azhariyun yang suatu masa dahulu pernah menggegarkan piramid dengan seruan jihad? Atau apakah setelah diberikan gaji bulanan selesa dan jawatan berkerusi empuk, lalu seruan yang pernah dilaungkan dahulu menjadi seperti anjing menyalak bukit!

Anjing Jilat Tahi

Pada ayat 177 surah al-‘Araaf, Allah s.w.t. menjelaskan sekali lagi bahawa perumpamaan golongan ilmuwan agama yang bersikap tamak seperti anjing menjelirkan lidahnya adalah seburuk-buruk dan sehina-hina contoh.

Marilah sama-sama kita bermuhasabah untuk merenung diri kita sendiri, adakah kita seorang yang berilmu agama namun menjadi anjing tuli & bisu yang dicucuk hidungnya?

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

TiPs RoMaNTiK BuaT IsTeRi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kali ini kita akan berbicara mengenai topik yang sungguh tidak asing bagi seorang manusia iaitu topik cinta, tiada manusia yang tidak pernah merasa cinta, malah Rasullullah S.A.W sendiri bercinta dengan isteri-isterinya. Semua wanita menginginkan pasangan yang menjadi pendamping hidup mereka seorang lelaki yang romantik. Ramai contoh lelaki yang romantik terhadap isteri dan ini termasuklah junjungan besar kita, Rasulullah SAW. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari bahawa ketika Rasulullah SAW kembali dari peperangan Khaibar, baginda menikahi Shafiyyah binti Huyaiy r.a. Baginda SAW mengulurkan tirai di dekat unta yang akan ditunggangi untuk melindungi Shafiyyah r.a. dari pandangan orang. Kemudian baginda duduk bertumpu pada lutut di sisi unta tersebut, baginda persilakan Shafiyyah r.a. untuk naik ke atas unta dengan bertumpu pada lutut baginda.

Menurut kajian Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dalam buku ‘Petua Menjadi Pasangan Romantik’ terbitan Telaga Biru, kebanyakan lelaki cenderung kepada kegiatan seksual, manakala wanita pula cenderung kepada sikap romantik lelaki. Romantik memang sifat yang dikaitkan dengan lelaki biarpun tidak ramai yang memilikinya.

Sikap romantik seorang suami terhadap isteri adalah sifat yang digalakkan dalam Islam. Ia penyubur kasih sayang antara suami isteri. Sifat ini perlulah dikekalkan sepanjang masa walaupun ketika usia semakin tua. Sikap romantik lahir dari hati yang kaya dengan kasih sayang. Ia adalah manifestasi daripada akhlak mulia yang terpancar melalui percakapan dan perbuatan harian. Sikap ini bukan sekadar perlu dilahirkan di bilik tidur, sebaliknya di mana-mana dan pada bila-bila masa selagi ia berada dalam batas kesopanan adab Islam.

Namun begitu, seperti mana wanita, seorang lelaki mahupun suami juga mengharapkan isteri mereka bersifat romantis. Sifat ini pastinya melengkapkan ciri seorang wanita yang penuh dengan kelembutan.

Jika romantis lelaki sering dikaitkan dengan pemberian bunga, makan malam istimewa dan sebagainya, bagaimana pula romantis seorang wanita pada kaca mata suami? Jom kita same2 melihat apakah tips2 untuk wanita menjadi romantic untuk suami sahaja.

1 – Berdandan cantik

Perkara pertama untuk menjadi isteri yang romantik pastinya adalah dengan memenangi pandangan mata suami agar dia melihat anda lebih cantik daripada wanita-wanita lain sekelilingnya. Isteri hendaklah menjaga penampilan di hadapan suami dengan memakai pakaian yang menarik, berdandanlah cantik-cantik dan kenakan bau-bauan yang menyenangkan suami, kalau boleh setiap masa. Hatta sebelum tidur sekalipun anda harus tampil sedap mata memandang. Tinggalkan baju 'kelawar' anda kerana suami anda bukan 'Batman' mahupun Keluang Man. Kenakanlah baju tidur yang indah atau lebih elok yang seksi di matanya. Suami juga pasti sangat senang jika gaya pakaian dan dandanan anda sesuai dengan seleranya.

2 – Menghias bilik tidur

Isteri hendaklah bijak menghias bilik tidur untuk menwujudkan suasana yang romantik. Pasangkan lilin dan diiringi dengan muzik perlahan yang mampu menjadi halwa telinga yang sedap didengari. Apabila ini dapat dilakukan, suami akan sentiasa berasa gembira sehingga sikap romantik yang ada dapat disuburkan.

3 – Memberi pujian

Semua orang suka dipuji, tidak terkecuali golongan lelaki. Apalagi bila pujian itu bersangkutan dengan kegagahan dan keperkasaan dirinya. Maklumlah, lelaki sering kali berharap untuk menjadi hero, jadi pujian anda akan membuatkan suami merasa dirinya lebih dihargai.

4 – Luangkan masa bersama

Pada zaman serba maju ini, kebanyakan suami isteri sama-sama bekerja mencari nafkah untuk menyara kehidupan. Justeru masa untuk bersama tidak sentiasa ada. Oleh itu anda dan suami sentiasa sibuk, aturlah masa anda untuk melaungkan masa bersama dengannya. Boleh jadi dengan mengajaknya makan tengah hari bersama, sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Boleh juga mengatur jadual untuk berdua-duaan di waktu hujung minggu. Usaha anda untuk mencari masa bersama dengannya akan dilihat sebagai sesuatu yang romantis dan membahagiakan dirinya.

5 – Berikan sentuhan mesra

Sentuhan kecil, seperti mengelus tangannya semasa berjalan berdua atau mendakap suami ketika dirinya dalam keadaan sedih akan membuatkan lelaki anda rasa sangat diperhatikan. Begitu juga saat menontoh TV bersama, usaplah rambutnya atau biarkan suami berbaring di ribaan anda. Inilah yang akan menyerlahkan ciri-ciri romantik anda.

6 – Membiarkan dia bebas

Seperti juga dengan anda yang suka bersembang dengan rakan-rakan, suami anda juga punya keperluan ini. Dia juga punya keinginan untuk berkumpul dengan rakan-rakannya. Ini adalah sesuatu yang menyegarkan dirinya, tambahan lagi jika isteri memberi kepercayaan untuk dirinya bebas bertemu rakan. Dia akan berasa senang kerana dipercayai.

7 – Masak makanan yang enak

Pepatah Inggeris ada menyebut, ‘a way to win man’s heart is through his stomach’ atau pun cara memenangi hati lelaki adalah melalui perutnya. Perkara ini ada kebenarannya. Semua lelaki pastinya suka menikmati makanan yang enak, apatah lagi jika ia dimasak oleh isterinya sendiri, khusus untuk dirinya. Ini juga akan membuatkan dirinya sentiasa terkenangkan diri anda di saat berjauhan. Semakin tinggi kemahiran memasak, anda dijamin suami akan semakin sayang pada anda.

8 – Berkongsi rahsia

Ada satu perkara yang boleh membuatkan pasangan yakin bahawa anda mencintainya sepenuh hati. Caranya adalah dengan berkongsi rahsia anda dengan dirinya. Ceritakan rahsia yang tidak pernah anda luahkan pada sesiapa selain dirinya. Perkongsian rahsia ini menggambarkan betapa tingginya keyakinan anda terhadap dirinya.

9 – Berikan kejutan kecil

Semua orang sukakan kejutan. Seperti anda yang akan tersenyum seharian bila mendapat jambangan bunga daripada suami, begitu jugalah dengan dirinya dengan hadiah yang diidam-idamkannya. Seorang lelaki sangat menyenangi isteri yang ada inisiatif dan kreatif dalam menyegarkan perhubungan. Dia akan merasakan anda wanita yang tidak terduga dan penuh dengan sesuatu yang baru.

10 – Menulis catatan cinta

Selalunya di waktu bercinta, ramai yang menulis surat cinta. Ada kalanya hingga berkajang-kajang panjangnya. Namun aktiviti ini akan terhenti setelah keduanya mendirikan rumahtangga. Oleh itu tidak salah anda sebagai isteri memulakan aktiviti ini kembali. Kalau sebelum ini anda menulis surat namun seiring dengan perkembangan teknologi, tulis dan hantarkan SMS cinta buat dirinya. Saat membacanya, suami pasti tersenyum dan berasa bahagia. Dijamin ucapan-ucapan cinta yang anda tuliskan tidak akan dipadamkan daripada peti mesej di telefon bimbitnya. Pada ketika-ketika tertentu, layangkan kad ucapan atau nota-nota pendek yang mengandungi kata-kata romantik yang penuh kasih sayang.

11 – Meraikan hari istimewa

Sebagaimana suami romantik yang sentiasa meraikan hari istimewa anda, begitu juga halnya jika anda mahu dilihat punya sifat yang sama. Jangan sesekali melupakan hari penting dalam hidupnya. Berikan ucapan atau raikannya agar suami berasa anda pasangan hidup yang cukup perihatin terhadap dirinya. Sekiranya timbul sebarang masalah dalam perhubungan suami isteri, hendaklah ditangani dengan segera masalah tersebut. Usah biarkan masalah itu berlarutan sehingga lukanya membekas di hati.

Semoga bermanfaat untuk semua.
Sekian, wassalam.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...