SaHaBaT

4/29/2010

CiNTa SeORaNG PeMuDa


















Saya suka sangat tengok jari jemari awak, cantik betul, Sungguh! Sampai saya takut nak pegang, bukan takut jari jemari awak patah, tapi takut nanti jari- jemari awak dan saya tak boleh saling bantu membantu di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan yang maha Esa….

Saya suka sangat tengok rambut awak, cantik betul..Sungguh! sebab itulah saya belikan awak tudung, bukan sebab saya cemburu orang lain tengok rambut awak, bukan macam tue, tapi sebabnya saya mahu rambut awak sentiasa ditutup macam dalam iklan dot..dot..dot…tue..sampai bila-bila…yelah takut nanti dibakar dek api neraka, disuatu hari yang amat dahsyat di hadapan yang Maha Pencipta….

Saya suka sangat tengok body..awak…solid betul….Sungguh! sebab itulah saya belikan awak telekung….supaya masa awak ‘dating’ dengan kekasih awak yang Utama….awak jaaauuuuhhhh lebih cantik dan berseri menghadapNya…saya pun tumpang dapat pahala…syokkknyaaa

Saya sedih sangat bila tengok awak…tak tidur, tak makan sebab rindukan saya….saya pun macm tu juga. Awak tanya saya…apa Ubatnya…? Saya pun bagi awak Al Quran sebagai penenang jiwa…semoga awak cintakanNya lebih daripada saya….

Saya sedih tengok awak….selalu pesan macam-macam…makan, minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok…nanti kalau awak sakit…saya juga yang susah hati….bla..bla..bla….TAPI…..bila awak dan saya tengok wayang sama-sama..terlepas waktu solat…begitu sahaja….awak tak pulak kata satu apa pun..aduhhhh…berdosanya saya…..

Saya memang sayang sangat-sangat pada awak, saya nak jumpa awak, bersama awak, cinta secinta-cintanya, cinta yang abadi di dunia & berkasih sayang diakhirat, ber’dating’ di syurga kerana disitulah tempat yang kekal selama-lamanya…

Saya selalu sangat termenung……termenungkan macam-macam…..tugas, keluarga dan…..si dia……bagaimanakah saya nak hidup tenteram seandainya wajah si dia sentiasa mengundang di dalam fikiran saya…..

Saya stress sangat bila macam-macam hal saya nak fikirkan….tugas, mesyuarat, belajar, assignment, menghafal….tetapi saya sering teringatkan si dia. Ya Allah, tolonglah hambamu ini agar aku lebih mengingatimu lebih dari si dia…..

Saya betul-betul gembira bila kerja-kerja saya dapat diselesaikan dengan jayanya……tetapi kerapkali saya berangan……seandainya si dia berada di samping saya, bersama-sama merasai kegembiraan saya…….betapa bahagianya saya……namun saya sering merintih selepas solat akibat kelalaian saya mengingati rahmat-Mu…..

Saya cukup-cukup terharu bila saya tonton cerita cinta yang sedih……saya sering mengingatkan diri saya “Ambillah ikhtibar dari cerita ini, jangan sia-siakan peluangmu…..” tetapi saya sering kali membuatkan hati si dia tersentuh kerana saya….Ya Allah bantulah hambamu ini dan berikanlah kekuatan kepadaku untuk mengubah diriku…..

Bila saya teringatkan hari kelahirannya…..saya selalu beli tudung litup untuknya…….bukan apa…..saya tak nak nanti saya disoal dengan sesuatu yang memang menjadi tanggungjawab saya di dunia ini…..si dia selalu kata……”Terima kasih, awak ni baik hatilah…..” bila hadiah tu saya berikan kepadanya…

Saya sangat sayangkan dia, saya mahu bahagia bersamanya di dunia ini, ber’dating’ di jannah-Mu, berkasih sayang di alam yang kekal abadi selamanya….Ya Allah kau redhailah perhubungan kami ini, seandainya hubungan ini berlandaskan syariat yang betul maka kau kekalkanlah hubungan kami ini. Ketahuilah Ya Allah, hati ini telah mengasihinya dengan setulusnya demi mendapat keredhaan-Mu di dunia dan di akhirat…..

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

3 ulasan:

~.~ berkata...

:) Pasti si dia lebih bahagia jk pmuda itu mncintai tuhanNya lbih dr drinya....

fakhruwan berkata...

:)

nswjd berkata...

salam w.b.t
sy.....terharu bca entri ni,
=)